CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Selena Gomez tenang, tepis dakwaan Benny Blanco berlaku curang

5-5-2025 07:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 462| Komen: 5|Original author: tatod

1000027879.jpg

PENYANYI Selena Gomez menepis dakwaan Benny Blanco berlaku curang apabila berkongsi foto tunangnya itu di Instastory miliknya.

Dalam perkongsian tersebut, Selena memuat naik foto Benny bersama anak saudaranya sedang bermain dengan anjing peliharaan mereka.

Foto tersebut muncul selepas timbul khabar angin mendakwa Benny mungkin berlaku curang terhadap Selena.

Benny didakwa menjalinkan hubungan dengan teman lama yang juga merupakan bekas pembantu peribadinya iaitu Theresa Marie Mingus.

Peminat mula menyedari perkara itu selepas Selena tidak lagi mengikuti Theresa di Instagram dan ia sekali gus menimbulkan tanda tanya.

Lebih mengeruhkan keadaan, sejak tular spekulasi tersebut, muncul semula video-videp lama yang dikongsi di TikTok memaparkan kemesraan Benny bersama Theresa makan malam di sebuah restoran di Los Angeles, Amerika Syarikat.

1000027880.jpg

Malah segelintir netizen menuduh Benny turut melanggan akaun OnlyFans Theresa namun ia tidak dapat disahkan kerana tiada bukti nyata.

Pada Disember tahun lalu, Selena memaklumkan dia dan Benny sudah mengikat tali pertunangan selepas setahun menyulam cinta.

Khabar gembira itu dikongsi menerusi Instagram miliknya sambil menayang cincin bertahta berlian yang dipakai di jari manisnya.

Untuk rekod, Selena dan Benny mula menjalinkan hubungan cinta sejak Disember 2023. - mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JahLupa 4-5-2025 06:47 PM
Dah dpt selena pun nak curang lg ke
Quote babelina 5-5-2025 03:26 PM
x caya la.. Benny nie gilakn Selena dh lama kot.. sia2 la dh dpt ko curang..
Quote sarah_ary2 6-5-2025 12:08 AM
Benny ni bangga kan selena siap tunggu dia lama before nak kluar date, tungu depan rumah nak tunjuk selena tue gilakan dia [em:3:]
Quote I.K.A888990 6-5-2025 09:15 AM
adoiiii sumpahlah mcm tak mandi benny benno ni

gigi gosok tak tu bang
Quote Orion_Onion 6-5-2025 11:50 PM
Rebound love ke salena oiii

Lihat semua komen(5)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.034294 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top