CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

6 rumah teres di Bandar Tun Razak terbakar

6-5-2025 02:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 884| Komen: 5|Original author: tatod

1000028641.jpg



Kuala Lumpur: Lelaki sesak nafas selepas enam kediaman di Lorong Mewah 3, Bandar Tun Razak di sini, musnah dalam kebakaran, malam tadi.


Komander Operasi Kanan, Mustafa Kamal Mohd Arih, berkata, terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian, pada 10.49 malam.


Beliau berkata, susulan itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, dibantu BBP Jalan Hang Tuah, BBP Sungai Besi, BBP Cheras, BBP Sri Hartamas dan BBP Taman Tun Dr Ismail, bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dengan kekuatan 43 orang, dikerahkan ke lokasi.


Menurutnya, setibanya di lokasi pada 10.54 malam, didapati kebakaran membabitkan enam rumah teres.



"Rumah terbabit terbakar (antara) 50 peratus ke 70 peratus, dengan seorang mangsa lelaki berusia 45 tahun sesak nafas dan dihantar ke hospital.


"Mangsa ditempatkan di zon kuning dan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, kebakaran dipadamkan sepenuhnya pada 12.06 tengah malam, dan punca kebakaran masih dalam siasatan. - HARIAN METRO



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 5-5-2025 11:56 AM
Pernah lah singgah di sini, memang mewah sungguh la. Silap2 boleh fefeeling sesat di oversea. Nama asal BTR ni Kg Congo kan?

Quote shernazz 5-5-2025 12:09 PM
Rumah takde pintu belakang..sembang2 pung boleh dgn jiran belakang
Dulu pasar mlm area sini .mesti singgah rumah paklang iols kat area situ..
Quote airfilterkotor 5-5-2025 12:59 PM
Kiri kanan dan belakang rumah teres bercantum dengan jiran. Design lama.
Kalau terbakar bahagian depan, takde ruang untuk penghuni nak lari keluar.

UBBL pun dah tak allow design macam ni.


Bomba pun susah nak selamatkan mangsa.
Sampai 6 balai bomba mai turun... bayangkan betapa sukar bomba nak kawal api bila layout rumah macam ni.
Quote kucingitam 5-5-2025 04:50 PM
kawasan tu dah sempit..dgn kereta nya lagi..macamana lah bomba nak padam api..
Quote pocongkiutss 5-5-2025 05:48 PM
Uihh..baru ckp pasal kwsn ni hr tu..kalau terbakar cemana..betul2 jadi ya

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2025 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.033340 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top