CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

YouTuber Dedah Kilang Di Indonesia Guna Sampah Sebagai Bahan Bakar Goreng Tauhu

2-5-2025 08:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 455| Komen: 4|Original author: tatod

1000026194.jpg



Sebuah kilang pembuatan tauhu di Indonesia dilihat menggunakan sampah dan plastik sebagai bahan bakar secara langsung untuk menghasilkan tauhu goreng.


Menerusi sebuah video YouTube daripada Andrew Fraser, dia mendedahkan proses pembuatan tauhu goreng di sebuah kilang di Indonesia menggunakan sampah plastik sebagai bahan bakar secara langsung.


"Anehnya, tiada siapa yang lihat takut dengan jumlah plastik yang banyak masuk ke dalam makanan mereka.


"Di setiap sudut ruangan akan ada longgokan besar sampah yang akan menjadi bahan bakar terdiri daripada potongan-potongan fabrik, plastik yang tak terurai kemudiannya diambil dan terus diletak di dalam api yang menggoreng tauhu berkenaan.


"Setelah masak, ia akan diangkat menggunakan penapis yang diperbuat daripada bahagian depas kipas angin yang sudah rosak," katanya.



1000026195.png


Walaupun hasil rasanya dikatakan sedap, cara pembuatan tauhu tersebut boleh bawa kemudaratan kepada siapa sahaja yang mengambilnya.


"Rasanya memang enak, tapi jika tahu digoreng di atas api plastik secara langsung tanpa proses penyaringan, besar kemungkinan kontaminasi akan terjadi.


"Skala masalah ini memang mengejutkan saya, mungkin dalam 30 kilang telah saya lawati masih ada yang menggunakan kayu sebagai bahan bakar tetapi itu adalah sesuatu yang jarang dapat ditemui.


"Selebihnya menggoreng tahu dengan membakar plastik, membiarkan asap dari pembakaran memenuhi ruang udara dan seterusnya kepada tauhu yang digoreng," katanya. - SEISMIK



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 1-5-2025 09:02 PM
Plastic what?
Quote Namasayaomel 3-5-2025 02:00 PM
muntahhhh
Quote KBW2 3-5-2025 08:05 PM
Takut nak klik video
Quote chinta89 4-5-2025 02:14 PM
..............................

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.029839 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top