CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Genap setahun berkahwin, Afifah Nasir umum hamil anak pertama

5-5-2025 07:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 672| Komen: 3|Original author: tatod

1000028500.jpg



GENAP setahun mendirikan rumah tangga, pelakon Afifah Nasir berkongsi khabar gembira dirinya kini sedang hamil anak pertama.


Menerusi hantaran di Instagram, Afifah atau Nur Afifah Nasir, 32, berkongsi foto imbasan yang memaparkan kandungannya.


Malah dia juga menzahirkan rasa gembiranya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.




"Setahun yang lalu, kita hanya menulis kisah cinta kita, satu halaman demi satu halaman.


"Kini, bab baru bermula, dengan degupan jantung yang tumbuh dalam diriku. Keajaiban kecil kita, lahir daripada cinta," tulisnya di ruangan kapsyen.


Dalam hantaran itu juga, Afifah dan suami iaitu Syed Hariz terlihat gembira bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi.




Mereka juga dilihat memeluk antara satu sama lain ketika berada di atas bot persiaran.


Pun begitu, Afifah tidak berkongsi lanjut mengenai usia kandungannya.


Melihat ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut gembira dengan khabar yang dikongsikan.




"Sudah agak, sebab semua gambar awak tutup perut! Tahniah.


"Ada rahsia rupanya, minta suami layan segala mengidam awak dengan baik," antara komen warganet.


Pada 5 Mei 2024, Afifah selamat mendirikan rumah tangga dengan Syed Hariz selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan. - mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 5-5-2025 08:31 AM
tahniah.. rezki awal dpt anak!
Quote nisako 5-5-2025 08:58 AM
wow tahniah
Quote black_handbag 5-5-2025 09:14 AM
32 dah umur dia ye. igt hujung 20an sbb nampak gedik terkinja-kinja macam budak baru habis belajar.yg ni kan yang skandal dgn alip ajis pastu kena serang dgn bella setilah?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2025 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.034049 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top