Kegiatan pengedaran dadah di Terengganu terus dibanteras apabila polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki pengedar dan menyita aset mewah bernilai hampir RM1 juta.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin memaklumkan penahanan suspek berusia 35 tahun itu membawa kepada rampasan dadah jenis syabu seberat 1.02 kilogram yang dianggarkan bernilai RM32,000.
Dalam serbuan itu, polis turut menyita tiga buah kenderaan mewah iaitu Toyota Alphard, Mini Cooper Countryman dan Range Rover, wang tunai RM7,700 serta pelbagai barangan kemas emas termasuk gelang tangan, rantai dan gelang kaki.

Peniaga kosmetik simpan dadah untuk diedarkan kepada 6,000 penagih…
Suspek ditahan di sebuah premis tidak beroperasi di Kampung Paya Keladi sekitar jam 8.40 malam pada 28 April lalu.
Pemeriksaan ke atas suspek menemukan satu plastik mengandungi syabu yang dipercayai untuk diedarkan kepada kira-kira 6,000 penagih di sekitar Kuala Terengganu.
Menurut polis, suspek yang juga peniaga kosmetik itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, namun hasil ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis Nimetazepam.
Direman dan jika didapati bersalah boleh dihukum gantung sampai mati…
Suspek kini direman selama tujuh hari bermula 29 April hingga 5 Mei bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta sebatan.
Mohd Khairi turut berkata siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan rangkaian sindiket dadah yang dipercayai masih bebas.
Pssttt! Peniaga kosmetik mana pula ni? Perdagangan dadah bukan saja memusnahkan individu, tetapi juga keluarga dan masyarakat. Jangan terpedaya dengan kekayaan segera kerana ia hanya membawa kehancuran. Hiduplah dengan rezeki yang halal dan berkat.
Kredit: Sinar Harian, Oh Bulan
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|