CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rakan baik dedah sikap terpuji Arwah Nas Ahmad

2-5-2025 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 804| Komen: 2|Original author: Raline


Screenshot 2025-05-02 092036.png


Pemergian bekas wartawan hiburan terkenal, Allahyarham Nas Ahmad nyata meninggalkan kesan mendalam buat rakan-rakan seperjuangan.

Menurut laporan Harian Metro, antara yang paling terkesan ialah Saiful Azmi Jamsari yang merupakan bekas wartawan Melodi dan pengacara Detik 12 Malam yang menganggap arwah sebagai sifu dan abang dalam dunia kewartawanan.

"Arwah sangat baik orangnya. Dia bantu dan ajar saya macam mana buat ‘reporting’, ‘editing’ di studio dan sebagainya seperti satu keluarga."

Komited bekerja demi keluarga tercinta

Menurut Saiful, keperibadian arwah sebagai seorang ‘family man’ menjadi inspirasi buat ramai. Arwah sangat komited dengan tugas dan tidak pernah culas mencari rezeki buat keluarga.

"Sebagai seorang bapa, dia memang sangat menyayangi anak-anak dan keluarganya."

"Arwah sangat rajin, tapi pada 2022, dia sudah mula tidak sihat kerana masalah jantung."

Kekal rapat walau sudah lama tidak berkerja sekali

Meskipun sudah lama tidak bekerja bersama, Saiful berkata hubungan mereka tetap rapat dan sering saling bertanya khabar serta menghulurkan bantuan bila perlu.

"Saya mengenali arwah abang Nas sejak lama… walaupun sudah lama tak kerja sama, kami masih kerap berhubung."\\

Pemergian yang dirasai ramai

Nas Ahmad yang sinonim dengan tagline “Kita Terjah!” menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh jam 10 pagi, selepas menerima rawatan akibat komplikasi jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, empat orang anak dan dua cucu. Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Hargai mereka yang hadir dalam hidup kita, terutama insan yang pernah membimbing dan memberi ilmu. Selagi berkesempatan, berhubunglah dan saling menghargai—kerana masa tidak menunggu.

Kredit: Harian Metro, Oh Media


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 2-5-2025 04:12 PM
Inna lillahi wa inna ilaihi rojiuun.
Quote BawangCaramel 2-5-2025 09:59 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.027728 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top