CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Syukri Syukur Diiktiraf Penyumbang Zakat Tertinggi Di Selangor Setiap Tahun

2-5-2025 09:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1800| Komen: 29|Original author: Raline


polish_save-1536x1153 (1).jpeg


Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan syukur diberi pengiktirafan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai antara penyumbang zakat tertinggi setiap tahun.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff berkata impiannya adalah untuk membantu golongan yang berkemampuan serta mengucapkan terima kasih buat isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida yang bersamanya susa senang.

“Syukur alhamdulillah kami diberi pengiktirafan khas antara penyumbang zakat tertinggi di Selangor setiap tahun oleh Lembaga Zakat Selangor.

“Satu lagi anugerah dari pusat zakat selangor inilah impian kami nak bantu orang lain terutamanya mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff turut menzahirkan penghargaan buat mereka yang telah menyokongnya serta mendoakan agar diberikan kesihatan yang baik untuk terus membantu golongan yang memerlukan.

“Terima kasih kerana menyokong kami dengan membeli barangan kami. Hasil sokongan anda semua lah saya mampu menyumbang zakat dari hasil jualan kami. Semoga kami terus diberikan kesihatan untuk membantu golongan asnaf,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 2-5-2025 09:01 AM
Wahhhh kiranya dlm selangor ni dia yg paling kaya kah dlm semua org islam di selangor ni? Atau org kata yg lain x menyumbang bnyk mana pun...
Quote L.U.S.M 2-5-2025 11:39 AM
Raja sultan kerabat t20 mcm Syed Bukhari Rashid Hussein dgn Naza Tun M Tun Daim clan semua byr zakat xbyk kah?
Quote Miejaaa 2-5-2025 11:43 AM
Kan tulis antara penyumbang tertinggi tuuu
Quote noor2 2-5-2025 11:47 AM
Tajuk x sebut diantara pun...akak ni hanya baca tajuk je...salah pemahaman jugak aku ni
Quote wadiunong 2-5-2025 02:16 PM
noor2 replied at 2-5-2025 11:47 AM
Tajuk x sebut diantara pun...akak ni hanya baca tajuk je...salah pemahaman jugak aku ni



ha so dah tau dah kan taktik mana2 web/page buat tajuk misleading demi nak tarik crowd & menabur fitnah. Forum ni pon dah ke arah ni pon. suka buat tajuk mengundang
Quote choilang8990 4-5-2025 02:38 PM
Alhmdulillah
Quote ashilalat 4-5-2025 02:40 PM
Benda bagus oklah. Tp dia bukan la paling tinggi. Dia antara yg tertinggi. Yg x de nama, Mungkin org lain bayar kat negeri lain. Bukan kat selangor
Quote sayawifenikmie 4-5-2025 03:26 PM
maksud .. alif lagi kaya dari mak nya ?
Quote cap_ayam 4-5-2025 04:29 PM
Yang lain bayar kat wilayah kot
Quote JahLupa 4-5-2025 06:37 PM
Tan sri dstuk sri melayu lain mana.. tp bab ni iols support alif islam
Quote syirazee 4-5-2025 06:56 PM
Baguslah kiranya..tak lupa tanggungjawab agama. Alhamdulillah.Harap jadi contoh pada yg lain juga.
Quote Incanto 4-5-2025 07:04 PM
Edited by Incanto at 4-5-2025 07:07 PM
cap_ayam replied at 4-5-2025 04:29 PM
Yang lain bayar kat wilayah kot

orka yg lain  yg bayar kat Selangor tak nak di iktiraf kot

zakat tu wajib, Rukun Islam...bukan utk dapat anugerah

tapi respek alep shukri yg tak culas bayar zakat
Quote Minami2013 4-5-2025 07:29 PM
Yang bagus layak di puji.
Quote Minami2013 4-5-2025 07:32 PM
sayawifenikmie replied at 4-5-2025 07:26 AM
maksud .. alif lagi kaya dari mak nya ?

Kalau ada mak nya dpt penghargaan mesti dah buat content togather gather.

Anyway, ada tgk kat tiktok kontraktor rmh dia kat London tgh cari BR tuntut hutang.
Quote sayawifenikmie 4-5-2025 07:45 PM
Minami2013 replied at 4-5-2025 07:32 PM
Kalau ada mak nya dpt penghargaan mesti dah buat content togather gather.

Anyway, ada tgk kat ti ...

saya baca kat mana yer
katanya BR bayar tax rm53 juta

kaya raya jutawan pun
orang cari nak tuntut hutang

hmmm
Quote Minami2013 4-5-2025 08:02 PM
sayawifenikmie replied at 4-5-2025 11:45 AM
saya baca kat mana yer
katanya BR bayar tax rm53 juta


Wah.. byk nye tax dia. Confirm la profit pun ratus juta. Pelik jugak la kalo dia elak nk bayar hutang. I tunggu juga jawapan dia psl isu ni.
1000074655.jpg
Quote KBW2 5-5-2025 05:07 AM
Minami2013 replied at 4-5-2025 07:32 PM
Kalau ada mak nya dpt penghargaan mesti dah buat content togather gather.

Anyway, ada tgk kat ti ...

Haaah takde orang plak update pasal ni
Quote KBW2 5-5-2025 05:16 AM
Minami2013 replied at 4-5-2025 08:02 PM
Wah.. byk nye tax dia. Confirm la profit pun ratus juta. Pelik jugak la kalo dia elak nk bayar hut ...

Ada dia buat live dia marah-marah dia cakap "kalau baik kenapa carik lain, bodohlah korang ni" obviously implying abang aji tuh tak baik. BTW dia ni nampak sangat tak tenang tak selari dengan amalan zikir-zikirnya. Kesimpulannya BR ni bagi aku bukan orang yang baiklah, hati keras, putar belit banyak, dan perasan bagos. Kalau dia "bertakzkirah" tuh amboi-amboi sangat dia, padahal kalau sendiri fikir dia pun 5 kali kahwen-cerai, bukan benda normal banyak sangat kahwen cerai kalau kematian lainlah ceritanya. Dan aku yakin semuanya dia yang "talakkan".
Quote Minami2013 5-5-2025 07:48 AM
KBW2 replied at 4-5-2025 09:16 PM
Ada dia buat live dia marah-marah dia cakap "kalau baik kenapa carik lain, bodohlah korang ni" obv ...

Iye.. sekarang ni byk klip meroyan dia. Ada org komen yg tak lama la dia dgn suami baru ni.. kemain lagi dia marah2 psl hati busuk bla bla. Tak silap yatie pernah cerita yg suami2 dia dulu semua nya dia yg mintak cerai. Semua tak kahwin baru kecuali bapak yatie.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.070211 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top