TAK ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba hinggap di telinga Cik Bunga mengenai penyanyi dan juri program realiti yang cukup digeruni ramai dalam industri seni muzik. Siapa lagi kalau bukan Mas Idayu. Khabarnya, ada yang mendakwa penyanyi lagu Senggol Senggolan Cubit Cubitan ini sudah tidak lagi hidup bersama dengan suaminya, penerbit eksekutif TV3, Muhammad Su an Che Isa. Semasa menerima khabar angin ini, Cik Bunga risau juga kalau kalau hal ini benar terjadi. Sebab Cik Bunga harap ia cuma satu khabar angin sajalah. Bukan apa, pasangan ini nampak serasi sahaja sejak berkahwin. Mummy Mas Idayu pun nampak ‘happy’ sahaja bila berada di samping suami. Tidak pernah dengar pula rumah tangga mereka berantakan, baik isu dalaman mahupun isu orang ketiga, rasanya tak ada.
Tetapi, kalau betul perceraian ini terjadi, tentu ada sebabnya yang mana hanya mereka berdua sahaja tahu. Sejak bila mereka berdua kononnya sudah berpisah, itu Cik Bunga tidak pasti. Sebab kita tak dapat kesahihannya itu bukan? Jadi, tak akanlah Cik Bunga hendak memandai-mandai. Jauh di sudut hati, Cik Bunga harap, perkara ini tidak benarlah. Mungkin kena tunggu empunya badan sendiri sahihkan gosip ini. Kalau tidak betul, diperbetulkan. Bimbang salah faham ini akan jadi berterusan. - UTUSAN |
cmf_premierleag replied at 4-5-2025 01:29 PM
Hari tu aku tertengok tv3 rcgn psl apa ntah mcm ala2 masak2/ talk show...x ingat.ada si minah ni...j ...
cmf_premierleag replied at 4-5-2025 09:29 PM

Daftpunk_shine replied at 4-5-2025 02:32 PM
Haritu ada gosip penyanyi poular nk serai. Sape ingat gosip tu?
Adalah yang ni ke OKG nye?
bellaamsar replied at 4-5-2025 10:06 PM
Pelat2 mcm acik kat tiktok tu ke? Pinkie2 nama tiktok dia
cmf_premierleag replied at 4-5-2025 09:29 PM
Hari tu aku tertengok tv3 rcgn psl apa ntah mcm ala2 masak2/ talk show...x ingat.ada si minah ni...j ...
ADVERTISEMENT