CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jari budak hampir terputus dihempap penutup longkang sebab nak selamatkan kucing

29-4-2025 09:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1061| Komen: 9|Original author: tatod

1000024151.jpg



KUALA TERENGGANU – Niat baik seorang budak lelaki untuk menyelamatkan seekor kucing bertukar tragedi apabila jarinya hampir putus dihempap bongkah penutup longkang di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, di sini semalam.


Kejadian pada pukul 3 petang itu berlaku ketika mangsa, Muhammad Aiman Haziq Mohd. Raffizi,10, mahu menyelamatkan haiwan itu yang terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya.


Muhammad Aiman berkata, dia terdengar bunyi kucing dari arah longkang sewaktu bermain bersama kakaknya, Nur Afrida Humayraa, 13.


“Saya tidak sampai hati mendengar bunyi kucing mengiau lalu membuka penutup longkang bagi mengeluarkan haiwan itu.


“Semasa turun untuk mengambil kucing, tiba-tiba bongkah penutup longkang yang diangkat terjatuh dan menimpa jari manis saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.



Muhammad Aiman berkata, kakaknya segera membantu dan membawanya pulang ke rumah dalam keadaan jari manis terkulai dan berlumuran darah.


Ibunya, Sharifah Nurul Fatihah Sayed Saiful Amizat, 37, yang terkejut dengan kejadan itu segera menghubungi suami, Mohd. Raffizi Abd Rashid, 40, bagj memaklumkan mengenai kejadian tersebut.


“Ibu dan ayah segera membawa saya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini bagi mendapatkan rawatan,” katanya.


Sementara itu, Sharifah Nurul Fatihah berkata, pada mulanya, dia panik apabila doktor yang merawat Muhammad Aiman memberitahu jari manis anak ketiganya berisiko dipotong sekiranya rawatan menyambung urat dan tulang tidak berjaya. – KOSMO! ONLINE.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 28-4-2025 08:53 PM
Kenapa reputz tulis berita mcm bongkah tu yg salah.
Quote sapeka 29-4-2025 08:58 AM
Kesiannya dik
Semoga dipermudahkan
Quote Pearla 30-4-2025 02:00 AM
Niat baik.. Semoga dipermudahkan urusan dik dan cepat sembuh..
Quote KamikuP 30-4-2025 02:50 PM
Moga cpt sembuh ye dik
Quote namemysoul 1-5-2025 08:31 AM
Semoga semuanya berjalan dgn lancar.
Quote namemysoul 1-5-2025 08:43 AM
Kite dolu2 cuma letak minyak gamat...family nak bawak p hospital tp kite malas sbb bapak kj adik2 pon kecik. Hospital jauh dari rumah masa tuh.

Igt lg, setiap sejam mak akn titis minyak gamat dgn byk, pedih n sakit jgn cakaplah...pastu balut jari dgn kain ketat2 macam doktor buat utk org patah kaki...selang beberapa hari mak akn buka balik ikatan n tuang minyak gamat sampailah darah dah kering...the thing is ko mmg kn tahan sakit lah sbb setiap kali pembalut kain dibuka, darah yg kite igt dah berenti akn keluar semula...beberapa mggu buat camtuh smpi darah kering sepenuhnya...

P/s : masa jari dibalut ngan kain, mak tetap tuang minyak gamat pastuh balut plak dgn plastik supaya tak kena air, hampir sedozen botol kot guna minyak gamat....
Quote namemysoul 1-5-2025 08:48 AM
Time kasih kpd guruku itu yg menolong semasa kite awal2 kena dulu...kite tny cikgu ngaper cikgu ampu jari kite ngan kertas yg tebal..cikgu ckp cenggini

" saya bkn doktor, cuma saya harap segala isi dlm jari awk nih tak akan terkeluar @ beralih tmpt kedudukannya n ini akn menolong proses pemulihan awak kelak."  
Quote syirazee 4-5-2025 07:01 PM
Malang tak berbau,moga cepat sembuh ya dik.Baik hati budak ni.
Quote IzzahF 6-5-2025 10:26 AM
siannya, baik budak ni. semoga cepat sembuh. mak dia ke tu? lawa...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.047979 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top