CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Borang pengesahan pendaftaran nikah Aslam dan Marissa Dania bermasalah sikit

6-5-2025 08:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8926| Komen: 207|Original author: Raline

1.png


Pasangan kontroversi, Ahmad Aslam dan isteri keduanya, Marissa Dania Hakim hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, bagi prosiding pengesahan pernikahan mereka di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Peguam syarie mewakili pasangan pempengaruh itu, Muhammad Ammar bagaimanapun berkata, pihak mahkamah menangguhkan prosiding tersebut kepada satu tarikh lain.

“Mahkamah menangguhkan prosiding hari ini sebab ini kali pertama kami hadir. Akan datang siasatan akan disambung. Bila tarikhnya, saya diminta anak guam untuk tidak mendedahkannya,” katanya.

Sementara itu, Aslam berkata, penundaan prosiding terbabit dilakukan berikutan terdapat masalah teknikal.

“Ada masalah sedikit berkenaan permohonan borang pengesahan pendaftaran pernikahan di luar negara. Kami diminta mengemas kini maklumat peribadi dan datang semula pada tarikh lain.

“Saya tak boleh ulas dengan lebih lanjut kerana menghormati mahkamah. Kalau ada apa-apa mungkin peguam saya boleh jawabkan.

“Borang itu pun sebenarnya sudah lama kami serahkan kepada peguam. Semuanya akan diuruskan pihak peguam,” katanya.

Begitupun Marissa yang jalan beriringan dengan suaminya hanya mendiamkan diri daripada menjawab sebarang pertanyaan media.

Pasangan sensasi berkenaan tiba di mahkamah sekitar tengah hari dengan mengenakan pelitup muka dan terus bergegas pulang selepas satu jam berada dalam dewan bicara.

Terdahulu, nama Marissa juga anak kepada pelakon Norman Hakim serta Abby Abadi menjadi bualan ramai selepas bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Mereka dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Misya Mazlan yang ketika itu sedang menunaikan umrah.

Pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa, termasuk ibu dan bapanya.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 6-5-2025 12:29 AM
Dokumen cukup tak?


Quote hyie 6-5-2025 01:41 AM
aku bukannya selemah yang kau sangka
Quote Carcosa 6-5-2025 02:38 AM
Huru hara hidup kau 2 ekor. Satu hanya kerana pensil Staedtler tumpul yg hanyir milik org lain.
Satu kerana kerang bacin yg degil, bodoh, TOLOL dan murahan yg sanggup jadi penyondol busuk.
Quote joy_ah 6-5-2025 03:33 AM
masalah teknikal apa nye ko ada lawyer kan. bukan macam acik2 tanjung karang pergi mahkamah syariah terkontang kanting semua buat sendiri
Quote anggeriklatifah 6-5-2025 03:50 AM
Terus terang jelaa..nikah kat thailand aritu tak sah sebnrnya...kan senang
Quote makcun14 6-5-2025 05:24 AM
hadap la , nak sangat pi nikah koboi tu. buang masa dan duit panjat mahkamah.. pasangan lain  kalau nikah usia muda giat usaha keje keras cari
rezeki sambil enjoy life together.
korang?? tu belum lagi pikir pening hidup bermadu.Hadap la, dah jalan itu yang dipilih
Quote joy_ah 6-5-2025 05:59 AM
dah lebih setahun setengah kawen baru ko nak daftar? kena sidai ke dik?
patotla ebby marah dgn aslam.
Quote lasagna 6-5-2025 08:23 AM
iols tak paham btul kes bdk2 ni.
ko pegi menikah kat siam, sedangkan ppuan tu masih ada bapak kandung lg iaitu wali.
berani ek lelaki ni buat gini?
Quote L.U.S.M 6-5-2025 08:58 AM
anggeriklatifah: Terus terang jelaa..nikah kat  ...


Aku pun rasa xsah..lari rumah dah satu hal.poligami tiada kemampuan satu hal.kawen tanpa kebenaran wali mujbir dh satu hal...
Dh la public figure..mmg nak xnak kena faraq dulu la..sbb klu dibenarkan lepas ni sapa2 anak dara nk kawen lari n then sahkan kat msia dh satu precedent hakim2 ni sanggup ke nak tanggung dosa pasangan kawen xsah
Quote chinta89 6-5-2025 09:12 AM
dia ni pakej sgt dah, terkenal dengan mudah sb mak dia org industri ayah dia pun org bidang sama. boleh tangkap jerung dik, yg ko pilih nikah laki org yang takde ape ni udah kenapa? menjahanamkan rumahtangga org tanpa bersalah
Quote fattymah 6-5-2025 09:15 AM
Anak b40 kelek beg apa tew
Quote IzzahF 6-5-2025 09:16 AM
nasib ko lah, ni pun lepas berdentam dentum yebbi mengamuk meroyan. kalu tak sampai tua melayut la ko kena sidai markisah oii
Quote lightheaded67 6-5-2025 09:16 AM
chinta89: dia ni pakej sgt dah, terkenal ...


terpaling versi junior
Quote IzzahF 6-5-2025 09:17 AM
lasagna replied at 6-5-2025 08:23 AM
iols tak paham btul kes bdk2 ni.
ko pegi menikah kat siam, sedangkan ppuan tu masih ada bapak kandun ...

dia simple je, mcm mana kurang ajar nomeng n memek membelakangkan mak bapak sndiri, mcm ni la kurang ajarnya markisah dgn selam. ikut nafsu, lesu
Quote Shayang 6-5-2025 09:20 AM
Inilah yg maknya bising2 sejak awal lagi arituu
Tgklah proses pun amik masa
Sbb tu kena buat awal2 lagi lama tangguh lagi lambat dapat date
Selama tu takkan korang tgk je tak sentuh pasangan memasing
Quote Shayang 6-5-2025 09:22 AM
IzzahF replied at 6-5-2025 09:17 AM
dia simple je, mcm mana kurang ajar nomeng n memek membelakangkan mak bapak sndiri, mcm ni la kura ...


Aku heran noman tu langsung tak tegas apa2
Kalau aku laa balik je anak dr siam tu mmg dedua aku seret bawak g pejabat agama buat apa yg patut
Kalau pemeli laki tak bg gasak laaa
Dorang pun tak guna gak
Namanya org alim tp xtau hal hukum hakam
Maruah anak pompuan aku kot, selagi tak disahkan nikah tak dapat lagi sijil nikah
Jgn harap aku nk benarkan dorang membiak
Quote Sendawg 6-5-2025 09:28 AM
Terus terang aku kata, tolong la cerai dua ni. Kahwin ikut nafsu tak fikir panjang. Memang la padan muka Aslam nak kena buat Grab sara dua bini, tapi Marissa tu...... Muda lagi, tak matang lagi. Dah rosak teruk hanya sbb stupid teen instincts.
Quote doubleA 6-5-2025 09:29 AM
Shayang replied at 6-5-2025 09:22 AM
Aku heran noman tu langsung tak tegas apa2
Kalau aku laa balik je anak dr siam tu mmg dedua aku s ...

Tula pasal. Ada hikmah markisah ni gugur dulu. Dengan tak daftar, nak ada anak kang nak daftar anak pun susah. Tu yebi meroyan suruh daftar dulu. Apa la budak2 ni fikir, ingat yebi dengki kot deme dah kawen now tiber ada masalah pulak
Quote lazim 6-5-2025 09:33 AM
L.U.S.M replied at 6-5-2025 08:58 AM
Aku pun rasa xsah..lari rumah dah satu hal.poligami tiada kemampuan satu hal.kawen tanpa kebenaran ...

Ambik mudah br nk hegeh2 daftar. Kalau ank pertama hari tu xmeninggal dh jadi ank luar nikah silap2.

Lihat semua komen(207)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-5-2025 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.126587 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top