CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Edika Yusof nafi kasari bekas isteri sejak 22 tahun lalu

6-5-2025 08:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2082| Komen: 34|Original author: Raline

1.png


Didakwa berkasar dalam tempoh 22 tahun perkahwinan, pelakon Edika Yusof menyangkal tuduhan bekas isterinya Nor Hidayah Yusri bahawa antara punca perceraian adalah disebabkan tindakan ganasnya.

Edika atau nama sebenarnya Mohd. Yusof Abd. Majid, 58, turut mempersoalkan kenyataan dikeluarkan Nor Hidayah yang hanya berkongsi tuduhan tersebut sekarang.

“Tiada kena-mengena dengan keganasan. Dia ada tiga abang besar, tiga adik lelaki, (semuanya) enam orang dan anak-anak pun dah besar.

“Takkan mereka diam. Lagipun kalau berlaku keganasan dalam rumah tangga, kenapa bukan dari dulu buat laporan, kenapa baru sekarang?

“Apa-apa dikongsi itu hak dia, saya pun boleh cakap ada 20,30 bukti kalau mahu. (Cuma) ini bukan pertandingan tiada siapa akan menang,” katanya selepas pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah hari ini.

Menurut bapa kepada dua anak itu, dia memenuhi permintaan Nor Hidayah untuk bercerai agar kemelut tidak berpanjangan atau memalukan anak-anak.

“Saya tak ingin lagi bertelagah mengenai hal begini. Kami akan mendapat malu, anak-anak pun dapat malu. Kita kena jaga air muka anak-anak.

“Jangan gaduh-gaduh, fokus pada anak dan kita muhasabah diri. Kalau dia perlukan kaunseling, pergilah,” ujarnya.

Ditanya sama ada rakan terdekat menjauhkan diri selepas muncul dakwaan keganasan domestik, Edika bersyukur ramai memahami serta memberikan sokongan.

Sebelum itu, bekas isterinya mendakwa menyimpan bukti dalam bentuk rakaman vifeo dan gambar berkaitan tuduhan terhadap lelaki terbabit.

Bahkan anak-anak terutama anak perempuannya, Fareena Nurulhaq, 20, dikatakan menjadi saksi selain polis kerap diminta datang ke kediaman mereka untuk mengawal keadaan.

Terdahulu, Edika dan Nor Hidayah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, pada pukul 10.42 pagi tadi.

Wanita berusia 47 tahun itu memfailkan perceraian terhadap Edika pada Februari lalu yang juga permohoman kali kedua selepas berbuat demikian tahun lalu.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 6-5-2025 09:03 AM
Klu betul berkasar apa semua kenapa ko berpenampilan proper? Org yang mentally physically abused ni nk bersiap pun xsempat n xde mood nk bersiap
Quote xixin5230 6-5-2025 09:23 AM
L.U.S.M replied at 6-5-2025 09:03 AM
Klu betul berkasar apa semua kenapa ko berpenampilan proper? Org yang mentally physically abused ni  ...

Cth mcm zahnita tu kan…
Quote Piramida 6-5-2025 09:26 AM
Pening pulak kita...
Rasanya dulu yg indah2 pasal edika ni...

Laaa ni yg buruk2 keluar... Pastu mana satu claim yg betul yg salah.. Entahlaaa..

Nasib x minat dua2.
Saja drop komen hehehe
Quote IzzahF 6-5-2025 11:10 AM
lagi lama drag, lg byk yg keluar. kalau dah tak boleh bersama serai elok2 dari awal kan bagus..lg plk aiols skeptikal skit dgn org2 yg dari family poligami ni. 4 binik apaknya edika ni...ramai adik beradik dia. pakistan mari rasanya dorang ni.

aniway mamat ni nama heshe takde edika pun ya? aiols baru tau
Quote sukanyanyi 6-5-2025 11:15 AM
jap, name sedap edika tu ropenya stage name je? name sbnr yusof je? tertipu meols. name mcm ensem
Quote Parit.Hilton 6-5-2025 11:49 AM
lollll baru tahu nama sebenar acik edika adalah usop
Quote IzzahF 6-5-2025 11:54 AM
sukanyanyi replied at 6-5-2025 11:15 AM
jap, name sedap edika tu ropenya stage name je? name sbnr yusof je? tertipu meols. name mcm ensem

mohammad yusof huhu. aiols dlu pikir kemahen mak bapaknya lomentik bg nama anak cute2 . sekali nah ko 4 binik apaknya...berbelas2 adik beradiknya
Quote IzzahF 6-5-2025 11:55 AM
Parit.Hilton replied at 6-5-2025 11:49 AM
lollll baru tahu nama sebenar acik edika adalah usop

kupikirin usop tu nama apaknya..rupanya mcm ucop wilcha
Quote epal_putih 6-5-2025 11:56 AM
Acik porum pernah bg anugerahh somi idamannn
Quote chandrahusin 6-5-2025 12:02 PM
He said she said la ni
tunggu tgk sapa yg ada bukti
Quote Burong_Hantuk 6-5-2025 12:32 PM
Ni namanya laki drpd neraka
Quote azimodin 6-5-2025 01:51 PM
Kita tunggu je la apa hasil perbicaraan. Tapi macam kelakar pulak orang dismiss penderaan semata2 sebab yg claim kena dera nampak "siap". Sepupu i nampak vogue giler ya, body letup rambut kaler2.. 25 tahun kawen baru mintak cerai. Rupanya laki dia pukul bantai, tapi pukul part yang orang tak nampak. Sepupu i tu belajar x tinggi, takut la kena tinggal suami.. anak pulak berderet. Bila anak yg sulung start kerja, baru la dia berani mintak cerai
Quote MissVixen 6-5-2025 02:00 PM
Dia tu makeup artis. Memang la nampak bersiap. Lepas tu orang yang memukul ni kebanyakan panjang akal. Dia pukul tempat yang aurat tersembunyi. Bekas isteri usop ni kuat mentalnya. Takde dia nak nampak selekeh, lemah dan menyerah walaupun jadi mangsa dera. Usop ni hal lafaz talak pun dia menipu, inikan pula hal pukul bini. Jenis paki ni memang ganas dan baran. Diorang ni kebanyakan suka babukan bini. Bayangkan dapat bini lumpuh sebab lahirkan anak dia... Macam mana dia herdik dan naik tangan dengan bini yang takde apa2.
Quote delsmomm 6-5-2025 02:23 PM
ntah la.. bila baca komen2, rasa sedih..

sesungguhnya iol nak bgtahu, bkn semua org yg kena abuse ni suka nak menunjuk2 yg dia kena abuse..

seboleh2 kita cuba nak cover..even dari anak2 pon, sebolehnya kita xnak diorg nmpak..

& satu lagi, lelaki yg abusive ni..xkisah la phisically or mentally, bila di depan org mmg sgt la baik..

hanya di depan isteri, dia jadi diri sendiri tanggalkan topeng lelaki mulia itu.. korang xkan percaya apa yg isteri tu ckp dek personality yg dia portray terlalu baik..
Quote Diplomat 6-5-2025 02:33 PM
Just because beliau bersiap terus rasa tak mungkin?
Ni la sebab kenapa lelaki mahupun wanita mangsa keganasan rumahtangga tak nak pergi report. Lelaki lagilah, siapa nak percaya kalau dia jadi mangsa.

This mentality has to change.
Quote lazim 6-5-2025 02:35 PM
xixin5230 replied at 6-5-2025 09:23 AM
Cth mcm zahnita tu kan…

Zahjita tu aku plk xcaya dia. Nmpk mcm ketagihan je
Quote IzzahF 6-5-2025 02:50 PM
azimodin replied at 6-5-2025 01:51 PM
Kita tunggu je la apa hasil perbicaraan. Tapi macam kelakar pulak orang dismiss penderaan semata2 se ...

tulatu..ramai je yg stay DV ni nampak elok siap terletak. ppuan selagi blh bertahan, seboleh2 tutup aib. budak2 kecik lom kawen je yg ada mentality mcm ni, org komen dia pun nak komen. hidup baru setahun jagung...ignore kan je lah

ramai je yg dah tua2 baru serai. yg tau2 mati pun ada..masa mati tu la baru tau byk kesan2 kat badan
Quote IzzahF 6-5-2025 02:51 PM
MissVixen replied at 6-5-2025 02:00 PM
Dia tu makeup artis. Memang la nampak bersiap. Lepas tu orang yang memukul ni kebanyakan panjang aka ...

takut lumpuh tu pun sbb mmg body dah lama tahan. satu lg masa dia beranak anak dgn suami dlu elok je. alih2 dgn mamat ni dia lumpuh..mebe sbb kepala baby besar. anak paki kan...
Quote Moyangkucing 6-5-2025 05:58 PM
delsmomm replied at 6-5-2025 02:23 PM
ntah la.. bila baca komen2, rasa sedih..

sesungguhnya iol nak bgtahu, bkn semua org yg kena abuse n ...

Sangat agree dengan statement mu ini kaka. Iols pun pernah jumpa yg begini, depan orang, dia lah yg paling baik. dengan anak bini kemain keji lagi perangai..
Iols menyesal puji2 edika ni dulu...

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.099201 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top