CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Inilah Emas negara’ – Jepun iktiraf kejayaan Shila Amzah

2-5-2025 08:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2947| Komen: 42|Original author: tatod

1000026045.jpg



PETALING JAYA – Membanggakan negara, pencapaian penyanyi Shila Amzah yang meraih pelbagai pengiktirafan menerusi kerjaya seninya dipamerkan di sebuah ekspo antarabangsa di Osaka, Jepun.


Paparan gambar serta portfolio kejayaan diraih pemilik nama penuh Nurshahila Amir Amzah, 34, itu dikongsikan peminat yang menghadiri World Expo Osaka 2025 di Pulau Yumeshima, baru-baru ini.


Menerusi perkongsian tersebut, dilampirkan senarai kemenangannya dalam beberapa pertandingan nyanyian di China termasuk Asian Waze 2012 musim pertama yang menyaksikannya bergelar juara.




Antara kemenangan lain adalah berada di tempat ketiga program I Am A Singer 2014 selain dipilih ke World Music Awards di Amerika Syarikat bagi kategori Penyanyi Wanita Terbaik, Penghibur Terbaik dan Video Terbaik.


Menerusi carian, ekspo yang diadakan lima tahun sekali itu berlangsung selama enam bulan iaitu dari 13 April 2025 sehingga 13 Oktober 2025.


Dalam edisi terdahulu, pameran yang disertai banyak negara itu menyaksikan Dubai menjadi tuan rumah.




Menerusi ruangan komen, ramai peminat menzahirkan rasa bangga dan teruja melihat penyanyi tempatan diangkat di negara luar sekali gus berharap dianugerahkan gelaran.


“Inilah ’emas’ negara. Selayaknya mendapat gelaran Datuk,” kata seorang peminat


“Datuk Seri Shila Amzah. Saya doakan beliau dianugerahkan gelaran ini. Sudah selayaknya,” tulis netizen lain.




Penyanyi Memori tercipta itu turut memberi balasan dengan mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan. – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikenit2007 1-5-2025 06:05 PM
Good shilala
Quote I.K.A888990 1-5-2025 06:27 PM
go go go kaka

murah rezeki kaka byk kali jgk dia ulang alik ke china
Quote doubleA 1-5-2025 06:34 PM
Tahniah shilalat
Quote ashilalat 1-5-2025 07:15 PM
Bukan ke kat expo yg sama ada pameran utk P.Ramlee, Michele Yeoh, Siti Nurhaliza, Ernie Zakri, Dolla. Bukan shilalat sorang je lah. Over naw mcm dia sorang je disanjung. Lagu pon x de yg hits. Acah² fofuler di Cinak saja. Di malaysia harom x menang apa. GV pon kalah dgn Jac. Hahaha
Quote oggy 1-5-2025 08:24 PM
ashilalat replied at 1-5-2025 07:15 PM
Bukan ke kat expo yg sama ada pameran utk P.Ramlee, Michele Yeoh, Siti Nurhaliza, Ernie Zakri, Dolla ...

Banyak je lagu dia yang hits.
Dan memorable.
Yang menang AJL pun ada tapi collab lah.

Quote cikenit2007 1-5-2025 08:30 PM
ashilalat replied at 1-5-2025 07:15 PM
Bukan ke kat expo yg sama ada pameran utk P.Ramlee, Michele Yeoh, Siti Nurhaliza, Ernie Zakri, Dolla ...

The Masked Singer menang
Quote cikenit2007 1-5-2025 08:31 PM
oggy replied at 1-5-2025 08:24 PM
Banyak je lagu dia yang hits.
Dan memorable.
Yang menang AJL pun ada tapi collab lah.

Memori Tercipta sungguh memorable
Quote noor2 1-5-2025 09:44 PM
Moga dapat gelaran biduanita satu masa nanti....atau seniwati
Quote addamnor 1-5-2025 09:57 PM
noor2 replied at 1-5-2025 09:44 PM
Moga dapat gelaran biduanita satu masa nanti....atau seniwati

Kalau kita tengok balik track record 3 biduanita negara.. suara mereka adalah merdu angelic sebegitu @ beralun nusantara berserta impactful singing career pada dekad masing masing. ketiga tiganya menawan rakyat jelata dgn suara.. Shila Amzah may have international recognitions, tetapi suara husky beliau tidak beralun nusantara serta belum cukup 'capturing the people' utk takhta biduanita
Quote noor2 1-5-2025 10:08 PM
addamnor replied at 1-5-2025 09:57 PM
Kalau kita tengok balik track record 3 biduanita negara.. suara mereka adalah merdu angelic sebegi ...

Setuju jugak pandangan ni...CT , saloma, sharifah aini mereka mempunyai kemerduan suara yg tersendiri...begitu juga Tansri P.Ramlee...tiada tandingan...tp jamal abdillah mcm sesuai dari segi suara lah tp tidak pada attitude..sb ada history buruk...
Quote ashilalat 1-5-2025 10:09 PM
oggy replied at 1-5-2025 08:24 PM
Banyak je lagu dia yang hits.
Dan memorable.
Yang menang AJL pun ada tapi collab lah.

Mana ada lah. Yg menang AJL tu lagi lah x memorable. Itupon menumpang band one hit wonder tu. Lagu shilalat sendiri bole kata smua x de satu pon yg mencapai tahap paling popular, memorable, terbaik. None!
Quote ashilalat 1-5-2025 10:11 PM
cikenit2007 replied at 1-5-2025 08:31 PM
Memori Tercipta sungguh memorable

Memorable ke? AJL pon gagal tembus. Oiam pon kalah dgn ayu damit penanam cili. Lagi memorable lagu Ayu Damit siap masuk AJL pada ketika itu.
Quote ashilalat 1-5-2025 10:12 PM
cikenit2007 replied at 1-5-2025 08:30 PM
The Masked Singer menang

Tengoklah yang masuk season tu pon nan hado
Quote cikenit2007 1-5-2025 10:59 PM
ashilalat replied at 1-5-2025 10:11 PM
Memorable ke? AJL pon gagal tembus. Oiam pon kalah dgn ayu damit penanam cili. Lagi memorable lagu ...

Sekarang ayu damit jadi apa?
Quote cikenit2007 1-5-2025 11:00 PM
ashilalat replied at 1-5-2025 10:12 PM
Tengoklah yang masuk season tu pon nan hado

Kesah pulak aku
Menang tetap menang
Quote ashilalat 2-5-2025 12:37 AM
cikenit2007 replied at 1-5-2025 10:59 PM
Sekarang ayu damit jadi apa?

Penanam cili yg berjaya...

Quote cmf_jeangrey 2-5-2025 05:24 AM
News yg tak sakit mata bila dibaca


Quote Nozot 2-5-2025 05:42 AM
Tahniah Shila..
Quote asimilasi 2-5-2025 08:01 AM
Tahniah Shila!! fly high... improve ur PR and composed more killer song!!

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2025 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.044569 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top