Nina Iskandar tidak berasa tercabar dengan kehadiran ramai bakat baharu susulan sudah enam tahun tidak aktif berlakon.
Jelas Nina atau Nur Akmalina Iskandar, 34, dia tahu kemampuan dirinya sebagai pelakon berpengalaman dan mampu membawakan sebarang watak ditawarkan dengan baik.
“Kali terakhir saya berlakon adalah pada 2018. Saya memang rindu untuk kembali berlakon sebab ini minat dan hobi saya.
“Walaupun saya tahu sekarang ramai pendatang baru dalam industri lakonan, saya langsung tidak gementar kembali berlakon sebab saya tahu kredibiliti saya dekat mana. Saya mampu menyampaikan watak dengan bagus.
“Untuk saya, pengikut di media sosial adalah tidak penting, yang penting adalah bakat. Semua tahu yang kalau saya berlakon semuanya watak berat. Saya mampu untuk sampaikannya,” katanya kepada mStar.
Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|