Aisha Retno, 25, mendedahkan sedang berkawan dengan seseorang dan dalam proses mengenali hati budi, selepas putus cinta baru-baru ini.
Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam berkata, hubungan mereka masih dalam fasa awal perkenalan lagi.
"Saya belum boleh cakap pengganti kerana si dia ibaratnya baru ketuk pintu dan belum masuk dalam ruang tamu lagi.
"Bila hubungan kami sudah serius barulah saya boleh perkenalkan pada semua," katanya kepada Harian Metro.
Mengulas dirinya yang mudah untuk kembali menjalin cinta pula, kata Aisha yang juga komposer, dia terbuka untuk menerima mereka yang boleh menerima diri seadanya.
"Siapa yang cakap 'move on' tu senang? Ia sebenarnya susah. Saya pula memang suka bandingkan pasangan (kekasih) dulu dan sekarang.
"Saya dah cakap pada semua yang nak berkenalan, fokus dan cinta saya sekarang pada karier terutama pada bidang muzik.
"Siapa yang tak boleh terima cinta saya pada bidang muzik, anda boleh pergi (keluar dari hidup saya). Nampaknya, si dia pula boleh terima. Tapi lelaki selalunya memang macam itulah, pada awalnya (perhubungan) memang manis," kata penyanyi yang popular dengan lagu Ketipak Ketipung Raya itu.
Ditanya sama ada si dia yang dimaksudkan itu, rakan dalam industri muzik pula, Aisha belum bersedia untuk mendedahkannya.
"Siapa yang boleh ketuk pintu hati kita dengan elok (baik), saya okay sahaja dan kita beri masa padanya," katanya yang mengakui berkawan baik dengan rakan duetnya, penyanyi Aziz Harun.
Terdahulu, Aisha mengumumkan kepada pihak media hubungannya dengan teman lelaki sudahpun berakhir pada Mac lalu.
Sumber: Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|