CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Letih layan pakwe suka sembang lucah, susah nak putus sebab hati dah sayang - “Normal ke phone sex dalam hubungan?”

30-4-2025 07:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 448| Komen: 4|Original author: tatod

1000024841.jpg



KERANA cinta, ada yang sanggup melakukan apa sahaja sehingga tergadainya maruah diri.


Begitu juga dengan wanita di platform X ini yang mendedahkan dia sering membuat panggilan lucah bersama teman lelakinya.


Menurut wanita itu, dia pada awalnya menolak ajakan berkenaan, namun lama kelamaan 'cair' dengan pujuk rayu kekasihnya.


"Saya ni dah lama tak bercinta, jadi bila nak mula balik ni, jadi bodohlah sikit. Normal ke phone sex dalam hubungan ni?


"Saya mula-mula memang anti betul, tak nak dan memang tak nak. Tapi lelaki tu pujuk-pujuk, dia kata buat dalam telefon je, bukannya buat real pun.


"Jadi saya pun terpujuk. Masalahnya, dia nak setiap hari pula phone sex," tulis wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu.



1000024840.jpg


Menurutnya lagi, aktiviti berkenaan semakin teruk apabila teman lelakinya mula berani untuk menunjukkan kemaluan ketika membuat panggilan.


Di sebalik sikap buruk kekasihnya, wanita itu mengakui sukar untuknya mengundurkan diri kerana perasaan sayang yang semakin kuat.


"Akhir sekali dia siap nak tunjuk zakar dia. Tapi saya tak tengok, tutup mata je. Sampai dia putus asa.


"Saya tak tahu nak buat macam mana? Saya dah mula sayangkan dia. Dia kata dia sayang saya, cuma kadang-kadang dia ni macam main-main," tulisnya lagi.


1000024843.jpg


"Kalau dia serius, dia tak minta bukan-bukan. Ni jenis test awak jenis senang ke tak.


"Dia mempergunakan awak. Janganlah jadi bodoh. Dia hanya perlukan awak ketika perlu je.


"Tak payah sayang lelaki macam tu. Dia gunakan awak untuk puaskan nafsu je," tulis netizen.


Di ruangan komen, ramai netizen memberi nasihat supaya wanita itu 'angkat kaki' dan menjauhi perbuatan zina.


Malah kata netizen, hanya lelaki yang tidak baik akan mengajak seseorang wanita melakukan perbuatan terkutuk dan dilarang agama.


"Kalau lelaki dah mula ke arah zina dan pinjam duit, kau tinggalkan je. Jangan fikir panjang lagi. - mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 30-4-2025 09:17 AM
Ko simpan video tu dik..kalau dia buat onar bole ugut balik.. jgn ko tunjuk gambo tek dgn kamikup kamu udoh ler.. ekekek
Quote PULANGKAN 30-4-2025 03:26 PM
KamikuP replied at 30-4-2025 09:17 AM
Ko simpan video tu dik..kalau dia buat onar bole ugut balik.. jgn ko tunjuk gambo tek dgn kamikup ka ...

kan

actually, biasanya kalau yang jenis macam ni, dia video call, phone sex bagai, sebenarnya record screen ya

kalau perempuan tu ikut tunjuk sekali, habis kena record. tau2 je tersebar, kena ugut bagai
Quote nono86 1-5-2025 03:24 AM
Tak payah terpedaya kak.. yang gini dia pasang ramai, semua nak try.. kalau dia serius takde maknanya nk poneSx
Quote lightheaded67 1-5-2025 03:44 PM
ye kot
jgn layan lah
nnti dia rekod
entah nk blackmail ko nnti
mintak duit

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.033348 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top