CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Atikah Suhaime Kongsi Tips Cari Suami Kaya, Makan Di Restoran Mewah & Main Golf

5-5-2025 07:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7248| Komen: 146|Original author: tatod

1000028277.jpg



Pelakon dan usahawan Atikah Suhaime menyorot perhatian orang ramai apabila secara terbuka berkongsi tip mencari suami kaya kepada para pengikutnya.


Menerusi komen di TikTok, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkata sebelum bernikah dia sering kumpul duit untuk makan di restoran mahal setahun sekali.


1000028279.jpg


1000028282.jpg



Katanya, di lokasi itu juga dia bertemu dengan suaminya, Datuk Lokman Teh.


"Dulu saya berjimat setahun sekali makan dekat restoran macam ini. Dekat tempat macam inilah saya jumpa suami.


" Cubalah, mana tahu satu hari nanti dapat."


Atikah berkongsi tip itu selepas salah seorang individu berseloroh mahu mencari suami kaya agar dapat menikmati hidangan sekitar RM1,000 sepertinya.




Tidak hanya itu, pelakon filem Lupakan Cinta itu juga berkata selain di restoran mahal, orang ramai juga boleh cuba pergi ke tempat main golf.


"Lagi satu tempat main golf. Mahal tapi sekali sekala pergilah saja-saja."


Sebelum ini, Atikah berkongsi video memaparkan dia dan suaminya menikmati makan malam di sebuah restoran Jepun dengan harga melebihi RM800.


Sumber: TikTok




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Daftpunk_shine 4-5-2025 10:26 PM
Dia ada misi dan visi hokkay!!
Quote newyork 4-5-2025 10:27 PM
Hahah tp pastikan muka lawa la cam dia..
Quote sleepandream 4-5-2025 10:39 PM
jadi stewardess pun boleh... serve biznes class or vvip... terus jd permaisuri paling tidak bernombor lah
Quote ina_na 4-5-2025 10:41 PM
Kwn iolss penah kongsi tips kalo nak dpt org kaya...selain lepak2 kelab golf,lepak2 shopping mall orka sll p...blh jugak jogging depan taman perumahan orka,jogging depan sekolah international school... Try la...iolss dl sll lepak JPO mmg boleh dpt tp iolss dah kawin... Iolss tgk dia org bawak skandal menyoping isnin - khamis...jumaat - ahad bawak anak isteri menyoping...
Quote jambatannetizen 4-5-2025 10:44 PM
sleepandream replied at 4-5-2025 10:39 PM
jadi stewardess pun boleh... serve biznes class or vvip... terus jd permaisuri paling tidak bernombo ...

tp stewardess bnyk takat level diploma or habis spm je mcm meolsss kahkah
Quote cm_vungtau 4-5-2025 10:46 PM
Edited by cm_vungtau at 4-5-2025 10:49 PM

Diam lah ko. Jap lagi kang kalau gaduh mula la mintak doa netizen. Kosser aku. Nampak sangat aku acik por veteran so aku takde la kagum
Quote doubleA 4-5-2025 10:46 PM
Direct tikoh. Tak sia2 save money utk spend tempat tu dapat kawen org kaya
Quote BlackpingU 4-5-2025 10:54 PM
Dia lawa ofkos ada yg tersangkut....yg tak lawa jgn cuba cari jodoh kat restoran mewah
Quote Fiyana_z 4-5-2025 10:55 PM
Kau dapat laki kaya ke? Bkn laki kau tu family dia bankrup ke sebb tu dengan kau sekali kena angkut meniaga kt tiktok haha
Quote Nurkaseh01 4-5-2025 11:01 PM
Edited by Nurkaseh01 at 4-5-2025 11:07 PM

Dulu Ingatkan dia ni yang kawin dengn ceo ziatun bini ceo zaitun tu si izati bukan main mewah lagi . Kalah dia ni
Quote kuceeng 4-5-2025 11:50 PM
Tips cam siyelll
Quote immortallez 5-5-2025 12:15 AM
Biras dia muka tak berapa cantik (macam banyak repair muka) tapi boobs besar. Antara Lokman & Mustakim, Mustakim lagi hensem & manis
Quote Lampuled 5-5-2025 12:27 AM
Boleh ikut tips ni tapi tak semua la lepas tapisan nk dihalalkan..selalunya terkandas di skala 7. Hujung², nnti ayat penutup saya tak perlukan lelaki kaya , hanya nak yg mampu membimbing saya.

Tahniah for Atikah kerana berjaya dgn bergaya..semoga sentiasa bahagia selamanya.
Quote merrissa 5-5-2025 01:19 AM
bukan sebab dia retis ke? comel seksi meksi juga?

alahai tkyh la kasi tips2, ckp dh jodoh sudah
Quote makcun14 5-5-2025 07:16 AM
kalau pergi facial or gym maniskan muka tegur orang sekeliling.pakej berkawan ngan mak heols, dapat la suami sekali.
Quote Manusiabesa 5-5-2025 07:22 AM
Klakor dia ni. Bg tips simply cmtu je mcm tgh mmbawang dgn bestie je kesahnye... hahahah. Tikah jenis random.. btw can apply girls... try la tgok..kot2 mnjdi.. atleast try.. rupa xlawa mgkin xlepas lah tp try je. Sbb ada yg lps. Intan najuwa pn dgrnya kerap lepak kt golf ke tmpt men kuda xingt.... erin malek pn dok kt tmpt have2 gak rasanya sblum jumpa farez fauzy tu. Eina azzman p masuk club, jumpa laki eby yus dia. Ramai yg dh try taktik ni mnjdi.

Cuma smpai ke hrini aku heran siblings melvin tu sauk jantan kaya2 sedangkan kesemua sgt2 kampung !!!
Quote fifie_olin 5-5-2025 07:51 AM
nak org kaya
kena la pasang body
muka glowing
pakej kena lengkap
Quote kisahkeaku 5-5-2025 07:56 AM
Manusiabesa replied at 5-5-2025 07:22 AM
Klakor dia ni. Bg tips simply cmtu je mcm tgh mmbawang dgn bestie je kesahnye... hahahah. Tikah jeni ...

betul laa tu.intan najwa jumpa laki dia kat kafe hotel tgh minum kopi rasanya.
iolss pun bg tips kat kawan bujang i nak cari laki mcm intan najwa ko lepak laa kafe hotel.tp jgn lupa pasang badan.
Quote TomyamPuteh 5-5-2025 08:02 AM
Watak sanjungan dan jilatan acik2 kepams CARI

Lihat semua komen(146)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2025 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.057124 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top