Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh meluahkan rasa kesal apabila diceraikan hanya menerusi panggilan telefon dari ejen di Thailand.
Meskipun kecewa, Fara tetap tabah dan kini fokus untuk menguruskan pendaftaran pernikahan mereka di mahkamah demi anak yang sedang dikandungnya.
Fara perlu daftar perkahwinan supaya anak ‘berbintikan’ Shuk
Memetik laporan Harian Metro, Fara berkata, urusan pendaftaran nikah itu penting kerana tanpa pengesahan pendaftaran, anak mereka tidak boleh berbintikan Shuk.
Selepas itu, barulah Fara akan meneruskan dengan pengesahan lafaz cerai yang dibuat Shuk melalui panggilan telefon.
"Saya perlu membuat pengesahan pendaftaran terlebih dahulu kerana jika tidak, anak kami nanti tidak boleh dibintikan dengan Shuk.'
Fara turut mendedahkan bahawa dia ada bukti lafaz cerai tersebut dan kini menunggu proses mahkamah.
Namun begitu, Shuk sebelum ini gagal hadir pada tarikh yang ditetapkan, menyebabkan Fara kerugian masa lebih sebulan untuk menyelesaikan perkara itu.
"Dia pernah tidak hadir sebelum ini dan keadaan itu melambatkan keseluruhan proses sehingga saya rugi masa lebih sebulan."
Fara sedih diceraikan tanpa adab
Lebih menyedihkan, Fara tidak menyangka akan diceraikan dalam keadaan begitu kerana mereka sepatutnya berbincang terlebih dahulu secara bersemuka, bukan melalui pihak ketiga.
"Kalau betul dia matang, sepatutnya tahu adab dan tertib dalam soal perceraian. Dia sepatutnya berjumpa keluarga dan berbincang terlebih dahulu."
shuk saharOh! ArtisFara Salleh Harap Shuk Sahar Hadir Ke Mahkamah Supaya Anak Dapat ‘Berbintikan’ Pelawak Itu
OlehArini SalehPada 01/05/2025
ShareTweet
Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh meluahkan rasa kesal apabila diceraikan hanya menerusi panggilan telefon dari ejen di Thailand.
BACA: “Dasar Pengecut” – Fara Salleh Dedah Shuk Sahar Ceraikan Dirinya Melalui Telefon Di Siam
IKLAN
Meskipun kecewa, Fara tetap tabah dan kini fokus untuk menguruskan pendaftaran pernikahan mereka di mahkamah demi anak yang sedang dikandungnya.
Fara perlu daftar perkahwinan supaya anak ‘berbintikan’ Shuk
fara salleh
Memetik laporan Harian Metro, Fara berkata, urusan pendaftaran nikah itu penting kerana tanpa pengesahan pendaftaran, anak mereka tidak boleh berbintikan Shuk.
Selepas itu, barulah Fara akan meneruskan dengan pengesahan lafaz cerai yang dibuat Shuk melalui panggilan telefon.
Saya perlu membuat pengesahan pendaftaran terlebih dahulu kerana jika tidak, anak kami nanti tidak boleh dibintikan dengan Shuk.
Fara turut mendedahkan bahawa dia ada bukti lafaz cerai tersebut dan kini menunggu proses mahkamah.
Namun begitu, Shuk sebelum ini gagal hadir pada tarikh yang ditetapkan, menyebabkan Fara kerugian masa lebih sebulan untuk menyelesaikan perkara itu.
Dia pernah tidak hadir sebelum ini dan keadaan itu melambatkan keseluruhan proses sehingga saya rugi masa lebih sebulan.
Fara sedih diceraikan tanpa adab
fara salleh
Lebih menyedihkan, Fara tidak menyangka akan diceraikan dalam keadaan begitu kerana mereka sepatutnya berbincang terlebih dahulu secara bersemuka, bukan melalui pihak ketiga.
Kalau betul dia matang, sepatutnya tahu adab dan tertib dalam soal perceraian. Dia sepatutnya berjumpa keluarga dan berbincang terlebih dahulu.
Dalam pada itu, Fara memaklumkan kandungannya kini berusia tujuh bulan lebih dan dia bersyukur kerana mempunyai ibu bapa serta adik perempuan yang sentiasa memberi sokongan emosi.
Fara turut mendedahkan punca konflik rumah tangga mereka bermula sejurus selepas mereka menunaikan umrah bersama pada Ogos tahun lalu.
Ketika itu, dia mula merasakan perubahan dalam hubungan apabila Shuk menjadi semakin berahsia terutama dalam soal bisnes.
Untuk info, Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November 2023 di Thailand selepas Shuk bercerai dengan isteri pertamanya, Rossa Sera pada 22 Mac 2023.
Kredit: Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|