CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Selepas mengaku pakai seluar dalam berlubang, Kim Jong Kook beli vila RM18 juta secara tunai

6-5-2025 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 508| Komen: 9|Original author: tatod

IMG_20250503_075428.jpg


SELEPAS 30 tahun bergelar selebriti, penyanyi Kim Jong Kook akhirnya membeli sebuah vila mewah bernilai KRW6.2 bilion atau RM18,678,120 pada April lalu.

Memetik laporan Biz. Chosun, rumah mewah itu terletak di kawasan elit di Seoul iaitu Gangnam.

Lebih menarik perhatian lagi apabila ia dibeli secara tunai memandangkan tiada gadai janji di dalam pendaftaran hartanah tersebut.

Malah segala proses pembelian didakwa selesai dalam masa sehari.

Menurut sumber, Jong Kook akan mula menetap di vila mewah tersebut pada Jun depan.

Kawasan berkenaan antara penempatan selebriti yang mementingkan privasi kerana dilengkapi dengan 180 kamera litar tertutup (CCTV) dan dinding luar lima lapisan.


KJK-1.png

Selain Jong Kook, pelakon Jang Geun-suk dan Lee Yo-won dipercayai turut menetap di kawasan berkenaan.

Sebelum ini, Jong Kook dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak KRW100 bilion (RM304 juta) namun dia terkenal dengan sikap kedekutnya.

Dia juga pernah mendedahkan masih memakai seluar dalam berlubang untuk kegunaan harian. - mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 3-5-2025 10:12 AM
RM epi 250 Kwang Soo and Jae Sok balas dendam bogelkan ahjushi ni. Selalu berlagak dengan kekuatan badan dia.
Quote JahLupa 4-5-2025 06:50 PM
Org kedekut mmg kaya..
Quote royaldanish 5-5-2025 11:38 AM
wahhh
Quote I.K.A888990 6-5-2025 09:17 AM
agaknya nanti buat house tour ke tak

Quote Orix 6-5-2025 10:14 PM
eh heols ad biz ke ? byaknya aset dia....
Quote acikonion 7-5-2025 12:01 AM
Rumah besar tp nnti tisu tetap pakai selai je. ????
Quote PULANGKAN 7-5-2025 01:35 AM
silance replied at 3-5-2025 10:12 AM
RM epi 250 Kwang Soo and Jae Sok balas dendam bogelkan ahjushi ni. Selalu berlagak dengan kekuatan b ...

Iols kalau ada masa, godek2 balik episode awal RM. ada Kang Gary, Kwang Soo. yang latest pulak, mesti at least ada Kwang Soo, lepas dia keluar memang tak tengok dah. tak best langsung. tak kelakar, game pun hambar
Quote lasagna 7-5-2025 02:36 PM
dia ni hya buat game series RM jer ke ek?
mcm tak prasan plak ada drama ke movie amek dia.
pya lah kaya buat RM jer selama ni.. hebat btul.
Quote borrow 9-5-2025 09:43 AM
Tunai??? byknya duit ahjussi Pastu heols ada rumah kat Us jugak kan. Klo heols ni ai rasa seronok je nk main teka2 umur. Pnh suruh bbrp org teka , semua pakat tak sangka dh hampir 50.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2025 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.154120 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top