CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga emas langgar, rosakkan sistem palang parkir pintar dicekup

6-5-2025 02:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 982| Komen: 12|Original author: tatod

1000028930.jpg



KANGAR – Seorang peniaga warga emas ditahan selepas disyaki melanggar dan merosakkan tiga sistem palang parkir automatik di pusat bandar ini dalam kejadian khianat yang berlaku pada pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, suspek lelaki berusia 62 tahun itu ditahan di hadapan sebuah bank di Jalan Raja Syed Alwi sekitar pukul 11.51 pagi.


“Tangkapan dibuat susulan laporan polis oleh juruteknik sebuah syarikat pengendali sistem parkir pintar yang beroperasi di pusat bandar Kangar.


“Pengadu memaklumkan bahawa semasa rondaan di Jalan Seruling sekitar pukul 8.50 pagi, dia mendapati tiga unit mesin palang automatik dirosakkan oleh individu tidak dikenali,” katanya kepada pemberita.



Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kerosakan melibatkan tiga mesin palang automatik, dua kamera pengecaman plat nombor automatik dan tiga unit penghadang yang dipasang di tiga lokasi berbeza sekitar Jalan Seruling.


“Tiga lokasi tersebut adalah kawasan masuk medan pasar lama, laluan keluar di belakang bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja serta laluan masuk berhampiran sebuah bank.


“Siasatan juga mengesahkan kerosakan tersebut dipercayai dilakukan secara sengaja dan kali terakhir sistem berfungsi adalah pada 3 Mei lalu selepas ujian teknikal,” jelasnya.

Kerugian dianggarkan mencecah RM30,000 dan pihak polis telah menjalankan pemeriksaan televisyen litar tertutup yang berjaya mengesan kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara warna kelabu digunakan suspek.


Tambahnya, suspek akan direman hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat manakala kenderaan milik suspek serta alat kawalan jauh kenderaan berkenaan dirampas polis. – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 5-5-2025 09:16 PM
Uncle ni tau mesti ada cctv, tp geram punya pasal, langgar tetap langgar…janji puas hati kan
Quote mrcreator 6-5-2025 12:18 AM
Sistem palang kat sini baru buat, sebelum nie free je, tapi nak bayar kena guna app dia, kena register, pastu topup minimum rm25. Takleh guna kad TNG atau debit card. Situ area banyak orang tua-tua. Online banking takde, QR code nak bayar tak semua tempat ada. Memang dah terbiasa guna cash di mana-mana.
Ini kes geram betul, rasa menyusahkan alang-alang langgar je.
Quote akies 6-5-2025 07:36 AM
So pakcik ni nanti kena bayar gantirugi kerosakan tu?
Dh ler 30k
Quote Decaffeinated 6-5-2025 08:14 AM
Dia bengang tahap gaban dengan sistem la ni. Ada la tu dia rasa teraniaya terus mengamuk.
Quote copy_paste 6-5-2025 08:45 AM
mrcreator replied at 6-5-2025 12:18 AM
Sistem palang kat sini baru buat, sebelum nie free je, tapi nak bayar kena guna app dia, kena regist ...

jgn kata org tua,aku pun geram kalau nk masuk xleh pakai tng atau debit
Quote chinta89 6-5-2025 10:05 AM
nk pakai canggih2 tp menyusahkan org
Quote Purestteam1 6-5-2025 10:09 AM
generasi apa plak ni.. slalu kata gen z problem
Quote prettyuglybabe 6-5-2025 10:34 AM
nak buat sistem biar la user friendly..
tak pun join je tng or flexi parking..

Quote Carcosa 6-5-2025 10:07 PM
Tadi meols tgk berita TV 3 suku
Apek ni dah kena tangkap. Dia kata reason dia langgar palang2 tu sbb business dia terjejas.
Mungkin customer hangin diorang dah kena charge parking then takmoh dtg dah kedai apek.
Tu yg dia menurun tu.
Quote B40tastePosh 7-5-2025 01:34 AM
Purestteam1 replied at 6-5-2025 10:09 AM
generasi apa plak ni.. slalu kata gen z problem

Baby boomers....perangai baby baby
Quote B40tastePosh 7-5-2025 01:35 AM
Carcosa replied at 6-5-2025 10:07 PM
Tadi meols tgk berita TV 3 suku
Apek ni dah kena tangkap. Dia kata reason dia langgar palang2 tu sbb ...

Balik jelah Tiongkok...kat sana bisnes maju
Quote kucingitam 7-5-2025 12:43 PM
pada aku sistem yg guna apps ni menyusahkan.. tiap negeri ada apps berasingan. kau pergi melawat negeri dia dah kena dload apps lain pula.. penuh hp dgn parking apps je.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2025 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.037167 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top