PELAKON Datin Seri Umie Aida tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada aktor Datuk Rosyam Nor pada Ahad. Umie atau Umi Khalsum Rahmad Ali, 51, membuat permohonan maaf itu jika sepanjang mereka berlakon dalam drama ‘Keluarga Itu’ ada keterlaluan dan menyinggung perasaannya. Jelas Umie, apa dilakukan terhadap Rosyam hanya semata-mata menjayakan watak sebagai Chempaka. “Abang, Umie nak minta maaf sangat. Umie tahu abang yang suruh saya buat babak itu, tetapi memang berat untuk Umie buat.
“Saya nak minta maaf sangat-sangat terutamanya pada keluarga abang, anak-anak dan cucu-cucu abang. “Saya minta maaf dengan apa yang saya buat. Saya tak pernah buat macam itu dekat orang lain,” katanya. Umie berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada pagi Ahad. Difahamkan, Umie memohon maaf kerana terpaksa melakonkan babak menendang muka Rosyam kerana amarah akibat perbuatannya merogol anak kandung dalam drama tersebut. Dalam pada itu, Umie memberitahu dia masih menyimpan rasa hormat terhadap Rosyam meskipun mereka sering bergurau. “Gurau, gurau juga. Rasa hormat saya pada abang Rosyam tetap ada. “Dia seorang pelakon hebat, abang yang penyayang dan mulut memang tak ada insurans,” ujarnya. Sementara itu, Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin, 58, memberitahu dia memahami peranan Umie sebagai pelakon dan sudah menganggap aktres berkenaan sebagai adik.
|
slyfynx replied at 4-5-2025 12:55 PM
Alah alah alah. Biase la taktik nk suh org tgk cerita
Kekunci_Hitam replied at 6-5-2025 12:58 PM
aku harap cepat la abis cerita ni.. letihhh
ADVERTISEMENT