CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Anggun berbatik merah, Mekyun bangga Mek Cino Kelate dijemput santapan petang bersama Raja Permaisuri Agong

2-5-2025 08:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 668| Komen: 5|Original author: tatod

1000025845.png



PEMPENGARUH media sosial dikenali sebagai Mekyun menyuarakan rasa bangga dan terharu selepas dijemput menghadiri Majlis Santapan Petang bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah di Istana Negara pada Isnin lalu.


Wanita Cina yang fasih bercakap dialek Kelantan itu tampil anggun mengenakan kain batik Kelantan berwarna merah sebagai simbol identitinya sejak mula berkarya di media sosial.


Kehadirannya ke istana disambut sebagai satu pengiktirafan terhadap pempengaruh tempatan yang berjaya mengekalkan jati diri budaya dalam kandungan digital mereka.




“Dengan penuh rasa bangga sebagai Mek Cino Kelate, hari ini saya melangkah masuk ke istana negara dijemput menghadap Tuanku Raja Permaisuri Agong dalam majlis penuh bersejarah ini.


"Memakai kain batik Kelate, membawa identiti Mekyun sejak mula buat kandungan dari rumah. Hari ini, satu mimpi menjadi kenyataan,” katanya menerusi satu hantaran di laman Instagramnya pada Rabu.


Pemilik nama lengkap Wee Yun Nee itu berkata, beliau hadir sebagai wakil generasi muda yang membawa semangat untuk terus menjulang nilai budaya tempatan dan menyebarkan pengaruh positif melalui platform digital.


“Patik berjanji untuk terus mengangkat nilai budaya, menyebarkan mesej positif dan menggunakan platform yang ada dengan penuh tanggungjawab.




"Sesungguhnya, pertemuan ini akan patik simpan sebagai kenangan paling berharga sepanjang hayat,” ujarnya.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengikut dan penyokongnya atas sokongan berterusan sepanjang perjalanan kariernya.


Majlis Santapan Petang bersama Raja Permaisuri Agong merupakan acara tertutup istana yang bertujuan menghargai individu dari pelbagai latar belakang yang memberi impak positif kepada masyarakat, termasuk dalam bidang kesenian, budaya dan media sosial. — Majoriti





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dagusengett 2-5-2025 12:11 PM
biasa gi kota bharu work trip mmg jumpa client2 chinese ckp melayu lembut2 je bahasa and kaya2 pulak tu
Quote gangerina 2-5-2025 01:52 PM
i ada tgk post dia yg pegi mandi bunga kat temple buddha...pandai mekyun...patut la berseri and masyukkk....
Quote Namasayaomel 3-5-2025 02:17 PM
Kelantanese ni united...aku respect..india chinese all boleh communicated well in bahasa melayu version kelate...cuba johor or kl.... ramai chinese pelat x reti bahasa melayu + racist...
Quote akw 3-5-2025 07:51 PM
ikut ko la labu
Quote dagusengett 4-5-2025 06:35 AM
Namasayaomel replied at 3-5-2025 02:17 PM
Kelantanese ni united...aku respect..india chinese all boleh communicated well in bahasa melayu vers ...

Jiran i maknya bahasa melayu inggeris biasa biasa mungkin sbb kerja ofis
Tapi sominya kerja sendiri kot sbb aduhh melayu and english terkial kial
Rasanya depa muda dari i kira millenials la depa bukan boomers
Hishh napela camtu
Bukannya pendatang mmg keluarga depa duduk area berdekatan jugak
Harap anak2 depa belajar bahasa elok2 walaupun gi sek cina
Beza lah dgn kelantanese i jumpa chinese elok fasih je bercakap

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2025 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.030299 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top