CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Premis tawar khidmat persundalan ‘online’ warga asing diserbu

6-5-2025 02:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 505| Komen: 0|Original author: tatod

1000029057.jpg




PETALING JAYA – Jabatan Imigresen (JIM) menahan 16 individu termasuk warga asing dalam satu operasi khas ke atas premis tanpa nama yang dipercayai menawarkan khidmat pelacuran di ibu negara dan Selangor.


Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JIM, Ismail Mokhtar, dalam satu kenyataan berkata, operasi yang dijalankan pada pukul 7.15 malam itu dilakukan di Pandan Perdana, Kuala Lumpur dan Seri Kembangan, Selangor, kelmarin.


Ujarnya, tindakan serbuan dilaksanakan hasil risikan selama dua minggu berserta maklumat awam.


“Pihak kami berjaya menahan dua lelaki warga tempatan dipercayai penjaga premis, serta 14 warga asing.


“Antaranya, dua lelaki dan tujuh perempuan warga Vietnam, empat perempuan warga Indonesia, dan seorang perempuan warga Laos,” katanya.



Ismail turut berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 19 hingga 61 tahun.


Tambahnya, modus operandi yang digunakan adalah menawarkan perkhidmatan pelacuran wanita warga asing melalui iklan di media sosial.


“Caj yang dikenakan oleh mereka adalah antara RM250 hingga RM1,200 bagi setiap perkhidmatan seks, dan bayaran dibuat secara tunai atau dalam talian,” ujarnya.


Dalam pada itu, antara barangan yang dirampas dalam operasi berkenaan adalah, 19 unit telefon bimbit, beberapa naskhah pasport Laos dan Vietnam, buku rekod kerja, serta buku urus niaga.


“Siasatan awal mendapati sebahagian daripada mereka tidak memiliki sebarang dokumen sah, manakala dua warga Vietnam telah tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.


“Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, dan telah dihantar ke Depot Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut,” kata Ismail.


JIM menegaskan akan terus mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar undang-undang termasuk Akta Pasport 1966 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM). -KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2025 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.027236 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top