CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tak sampai 3 bulan bersalin dah langsing, Mahalini pun keliru macam mana boleh kurus

6-5-2025 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 503| Komen: 6|Original author: tatod

553.jpg


PENYANYI Mahalini kesal apabila dituduh lebih mementingkan kecantikan berbanding menguruskan anaknya iaitu Selina susulan badannya kelihatan langsing hanya selepas tiga bulan bersalin.

Jelas Mahalini, dia sendiri tidak tahu mengapa tubuhnya cepat langsing seperti anak gadis kerana tidak melakukan sebarang senaman atau diet ketat sepanjang tempoh berpantang.

“Apa yang menghairankan saya, ada tuduh saya sibuk nak cantikkan diri. Hey! Saya sendiri pun tak tahu macam mana berat badan saya turun.

“Tapi saya beruntung sebab ada Iky (panggilan suami) yang sering memberikan sokongan kepada saya,” katanya.

Mahalini berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Broadcast Channels Instagram miliknya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sial ini mengakui keputusan menyembunyikan wajah anaknya juga adalah satu pilihan tepat bagi mengelakkan kecaman netizen.


3295403.jpg

“Setiap kali ada acara keluarga, Selina sering diumpat. Maaf saya sensitif sangat. Kesal. Maklumlah baru bergelar ibu.

“Keputusan untuk tidak berkongsi foto anak dan tidak memperlihatkan bagaimana saya menguruskan anak di belakang kamera ternyata sangat tepat.

“Tak tunjuk wajah anak pun sudah menerima banyak kecaman, apa lagi kalau saya kongsikan kepada semua,” tulisnya.

Untuk rekod, Mahalini mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Rizky Febian pada 5 Mei 2024 dalam sebuah acara gilang gemilang di Jakarta, Indonesia.

Bagaimanapun Rizky dan Mahalini bernikah sekali lagi pada 27 Disember 2024 selepas pernikahan mereka didapati tidak sempurna dari segi rukun nikah ditetapkan dalam agama Islam.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian yang dilahirkan pada 15 Februari lalu. - mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 6-5-2025 03:46 PM
keluar wajah datuknya Sule ke yang malu sangat ni?
Quote nazzse 6-5-2025 04:22 PM
Lahh bila pregnant & beranak..

Confirm anak muka sheols & laki sebelum operate
Quote acikonion 7-5-2025 12:00 AM
Bestnya lahai org yg know2 dh kurus
Quote KamikuP 7-5-2025 09:06 AM
sAPO NI?
Quote Sazreena 7-5-2025 02:06 PM
At least muka ko lawa...suara pun layan...
Quote royaldanish 10-5-2025 11:41 AM
laaaa dh beranak ke…
wonder mcm mana la rupa anak nya
both laki bini active buat muka

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.032474 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top