CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

‘ALLAH tahu’, pensyarah bidas semula sikap pelajar riak dibantu ‘ChatGPT’, tunggulah ketika temuduga kerja nanti

5-5-2025 07:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 241| Komen: 3|Original author: tatod

1000028267.png



TINDAKAN pelajar universiti yang menggunakan kemudahan teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT ketika menyiapkan tugasan dilihat semakin membimbangkan.


Berdasarkan luahan seorang pensyarah dikongsikan pengguna akaun Facebook Fara Hamidi, terdapat sesetengah pelajar yang mengambil kesempatan terhadap kemudahan itu.


Menurutnya, tindakan tersebut ternyata dapat dikesan dengan mudah oleh para pendidik.


1000028272.jpg



"Jujur daripada hati, kesian dengan pelajar yang ingat pensyarah dia tak tahu apa kaedah dia lengkapkan tugas dan laporan.


"Awak guna ChatGPT Premium, DeepSeek semua tahu tak citation yang dibagi tidak wujud pun.


"Tak tahu kan, sebab buat kerja sehari, tak semak pun semua. Nama pengarang, tajuk artikel tak pernah wujud," tulisnya.


1000028274.jpg


Katanya, ada juga sikap pelajar yang hanya tahu meniru secara terus tanpa memeriksa semula sehingga diketahui pensyarah.


Ia lebih jelas dapat dilihat apabila pelajar dikehendaki menulis laporan dalam bahasa Inggeris.


"Ayat Inggeris bukan main bombastic ke langit, tetapi, masa ujian tulis campur tunggang langgang.


"Masa pembentangan lagilah, jenuh  saya nak betulkan sebutan.


"Pembentangan patut 10 minit jadi 20 minit sebab tergagap dan ulang-ulang


"Masa itu jangan pula tulis 'tak gunalah belajar sampai dapat 4.0 flat, temuduga 10 kali, 10 kali ditolak. Ini semua salah pensyarah tak tahu ajar'.


"Jangan riak, jangan menipu. Pensyarah tak tahu tapi ALLAH tahu," tambahnya.


Baginya, ia satu tindakan kurang bijak dan tanpa sedar akan menjadi kebiasaan sekiranya sudah melangkah ke alam pekerjaan.


Sementara itu, ada juga yang memberi saranan kepada para pelajar untuk memahami fungsi AI dalam membantu memudahkan tugas.


"Nak guna boleh sekadar nak dapatkan maklumat dan butiran. Fahamkan dahulu, cari rujukan lain dan olah ayat sendiri," komen Masdzurina Bakar. — Majoriti



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 5-5-2025 09:43 PM
bak kata lecturer iols dulu

"Korang nak meniru exam, tipu buat assignment, mengelat buat presentation bagai, suka korang lah. Its your choice. But remember, hasil korang meniru exam, tipu assignment semua ni, kekal jadi CGPA. Result CGPA, nanti korang akan bawa mintak kerja. Kalau tak dapat kerja, tu korang punya balasan la. Cash. Tapi kalau dapat? Kerja dari menipu time student, gaji bulan-bulan tak berkat. Problem itu ini tak pernah habis. Lepas satu-satu datang menimpa. Nak ke bagi anak makan duit gaji tak berkat tu?"

ni iols simplify je la, sheols membebel lagi panjang. tapi sebab sheols bebel tu la, Iols tak pernah langsung meniru atau menipu exam mahupun assignment, sepanjang zaman Iols belajar. walaupun tak dapat 4.00 flat, tapi Iols bangga dengan cgpa iols. sebab tu hasil usaha yang jujur dan bersungguh-sungguh dulu
Quote KirazMevsimi 6-5-2025 08:01 AM
: deleted
Quote KirazMevsimi 6-5-2025 08:02 AM
PULANGKAN replied at 5-5-2025 09:43 PM
bak kata lecturer iols dulu

"Korang nak meniru exam, tipu buat assignment, mengelat buat presentati ...

tepatttttt. pensyarah saya dulu pun pesan macam ni jugak kaka. alhamdulillah

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.038592 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top