CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minta peruntukan muka manis, dapat hentam kerajaan – Ahmad Zahid

29-4-2025 08:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 794| Komen: 4|Original author: tatod

1000023969.jpg





GUA MUSANG: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegur sikap pemimpin pembangkang supaya tidak hanya bermuka manis semasa memohon peruntukan, namun menghentam Perdana Menteri dan kerajaan sejurus selepas menerimanya.


Beliau berkata, setiap kali pilihan raya, pembangkang bertindak menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tindakan itu seolah-olah tidak berterima kasih.


“Saya lumat (dihentam), tidak salah untuk kita berbeza pendapat. Janganlah, masa minta muka senyum, muka 10 sen. Bila dapat hentam Perdana Menteri balik.


“Jangan begitu, mesti bersyukur dan terima kasih. Bila pilihan raya mereka hentam Perdana Menteri, saya lumatlah,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) dan Majlis Hari Raya Aidilfitri Kesedar di Dataran Awam Kampung Jerek, di sini hari ini.



Ahmad Zahid berkata, beliau tidak mahu menyebut mana-mana individu atau yang berbuat demikian.


“Namun itulah yang berlaku. Situasi ini bukan sahaja berlaku di Kelantan malah Kedah, Perlis dan Terengganu


“Sikap begitu perlu diubah kerana ia sesuatu yang tidak baik. Benar ada peruntukan yang harus disalurkan, tapi yang diberikan oleh Perdana Menteri adalah atas semangat Kerajaan Madani. Salah satu sikap kerajaan Madani adalah ihsan,” ujarnya. – UTUSAN




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 28-4-2025 03:12 PM
'Duit kjaan..duit aku'....ke...maksud,konsep,kekdah dia??? Kira cam hutang duit dia ke....tak faham la
Quote lipans 28-4-2025 04:35 PM
Kalau kutuk masa minta peruntukan, tak dapat la.
Quote tripleid 28-4-2025 05:04 PM
Edited by tripleid at 28-4-2025 05:08 PM

Pmx baik sangat..patutnya jangan bagi muka kat puak2 tu..buat mcm zaman PM4 Mahafiraun dulu..sbb ko tak undi aku,so satu habokk apa pun ko tak dapatt..baru ada akai!
Quote terma2nkondisi2 28-4-2025 06:57 PM
dulu kalau ada tred yg ada nama zahid hamidi, berbondong2 walanon komen kat tred tu mencaci maki hamun zahid hamidi sambil terpekik sakau sakau sakau

tapi sekarang ni walanon2 senyap je.. mungkin walanon2 telah meredai hubungan baik zahid hamidi dgn anwar ibrahim

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.806140 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top