CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Qistina Raisah berang muka disunting untuk video lucah

6-5-2025 08:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 645| Komen: 9|Original author: Raline

1.png


Qistina Raisah menegaskan wajahnya disunting dengan menggunakan teknologi Kecerdasan buatan (AI) dalam video lucah yang didakwa tersebar dalam beberapa aplikasi sejak setahun lalu.

Sudah berdiam diri terlalu lama, Qistina atau nama sebenarnya Nur Qistina Raisah Mohd Kamarolazari, 17, berkata, dia tidak berani bersuara sebelum ini kerana ketika itu teknologi AI masih terlalu baharu dan bimbang tiada yang mempercayai dirinya.

Lebih mengecewakan, video tersebut turut dijual secara online dan boleh dibeli menerusi aplikasi WhatsApp dan Telegram.

“Saya dah simpan lama, hampir setahun.
Ini kes orang fitnah dan sunting wajah saya buat benda yang tidak elok.

“Ramai yang hantar video saya difitnah itu sehingga kini. Hari ini saya baru ada keyakinan untuk bercakap bahawa individu dalam semua video itu bukan saya.

“Dulu saya tak berani nak cakap sebab ketika itu teknologi AI masih belum hebat seperti hari ini. Itu bukan saya.

“Pada orang-orang yang edit dan jual video-video sebegitu, awak kena ingat, suatu hari awak akan berkahwin dan ada anak-anak. Apa kita buat dekat orang, akan berbalik pada kita,” katanya dalam sebuah video TikTok.

Dia juga enggan memaafkan mana-mana individu yang terlibat dengan perkara tidak senonoh itu.

Dalam masa sama, video sebegitu turut memberi tempias terhadap ahli keluarganyw.

“Satu awak buka aib orang, satu aib awak Tuhan akan buka di dunia dan akhirat.

“Mungkin tak nampak saya sedih. Tapi kalian tidak tahu apa yang saya rasa di sebalik tabir konten semua ini.

“Kalau dosa dengan Allah SWT, boleh solat taubat. Kalau dengan manusia, hati-hatilah,” jelasnya.

Tidak melabel diri sendiri sebagai individu yang baik namun sengaja menjerumus diri dalam satu perkara negatif adalah perkara yang paling dielakkannya.

“Bila mak saya tengok video-video macam itu, mestilah saya rasa sedih. Sebagai anak, saya cuba jadi yang terbaik.

“Saya sedar diri bahawa bukan orang yang baik. Tapi satu perkara, siapa sahaja yang sunting dan jual, sampai mampus saya tak maafkan kalian semua,” ujarnya.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 6-5-2025 12:30 AM
Tak nampak muka budak ni berlakon. Selalu nmpk dura matilda kat tv.


Quote Carcosa 6-5-2025 02:41 AM
Alah, kau pon pakai baju mcm betina murahan.
Ada video mcm ni, takde beza pon dik. Kalau video pelesu, it will be you in future punya lah. Ko berlakon sendu, asyik cerita pasal jantannnnn je. Kalau tak jantan, pasal gaduh. Low class
Quote hunters 6-5-2025 06:56 AM
hati jahat kata video tu real...setahun simpan rahsia x brpa logik since kau tu bru umr 17 this year...kaki gaduh x sia2 peluang nk up nma..
Quote silampumeja 6-5-2025 08:14 AM
budak ni kecik kecik memang sejenis berbakat. tapi tulah. sy selalu percaya pelakon kanak2 ni mostly memang banyak diguna utk kepentingan keluarga. dan tak membesar dgn baik... budak ni dah besar ni , dalam lakonan pun nampak sangat rempit ... wlaupun watak org have...
Quote doubleA 6-5-2025 09:59 AM
Asal nama dia naik ke iols akan ingat dia ni tak pernah ke sekolah
Quote lasagna 6-5-2025 03:50 PM
saman jer laa dik..
Quote jiwakacau06 6-5-2025 05:22 PM
hunters replied at 6-5-2025 06:56 AM
hati jahat kata video tu real...setahun simpan rahsia x brpa logik since kau tu bru umr 17 this year ...

dkt mana nak kaji video tu real or fake...
i hari2 dk buka cari ni...ni first time dgr video raisah
Quote hunters 6-5-2025 10:09 PM
jiwakacau06 replied at 6-5-2025 05:22 PM
dkt mana nak kaji video tu real or fake...
i hari2 dk buka cari ni...ni first time dgr video raisa ...

x prnh tgk pn just rasa cm cerita rekaan..
Quote prince_marhaen 7-5-2025 08:55 AM
Hahahahahaha ye lah tu dik... zaman Ai kononnya kan.
Kau dressup pun macam betina nak gi club hari2...mak kau pun support kan sebab anak boleh jual...acah2 dah grown up woman sangat.. sekolah pun tak pergi..  
Ye lah dik... Ai lah tu... hehehehehehehehe..


Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.034437 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top