CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kilang Continental di Alor Setar tutup akhir tahun ini

29-4-2025 08:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2720| Komen: 39|Original author: tatod

1000024075.jpg



PETALING JAYA – Continental akan menghentikan operasi pembuatan tayar di

kilangnya di Alor Setar. Kedah, menjelang hujung tahun 2025.


Keputusan untuk menutup kilang tayar yang memiliki seramai 950 pekerja itu merupakan  hasil daripada semakan perniagaan secara terperinci yang bertujuan untuk melindungi daya saing serta prestasi perniagaan syarikat di rantau Asia-Pasifik (APAC).
 
Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, penutupan kilang itu juga adalah untuk menyesuaikan diri dengan perubahan permintaan pelanggan.


“Kami berhasrat untuk mengoptimumkan portfolio produk tempatan dan memantau pengeluarannya.


“Malaysia akan kekal sebagai pasaran utama bagi Continental di rantau Asia-Pasifik, sekali lagi kami menegaskan komitmen kami terhadap pelanggan dan rakan niaga, dengan menekankan


bahawa hubungan jangka panjang serta kepercayaan kekal sebagai teras utama perniagaannya di

negara ini,” katanya.


Fasiliti pengeluaran di Alor Setar ini mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, trak ringan bagi pasaran Asia-Pasifik, serta tayar motosikal.
 
Jelas kenyataan tersebut, rantau Asia Pasifik merupakan kawasan pertumbuhan strategik bagi Continental.
 
“Dengan rangkaian pembuatan tayar yang kukuh, syarikat akan memberikan perkhidmatan yang sama kepada pelanggan penggantian serta pelanggan peralatan asal,” ujarnya.
 
Kilang pembuatan tayar syarikat di rantau ini terletak di Hefei (China), Rayong (Thailand), Modipuram (India), Kalutara (Sri Lanka) dan Petaling Jaya (Malaysia).




Kilang tayar di Alor Setar memulakan operasinya pada 20 Disember 1979 dan sejak Mei 2012,

kilang ini menjadi anak syarikat milik penuh Continental. -KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 28-4-2025 08:05 PM
Keputusan untuk menutup kilang tayar yang memiliki seramai 950 pekerja itu merupakan  hasil daripada semakan perniagaan secara terperinci yang bertujuan untuk melindungi daya saing serta prestasi perniagaan syarikat di rantau Asia-Pasifik (APAC).

Aku tak pasti 950 to local atau asing worang. Simple mathematics - boleh cantas que baru 950 asing worang jangan bagi masuk airport.
Quote pengecattaik 28-4-2025 10:31 PM



Quote fattymah 29-4-2025 12:32 AM
Abang kekar iklan shieldtox pernah kerja kilang ni
Quote sapeka 29-4-2025 08:55 AM
Semoga dipermudahkan urusan yang terlibat
Quote misszazaz 29-4-2025 09:11 AM
semoga dipermudah urusan
Quote nisako 29-4-2025 12:59 PM
alamak
Quote azimodin 29-4-2025 03:13 PM
Husband member aku kerja sini gak. Katanya baru je dapat bonus (agak masyukk jugak la) pastu tetiba dapat tahu nak bungkus hujung tahun ni. So ada la masa 7 bulan nak cari kerja.
Quote gigahertz 29-4-2025 03:14 PM


kenapa masa 1979 populasi 12.63 Juta boleh bukak kilang.


hd gif


34.1 juta populasi tahun 2024 . masuk tahun 2025 boleh tutup kilang ?


sepatutnya semakin besar populasi makin untung. ni terbalik.
Quote shernazz 29-4-2025 03:22 PM
silance replied at 28-4-2025 08:05 PM
Keputusan untuk menutup kilang tayar yang memiliki seramai 950 pekerja itu merupakan  hasil daripada ...


Pakcik.iols.salah sorang pekerja kilang continental ni .
Lama juga dia kerja
Lebih 20 tahun
Quote B40tastePosh 29-4-2025 03:26 PM
gigahertz replied at 29-4-2025 03:14 PM
kenapa masa 1979 populasi 12.63 Juta boleh bukak kilang.



kilang tayar Silverstone pun dah tutup kan.

Nampak industri getah negara di ambang kejatuhen.
Quote B40tastePosh 29-4-2025 03:27 PM
gigahertz replied at 29-4-2025 03:14 PM
kenapa masa 1979 populasi 12.63 Juta boleh bukak kilang.



Populasi Warganegara 30 juta sahaja..selebihnya wargaasing.
Quote gigahertz 29-4-2025 04:59 PM
B40tastePosh replied at 29-4-2025 07:26 AM
kilang tayar Silverstone pun dah tutup kan.

Nampak industri getah negara di ambang kejatuhen.

rasanya isu utama adalah gaji minima & SST.
Sepatutnya Perlis , Melaka & Negeri Sembilan di kecualikan dari gaji minima.
Quote Jitu 29-4-2025 05:28 PM
mahal la tayar ni setakat nak guna kat wira iols tak berbaloi
Quote Apoo 29-4-2025 05:35 PM
gigahertz replied at 29-4-2025 03:14 PM
kenapa masa 1979 populasi 12.63 Juta boleh bukak kilang.



Rakyat Malaysia lebih minat beli tayar kereta dari China yg jauh lg murah. Dulu mana ada tayar jenama dari China.
Quote emera 29-4-2025 06:13 PM
Continental ada offer ganti tayar free kalau pecah ke apa.. aisehhh jgn laaa lingkup selagi warranty aku ada.. 4 bijik plak tuh.
Quote gigahertz 29-4-2025 11:29 PM
Apoo replied at 29-4-2025 09:35 AM
Rakyat Malaysia lebih minat beli tayar kereta dari China yg jauh lg murah. Dulu mana ada tayar jen ...

tayar china jual murah atau kita yang takde duit ?
Quote sambaldurian 29-4-2025 11:42 PM
Tinggal apa je tayar kilang kt Msia ni, Toyo la kn. Aku mmg prefer tayar Msia, even mahal sikit, sbb aku jenis klu ada Msia punya aku beli. Patriotik sikit tang2 tu.
Quote adelea 30-4-2025 12:10 AM
Edited by adelea at 30-4-2025 09:36 AM
B40tastePosh replied at 29-4-2025 03:26 PM
kilang tayar Silverstone pun dah tutup kan.

Nampak industri getah negara di ambang kejatuhen.

Kilang sarung tangan getah pon sama
Business shrinking terus yer
Quote anony-mous 30-4-2025 12:22 AM
Apoo replied at 29-4-2025 05:35 PM
Rakyat Malaysia lebih minat beli tayar kereta dari China yg jauh lg murah. Dulu mana ada tayar jen ...

Kualiti xsedap tayar china. Sedih la jenama best2 byk bungkus. Kualiti china majority xbest

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.089786 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top