CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kelulusan poligami di Melaka kini dipendekkan kepada 21 hari

29-4-2025 08:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 767| Komen: 3|Original author: tatod

1000024074.jpg



MELAKA: Kerajaan Melaka mempermudah urusan bagi orang Islam yang ingin berpoligami apabila tempoh kelulusan untuk tujuan berkenaan dipendekkan kepada 21 hari.


EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata perkara itu adalah satu pembaharuan dibuat kerajaan negeri, dengan kerjasama Mahkamah Syariah Melaka.


"Sekiranya permohonan poligami ini dibuat dan mencukupi semua syarat, dalam tempoh 21 hari dah dapat kelulusan untuk berpoligami.


"Kalau dulu sampai berbulan-bulan, tapi sekarang kita dah buat penambahbaikan (apabila permohonan boleh diluluskan) dalam tempoh 21 hari, dengan syarat dokumen lengkap," katanya kepada pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini hari ini.



Dalam pada itu, Rahmad berkata orang ramai tidak dibenarkan untuk bernikah secara sindiket kerana ia akan memberi masalah kepada mereka pada masa hadapan.



Beliau berkata pernikahan secara sindiket amat sukar untuk didaftarkan dan memberi impak kepada anak-anak apabila tidak dapat dibinkan dengan nama bapa.


"Akhirnya anak-anak ini akan susah untuk bersekolah dan juga bekerja pada masa akan datang. Jadi janganlah sama sekali nikah secara sindiket," katanya.


BERNAMA



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 28-4-2025 09:36 PM
semua bertolak dari masalah dalam spender tak boleh control, gomen kena tolong urus.
Quote supernaturalee 28-4-2025 09:43 PM
How about org yg nk bercerai?
Ade piagam pelanggan tak
Especially wanita yg kena tanggung Laki?



Quote Kitty_catz 30-4-2025 06:09 PM
so nak ucap Alhamdulillah ke ni?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.027845 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top