![]()
ISTANBUL: Sebuah hotel di Kyoto, Jepun minta pelancong Israel menandatangani pengisytiharan mengesahkan dia tidak terbabit dalam jenayah perang semasa perkhidmatan tenteranya sebelum dibenarkan mendaftar masuk. Lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik Ynetnews pada Sabtu, ia berlaku selepas pelancong berkenaan mengemukakan pasport Israel di kaunter pendaftaran. Seterusnya, seorang kakitangan hotel menyerahkan borang dan menyatakan bahawa tandatangan pengisytiharan itu adalah syarat wajib untuk penginapan. Pelancong itu, seorang bekas paramedik tempur simpanan Tentera Laut Israel, pada awalnya enggan menandatanganinya, namun akhirnya akur selepas dimaklumkan semua tetamu dari Israel dan Russia dikehendaki berbuat demikian.
Menurut kandungan pengisytiharan itu, tetamu perlu membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah melakukan jenayah perang seperti menyerang orang awam, keganasan seksual, penyeksaan, atau sebarang perbuatan yang melanggar Statut Rom, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ). Dokumen itu juga memerlukan komitmen untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan berikrar tidak terbabit dalam jenayah perang pada masa hadapan. Duta Israel ke Jepun, Gilad Cohen, mengutus surat protes kepada Gabenor Kyoto, Takatoshi Nishiwaki, menyifatkan tindakan hotel itu sebagai 'tidak boleh diterima'. Bagaimanapun, pengurus hotel mempertahankan keperluan berkenaan, memberitahu Ynetnews bahawa langkah itu dianggap wajar. "Bagi kami, perang adalah sesuatu yang jauh, dan kami tidak pernah bertemu dengan individu yang membunuh wanita dan kanak-kanak serta mengebom sekolah," kata pengurus itu. Isu sama dilaporkan berlaku di sebuah lagi hotel di Kyoto pada Jun tahun lalu. - BH ONLINE |
bottombikini: kalau tipu bukan bukan depa ta ...
Pelancong itu, seorang bekas paramedik tempur simpanan Tentera Laut Israel, pada awalnya enggan menandatanganinya, namun akhirnya akur selepas dimaklumkan semua tetamu dari Israel dan Russia dikehendaki berbuat demikian.
ADVERTISEMENT