Empat tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Elisya Sandha bersyukur bukan sahaja dikurniakan seorang suami bertanggungjawab tetapi keluarga mentua yang baik dan memahami.
Elisya atau Nur Elisya Sandha Hassan, 26, berkata ibu mentuanya iaitu Sheila Rusly sentiasa mengambil berat mengenai dirinya termasuk sepanjang kehamilan anak keduanya.
“Alhamdulilah itu rezeki saya bila dapat mak mentua yang sangat memahami dan baik, walaupun saya tengah hamil tapi dia (Sheila) jaga dengan baik.
“Dulu memang ada rasa takut dengan mak mentua sebab ramai cakap dia garang tapi sebenarnya dia sangat penyayang dan baik, karakternya saja tegas,” kata Elisya kepada mStar.
Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|