CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saksi utama skandal seks Jeffrey Epstein meninggal dunia

28-4-2025 08:00 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1785| Komen: 14|Original author: tatod

1000023365.jpg





PERTH: Seorang daripada saksi utama dalam pendedahan skandal jenayah seksual melibatkan jutawan pedofilia, Jeffrey Epstein iaitu Virginia Giuffre, dilaporkan meninggal dunia di Australia, menurut kenyataan keluarganya pada Jumaat.


Giuffre, 41, yang berasal dari Amerika Syarikat (AS), dilaporkan meninggal dunia akibat mengambil nyawanya sendiri di ladang miliknya di Australia Barat.


Nama Giuffre kekal sinonim dengan siri skandal membabitkan Epstein dan rangkaiannya, selepas beliau tampil mendedahkan kegiatan pemerdagangan manusia dan eksploitasi seksual terhadap gadis-gadis muda.


Antara gambar yang menjadi simbol kepada skandal itu ialah foto Giuffre bersama Putera Andrew yang dirakam di London pada tahun 2001.



Gambar tersebut, yang turut menampilkan Ghislaine Maxwell di latar belakang, menjadi tumpuan dunia dan memainkan peranan besar dalam temu bual bencana Putera Andrew bersama program Newsnight pada 2019.


Sehingga kini, asal-usul foto berkenaan masih menjadi tanda tanya, dan kematian Giuffre menambahkan lagi misteri terhadap salah satu gambar paling kontroversi dalam sejarah diraja Britain.


Epstein, yang dikatakan merakam gambar itu, meninggal dunia dalam penjara ketika menunggu perbicaraan bagi tuduhan pemerdagangan seks.


Maxwell, rakan rapat Epstein yang membantu dalam jenayah berkenaan, kini menjalani hukuman penjara di AS.


Ketika ini, butiran mengenai hari-hari terakhir Giuffre masih belum diketahui umum namun keluarganya menegaskan sepanjang hidupnya, Giuffre berani menentang penyalahgunaan kuasa, kekayaan dan pengaruh yang telah memperdayakan ramai gadis di bawah rangkaian Epstein.


Terdapat kebimbangan bayangan gelap peninggalan Epstein sekali lagi meragut satu lagi nyawa. -AGENSI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 28-4-2025 06:00 AM
Pasni mgkn maxwell tu plak mati
Quote delsmomm 28-4-2025 07:45 AM
kenapa ya ada manusia yg begitu jahat dlm dunia ni..
Quote lasagna 28-4-2025 08:45 AM
jeffrey tu mati gantung bunuh diri..
tak sempat nk jatuh hukum masa tu..
gerammmm jer iols dpt tau.. tibahh.
Quote kepompong 28-4-2025 09:09 AM
Kalau yg mati bunuh diri tu.... for real ke orang yg betul.. atau org yg seakan2 nampak macam dia #tanyaje
Quote zehra2 28-4-2025 09:09 AM
kenapa ada dikait dgm hillary clinton.
ada yg kata dibunuh sbb sebelum tu dia dilanggar bas tp selamat.
pelik lps tu dia bundir pulak.
Quote missyL 28-4-2025 09:15 AM
lasagna: jeffrey tu mati gantung bunuh  ...


X mati pn tu
Yg mati org lain or mmg x de sapa mati
Bawak pg tmpt lain
Quote liyamariska 28-4-2025 02:39 PM
kes epstein ni byk yg mencurigakan... dgr citer ramai yg terlibat dalam kes ni jenis berpengaruh jugak...
Quote grouper 28-4-2025 05:57 PM
Kebanyakan teori2 konspirasi semuanya betul cuma xde bukti je.,geng yang wat jahat mmg pandai tutup jejak mereka walaupun ada whistleblower
Quote alesandra 28-4-2025 06:55 PM
Aku ada tgk documentary epstein.dia ni yg paling lawa dlm ramai2 tu x heran la maxwell suruh layan prince andrew.tapi kesian gak dia ni ada anak.ada yg komen x payah la beriya sgt kecoh2 dia  kena bunuh sbb nanti takutkan other victims.ok..pendapat tu betul.tapi aku rasa mangsa lain pun xde la naive betul
Quote tumpanglalu74 29-4-2025 08:48 AM
1000044996.png
Quote dua_chzy 29-4-2025 08:58 AM
Bukan bundir ni. Dibun ni.
Quote dani-rox 29-4-2025 08:42 PM
masa masuk spital akibat 'eksiden' kereta bbrp bulan lepas, VG pernah cakap tak lama lagi dia akan mati. mungkin eksiden tu last warning utk dia.

btw ai teringat di yt ada satu video lama, sorg model mexico terjerit2 di khalayak ramai - kononnya dia pernah nampak set2 politician dan jutawan berpengaruh mexico dan gol elit antarabangsa makan daging manusia. terus ditangkap polis dan sampai sekarang org tak tahu dia kat mana. ada org kata model tu tingtong, bwh pengaruh dadih. so dia dihantar ke spital mental di buenos aires, argentina. masalahnya sampai sekarang takda bukti kukuh kat mana model tu berada. dah berbelas2 thn hilang begitu sajork.  

sorg model argentina pernah buat stetmen kontroversi yg salah satu kelab bola sepak terkemuka negara tu bersekongkol dgn ahli politik dan wartawan menjalankan aktiviti pedofilia. tak lama kemudian dia bgtahu terang2an dlm twitter, dia takkan sesekali bunuh diri. takkan OD cocaine, takkan mati lemas dlm tab mandi, takkan tembak kepala sendirik. tuptup dia ditemui mati atas katil dlm keadaan bogel. mcm VG jugak, takda penjelasan secara rasmi punca kematian model tu.
Quote Kitty_catz 30-4-2025 05:53 PM
so theory dikacau hantu Jeffrey Epstein tu leh campak ke laut dalam la ye
Quote anony-mous 30-4-2025 08:17 PM
Terkesan iols dgn berita ni sbb i tgk documentary pasal epstein ni. Mendiang ni berani gila!! Sedihnya she meninggal dah

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.042278 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top