CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Tak Menyesal Jaga Isteri Dari Terlantar Hingga Boleh Berdikari” - Edika Yusof

7-5-2025 08:38 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 406| Komen: 4|Original author: Raline

eddki.png


Pelakon Edika Yusof berkata dia tidak menyesal hidup bersama bekas isterinya, Nor Hidayah meskipun rumah tangga mereka kini berakhir dengan perceraian.

Memetik Harian Metro, Edika berkata sebagai suami dia sudah lakukan yang terbaik serta menjalankan tanggungjawab sehingga isterinya sudah mampu berdikari.

“Saya tidak menyesal pun sebab saya sudah jaga isteri daripada dia terlantar sehingga dia boleh ada produk sendiri dan berdikari sekarang.

“Sampaikan ada doktor-doktor di luar sana yang panggil saya untuk kongsikan pengalaman dan tips macam mana saya melakukannya (menjaga Nor Hidayah ketika sakit).

“Sebab penyakit yang dialami oleh bekas isteri saya ini iaitu meningitis, kira-kira 98 peratus pesakit meninggal dunia manakala dua peratus lagi mengalami kecacatan seumur hidup,” katanya.

Sementara itu, Edika berkata dia menghalalkan segala kudrat serta makan minum Hidayah sepanjang wanita itu bergelar isterinya selama lebih 20 tahun.

“Sebagai seorang Islam, sudah tentu saya halalkan semuanya. Saya pun tidak putus akan membantu sebab anak-anak sudah besar dan mereka ada masa depan sendiri.

“Yang pakar menjaga isteri saya adalah saya. Anak-anak mungkin duduk satu rumah, hidup sama-sama tetapi yang menjaga dia adalah saya sebelum ini,” katanya.

Semalam, Edika dan Hidayah sah bercerai talak satu selepas lebih 21 tahun berkahwin. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Fardeen Nasrulhaq, 21, dan Fereena Nurulhaq, 20.

SUMBER: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Piramida 7-5-2025 08:17 AM
Kenapa nak menyesal pulak?
Benda dah jadi... Dah lepas...
Benda baik pulak tu jaga org sakit...
Buat apa nak menyesal...
Dah usaha kan..
Quote TabletSusu 7-5-2025 09:46 AM
Piramida replied at 7-5-2025 12:17 AM
Kenapa nak menyesal pulak?
Benda dah jadi... Dah lepas...
Benda baik pulak tu jaga org sakit...

wartawan ko tau je lah.. ntah apa2 soalan agaknya dia tanya kat EY ni. walau apa pun orang kecam EY ni.. aku tetap tabik dia sanggup jaga isteri dia.. 20 tahun.. xde dia cari binik lain.
Quote L.U.S.M 7-5-2025 02:13 PM
Aku setuju gk

Klu ank sorg duk dgn bapak then maknanya ada yang xkena dgn mak la

Klu semua side mak then baru clear bapak xguna..
Quote fattymah 7-5-2025 02:50 PM
Ayat sebijik cam iols je masa jaga org sakit.. pengorbanan yg tidak dihargai.. pakej kena halau lagi

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.035126 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top