PELAKON dan pempengaruh Indonesia iaitu Fuji mempunyai beberapa kriteria dalam memilih pasangan hidup.
Sebagai seorang yang berjaya mencipta nama dan memiliki kemewahan sendiri, Fuji, 22, amat mementingkan aspek kewangnan.
Bukan hendak mencari lelaki kaya, tetapi baginya calon suaminya perlu mempunyai kewangan stabil bagi menanggung kehidupan keluarga selepas berkahwin.
"Tidak perlu hidup mewah, tetapi tidak juga mahu hidup susah.
"Saya sudah sampai di tahap ini. Tak mungkin akan downgrade," katanya.
Tambah pelakon ini dia menyukai lelaki yang ada sifat cemburu kerana ia melambangkan kasih sayang dalam perhubungan.
Menurut Fuji dia juga sedia untuk mendirikan rumah tangga sekiranya bertemu dengan jejaka yang tepat meskipun masih muda.
"Saya suka lelaki yang ada sifat cemburu, tetapi tidak berlebihan. Contohnya apabila dia merajuk ingin tahu saya keluar bersama siapa.
"Jika diberi jodoh tahun ini, saya tidak menolak," ujarnya. - mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|