CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

China rampas kawalan beting di Laut China Selatan

29-4-2025 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 874| Komen: 0|Original author: Raline


Screenshot 2025-04-29 084438.png


BEIJING: China merampas kawalan terhadap satu beting dipertikaikan berhampiran pos tentera utama Filipina di Laut China Selatan, sekali gus meningkatkan ketegangan wilayah yang sudah berlarutan membelenggu Filipina.

Menurut media rasmi China, pasukan pengawal pantai negara itu menjalankan 'kawalan maritim' di Beting Tiexian, juga dikenali sebagai Sandy Cay, sejak pertengahan April lalu.

China mendakwa hampir keseluruhan Laut China Selatan adalah miliknya, walaupun berdepan tuntutan bertindih dari negara serantau lain serta keputusan antarabangsa yang menolak tuntutan itu sebagai tidak sah.

Dalam laporan China Central Television (CCTV), pasukan pengawal pantai China dilaporkan mendarat di Sandy Cay bagi "menguatkuasakan kedaulatan dan bidang kuasa", menjalankan "pemeriksaan" serta "mengumpul bukti video" berkaitan dakwaan kegiatan haram oleh Filipina.

CCTV turut menyiarkan gambar lima individu berpakaian hitam berdiri di beting tidak berpenghuni itu, manakala satu bot getah kelihatan terumbang-ambing berhampiran mereka.

Satu lagi gambar menunjukkan empat pegawai pengawal pantai mengibarkan bendera kebangsaan China di atas pasir putih beting berkenaan, yang digambarkan sebagai "ikrar kedaulatan".

Screenshot 2025-04-29 084451.png

Mereka juga membersihkan beting itu daripada sampah seperti botol plastik, kayu dan serpihan lain, menurut laporan.

Bagaimanapun, menurut laporan Financial Times yang memetik sumber pegawai maritim Filipina, pasukan China sudah meninggalkan kawasan itu selepas mengibarkan bendera mereka.

Setakat ini, tiada tanda menunjukkan China menduduki beting itu secara kekal atau membina sebarang struktur di situ.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Beijing dan Manila saling menuding jari menyalahkan satu sama lain berhubung kerosakan ekologi di beberapa kawasan bertindih di Laut China Selatan.

Tentera Filipina sudah lama bertapak di Pulau Thitu yang terletak berhampiran Sandy Cay dan pada 2023, Manila pula merasmikan satu pangkalan pemantauan pengawal pantai di situ untuk mengimbangi apa yang digambarkannya sebagai tindakan agresif China.

Sumber : BH


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.036136 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top