CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Boleh rasa tekanan jantung’ – Lisa dedah Yusry berperang tekanan

7-5-2025 07:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7913| Komen: 162|Original author: tatod

1000029533.jpg



PETALING JAYA – Mendedahkan situasi di belakang pentas sebelum Konsert GenKRU, isteri kepada Datuk Yusry Abdul Halim, Datin Lisa Surihani mengakui suaminya berperang dengan tekanan.


Katanya, debaran semakin berganda menjelang tempoh beberapa minit sebelum pentas persembahan mega di Axiata Arena Bukit Jalil itu bermula.


“Moments before opening (sebelum konsert bermula). Boleh rasa degupan jantung dia laju. ‘Doakan I yang (sayang),'” tulis aktres itu dalam hantaran Instagram.




Lisa atau nama lengkapnya, Lisa Surihani Mohamed, 39, memuat naik beberapa paparan gambar menunjukkannya menenangkan Yusry.


Menurutnya lagi, Yusry sebenarnya kurang sihat pada malam pertama dan kedua kemunculan trio bersaudara terbabit.


Sebagai isteri, ujar Lisa dia cuba menyuntik semangat dengan mengalihkan perhatian menerusi perbualan santai serta mengingatkan kasih peminat terhadap KRU.




“Saya cuma ingatkan dia, buat seperti biasa. Bismillah. Usaha yang terbaik, selebihnya, serah pada-Nya.


“Yang datang dan menyaksikan, mereka tahu. Mereka cinta dan hargai kamu semua,” katanya.


Menerusi hantaran sama, Lisa memaklumkan tahap kesihatan Yusry semakin baik menjelang konsert malam ketiga pada 10 Mei ini.


“Kak Chik (panggilan Lisa) tak boleh kongsi gambar lebih, demi menghormati mereka yang belum hadir untuk malam ketiga nanti. Doakan mereka ya?” ujarnya.




Terdahulu, konsert GenKRU malam pertama dan kedua yang berlangsung pada 2 dan 3 Mei lalu meraih pujian ramai yang membanjiri Axiata Arena.


Kali terakhir trio yang turut dibarisi Datuk Norman dan Edry beraksi dalam konsert mega adalah pada 2018 melalui Konsert GenerasiKRU25 di Istana Budaya. – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 6-5-2025 04:18 PM
Yusry nmpak energetic betul masa perform kat konsert genkru.
Quote supernaturalee 6-5-2025 04:36 PM
yg 10.5 ni pun dah sold out


bln 6 di spore

Quote irvene 6-5-2025 07:32 PM
aku tak boleh la tgk lisa surikayu and abutah. dua2 ketul ni buat la macam mana pun. tetap nampak kayu. lisa kalau tak berlakon, dia buat havoc dia tu, nampak kayu jugak.
Quote Duta lover 6-5-2025 07:41 PM
Kalau boleh buatlah kelainan atau different element surprise utk each day. Sbb dah bocor banyak pun kat tiktok.
Quote timah03 6-5-2025 07:54 PM
Saya masih tak boleh move on bang yusry dgn Primadona...
Quote fattymah 6-5-2025 08:17 PM
Iols jumpa kapel ni kat ikea.. lawa gak ah
Quote nordin84 6-5-2025 08:29 PM
kenapa KRU xnyanyi lagu aneh..sedap wooo lagu tu
Quote shalalat 6-5-2025 09:51 PM
timah03 replied at 6-5-2025 07:54 PM
Saya masih tak boleh move on bang yusry dgn Primadona...

Teringat ada member siap beli buku kawin diorang dapat vcd lagi. Tapi primadona masa tu cantiknyaaa
Quote doubleA 6-5-2025 10:27 PM
Untung lisa dapat yuci. Tengok kt tiktok memang gempak konsert kru, energatic betoi 3 beradik kru ni
Quote apedehal 6-5-2025 10:50 PM
Bestnya lisa dpt kawin dgn celeb crush dia..
Quote Kancilkering 7-5-2025 07:12 AM
cite mati

at least laki lica ni x le looser…
moga ke jannah you alls…
Quote adeqbun 7-5-2025 11:22 AM
nordin84 replied at 6-5-2025 08:29 PM
kenapa KRU xnyanyi lagu aneh..sedap wooo lagu tu

ye btol..lagu aneh btol2 goosebumb kalau dgr..tp x ramai yg tahu sbnrnye..yg btol2 krumania je tahu..hehehe..suatu yg misteri,kini bermula menyelubungi..tatau mengapa tp kuterasa..bagai sesuatu yg aneh akan terjadiii
Quote lasagna 7-5-2025 11:50 AM
Day 1 pya show mmg magical adrenalin!
Yuci pya dance pun bagus mlm tu,
so tak tau plak dia tak brapa sihat mlm tu.

Anyway konsert genKRU mmg da best kali ni!!
So kpd yg pegi Day 3 (or if ada Day 4),
dan show kat Spore, moga kalian happening juga k!
Quote ezacbee 7-5-2025 02:01 PM
timah03 replied at 6-5-2025 07:54 PM
Saya masih tak boleh move on bang yusry dgn Primadona...

Yeah.. Masa lagu hi hi bye bye lirik erra fazira pun di ...... Kitorang tetap sebut erra fazira!!! Yusry buat muka bluek..

Quote ezacbee 7-5-2025 02:06 PM
shalalat replied at 6-5-2025 09:51 PM
Teringat ada member siap beli buku kawin diorang dapat vcd lagi. Tapi primadona masa tu cantiknyaa ...

Paling ingat budak pompuan yg kena pijak masa sanding kat taman tu..

Dah beranak pinak agaknya budak tu.

Kawan aku pun beli vcd n buku tu. Aku pun bikin cetak rompak. Last2 hilang manatah
Quote Sazreena 7-5-2025 02:11 PM
Lisa ni masa dia memuda memang cun abis. Bila dah berhijrah ni, aku rasa dia pun 'penghijrahan' tak blend dgn dia punya character..haha. Tak tau nak shakap cane..iykyk...
Quote beatgirlX 7-5-2025 03:22 PM
adeqbun replied at 7-5-2025 11:22 AM
ye btol..lagu aneh btol2 goosebumb kalau dgr..tp x ramai yg tahu sbnrnye..yg btol2 krumania je tah ...

Music arrangement dia best weh...
Aku pun suka lagu aneh ni.. Intro misoc dia tu aku suka
Quote beatgirlX 7-5-2025 03:24 PM
shalalat replied at 6-5-2025 09:51 PM
Teringat ada member siap beli buku kawin diorang dapat vcd lagi. Tapi primadona masa tu cantiknyaa ...

Aku g kot wedding depa kat pwtc...
Hahaha...
Apa pun aku suka lisa dgn abg chik
Semoga kekal bahagoa till jannah
Quote ibu_haritz 7-5-2025 03:38 PM
beatgirlX replied at 7-5-2025 03:22 PM
Music arrangement dia best weh...
Aku pun suka lagu aneh ni.. Intro misoc dia tu aku suka

Kannn..dengan bunyi serigala bagai...
KRU ni mmg music dia

Lihat semua komen(162)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.234090 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top