CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aiman Tino jiwa kampung, rasa nak pindah semula ke KKB

5-5-2025 08:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 661| Komen: 6|Original author: Raline

el.PNG


Aiman Tino memilih membeli kediaman di luar bandar kerana mahu mencari ketenangan dalam hidup.

Aiman atau Muhammad Aiman Yusry, 27, berkata, faktor dibesarkan di Kuala Kubu Bharu (KKB), Hulu Selangor juga menjadi faktor mengapa dia mahu memiliki kediaman di kawasan tersebut.

Kata Aiman, selepas berkahwin dia berpindah ke Kuala Lumpur namun tidak lagi merasai ketenangan seperti tinggal di kawasan luar bandar.

"Saya membesar di sana (Kuala Kubu), saya tahu persekitarannya macam mana. Bila dah kahwin tinggal di KL, saya tak dapat ketenangan yang ada di Kuala Kubu.

"Bagi orang mungkin jauh KL ke Kuala Kubu tu, tapi bagi saya sendiri dah ulang-alik hari-hari dulu tak rasa jauh pun, 40 minit sahaja," katanya kepada mStar.



Dalam pada itu, Aiman memberitahu kediaman yang dibeli dengan harga RM250,000 itu dijangka siap sepenuhnya pada Jun ini.

Bagaimanapun, Aiman dan isteri iaitu Che Syarah Haifa masih lagi mempertimbangkan keputusan sama ada mahu berpindah ke rumah baharu atau terus menyewa di Kuala Lumpur.

"Insya-Allah saya rancang masuk ke rumah baru lepas raya Aidiladha ini. Apa boleh saya katakan, rumah saya sudah 70 peratus hampir siap.

"Tapi sebenarnya masih dalam perbincangan dengan isteri sama ada kami nak menetap di rumah baru atau jadikan homestay.

"Sebab sekarang ini saya menyewa di Bangsar dan kebetulan akan buka kedai makan. Jadi banyak perkara perlu kami ambil kira," ujarnya.



Sebelum ini, Aiman memberitahu dia mempunyai sebab tersendiri membeli 'rumah busuk' berusia lebih 30 tahun yang terletak di Kuala Kubu Bharu.

Kata penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini, selain harganya berpatutan, dia melihat banyak potensi terhadap kediaman jenis teres setingkat itu walaupun banyak kerja pengubahsuaian perlu dilakukan.



Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wikedsaikel 2-5-2025 06:14 PM
Aku tak boleh nk delete tiktok video dia dgn bini dia masa mula2 kahwin. Yang ada shaking of her pinggang ke butt and pastu angle kamera dari atas. Macam style black hip hop ounya music video. Lagu pon style tu.
Quote Perils 2-5-2025 08:31 PM
Mcm trkejut tgk rmh tu 250k.ke siap renovation cost.
Quote sleepandream 3-5-2025 04:32 AM
rumah subsale kan... sekarang mana dpt lagi rumah rm250k
Quote Shayang 3-5-2025 07:41 AM
Sian dik eman nak kena puaskan hati bini nak pintu estetik bagai
Yihhh ko nak pintu gitu gini ko kuarkanlah duit
sendiri.
Kalau tak ikut jela kemampuan tok laki tu
Btw dik eman ni ikutkan byk gaklah duit dia kan masa dia pemes nak mampus tu
View kat yt tinggi gila sbb dak2 kecik suka tgk mv dia.
Agak2 dia dpt gak duit? Ke bkn cenel dia?
Aku harap duit dia taklah byk dihabiskan oleh keluarga dia yg bersusun tu.
Nih tambah plak dah kawen, tambah lagi penghabis duit.
Quote fattymah 3-5-2025 08:15 AM
Shayang replied at 3-5-2025 07:41 AM
Sian dik eman nak kena puaskan hati bini nak pintu estetik bagai
Yihhh ko nak pintu gitu gini ko kua ...

Cam pengemis lak
Quote Ctfantasi 6-5-2025 08:34 PM
Edited by Ctfantasi at 6-5-2025 08:37 PM

Meols teringat lagu wani kayrie kau macam aiman tino..rahang tajam

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 07:27 PM GMT+8 , Processed in 1.587427 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top