CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Remy Ishak jenis lelaki ‘provider’, RM4,000 sebulan untuk Tuah

28-4-2025 07:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3180| Komen: 45|Original author: tatod

1000023228.jpg



PETALING JAYA – Mengakui kos membesarkan cahaya mata sulung tidak murah, isteri kepada pelakon Remy Ishak, Ezza Yusof, mendedahkan perbelanjaan untuk anak mereka, Tuah Alam, mencecah RM4,000 sebulan.


Bagaimanapun, Ezza atau nama sebenarnya Ezza atau Roszaliza Yusof, 42, bersyukur beban kewangan besar itu dipikul sepenuhnya oleh Remy yang sentiasa menjadi pelindung dan penyokong utama keluarga kecil mereka.


“Sebelum kahwin dengan Remy, saya dah tahu dia adalah ‘family man’.




“Dia jaga dan tanggung keluarga dia, jenis ‘provider’. Itulah sebab pertama saya jatuh cinta pada Remy.


“Sampai sekarang, dia jaga keluarga dengan baik,” katanya menerusi video dalam TikTok.


Ezza menjelaskan, jumlah besar itu antaranya melibatkan kos pembelajaran, pakaian, makanan serta keperluan harian Tuah.


“Kelas-kelas dia saja dah RM2,000.


“Biasanya saya beli baju terus untuk tiga bulan, jadi dalam RM2,000 juga.


“Kalau dicampur semuanya, dalam RM4,000 sebulan kami habiskan untuk Tuah,” kongsinya.




Tambahnya, Tuah kini menjadi keutamaan dalam perbelanjaan keluarga sehingga mengatasi keperluan dirinya sendiri.


“Untuk Tuah ini, dia nombor satu. Dah lawan saya,” selorohnya.


Untuk rekod, Remy, 42, dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun mengenali hati budi.


Pasangan itu dikurniakan Tuah Alam pada 27 Julai 2023. – KOSMO! ONLINE




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Piramida 27-4-2025 10:53 AM
Syukur....
Memang para suami kena cerita lah yaa...
Buat hebahan... trend sekarang kena lagu ni..

Bkn apa.. If soon anything jadi kot laa isteri merempan, bukti ada dah hehe
Quote cikmouse 27-4-2025 10:57 AM
Untunglaaaaa..dak timah dpt rm1k jerrr dr hero malaya terpaling...
Quote Piramida 27-4-2025 11:07 AM
cikmouse replied at 27-4-2025 10:57 AM
Untunglaaaaa..dak timah dpt rm1k jerrr dr hero malaya terpaling...

Hero malaya patut ikut jejak langkah RI ni.. patutnya canang segala kebaikan.. .. baru satu dunia tahu...
Tapi nak lagu mana dah org nya reserve bab2 benda baik ni kan.. Huhu
Quote pauliza 27-4-2025 11:11 AM
Kalau ikutkan wife Remy ni ada income yg stable dgn kasut2  dia tapi nafkah memang tanggungjawap suami kan .Cuma nya ramai suami2 skrg, spesis take for granted  bila bini ada income ,terus bini tanggung semua .
Quote tulip-rain-2 27-4-2025 11:11 AM
Bagus remy. Bapa yg brtanggungjawab.
Quote kerani_je 27-4-2025 11:28 AM
pauliza replied at 27-4-2025 11:11 AM
Kalau ikutkan wife Remy ni ada income yg stable dgn kasut2  dia tapi nafkah memang tanggungjawap sua ...

Wife die ni muka mcm memboringkan n berusia..Betul2 ke bam remy cintakan wife dia?Nampak mcm wife je lebih tergilakan remy..Dulu putus tunang pun sbb bam remy putuskan n tak nak dia..Pastu sanggup minah ni terima n jilat balik..Situ pun nampak red flag bam remy..Tengok2 kan pada ex2 bam remy semua hot retis yg jadi heroin dia dlm drama..Taste die mmg yg lawa jugak..Sejak ada anak ni baru nampak bam remy ceria sikit n nmpak mesra dengan wife..Klau idok, moody memanjang setiap kali wife buat video ke ajak bergambar..Post gmbar wife pun idok before ni..
Quote Lampuled 27-4-2025 12:13 PM
Betul lah tu per belanjaan family ikut kemampuan si bapa. Mak jgn nak overshadow nak topup lebih² nk tunjuk terlebih mampu drp si ayah. Mak kalau terlebih kaya pun simpan jer duit utk emergency fund or investment or shopping diri sendiri. Expenses family biar bg bapak provide biar di pening kepala.
Quote pauliza 27-4-2025 12:26 PM
kerani_je replied at 27-4-2025 11:28 AM
Wife die ni muka mcm memboringkan n berusia..Betul2 ke bam remy cintakan wife dia?Nampak mcm wife  ...

Diaorang umur lebih krg kalau tak silap & masa dah kawen tu almost 40 .Iols mcm pernah baca satu interview Remy ,dia kata wife dia ni sentiasa ada waktu dia susah & senang + faham dia  .Bila dah umur almost 40 masa tu,cantik & popular rasanya bkn lagi kriteria dia utk cari bini .Tambah2 lps frust dgn yg cantik & popular .Huhu out of topic sikit  ,iols tgk interview Tok Ram dlm One On One Hlive Raya haritu ,iols tertarik jugak dgn ayat dia .Dia tak percaya dengan words I love you sebab bagi dia word I love you & tunjuk kemesraan kpd public ni lebih kepada nak meyakinkan orang sedangkan yang paling utama dalam perkahwinan adalah tanggungjawap.Bila suami isteri buat tanggung jawab masing2 , automatic love tu datang dengan sendiri melalui gesture & action .Benda ni antara suami & isteri je yang tahu sama tahu .
Quote kepompong 27-4-2025 12:56 PM
kerani_je replied at 27-4-2025 11:28 AM
Wife die ni muka mcm memboringkan n berusia..Betul2 ke bam remy cintakan wife dia?Nampak mcm wife  ...

Macam bff

Tahu buruk baik susah senang

Boleh gaduh & berbaik bila2 pun. Tkde isu kecik ati whatsoever
Quote L.U.S.M 27-4-2025 01:27 PM
kerani_je replied at 27-4-2025 11:28 AM
Wife die ni muka mcm memboringkan n berusia..Betul2 ke bam remy cintakan wife dia?Nampak mcm wife  ...

Muka tuwe sebijik prof muhaya terpaling tu
Quote pocongkiutss 27-4-2025 01:29 PM
pauliza replied at 27-4-2025 12:26 PM
Diaorang umur lebih krg kalau tak silap & masa dah kawen tu almost 40 .Iols mcm pernah baca satu i ...

Wife dia ni bukan ke dulu2 acik porem ckp pernah kawen n ada anak?
Quote pocongkiutss 27-4-2025 01:31 PM
kepompong replied at 27-4-2025 12:56 PM
Macam bff

Tahu buruk baik susah senang

Baguihla..drpd kawen dgn org lawa tp perangai hauk..mcm si 3sul model moslemah jelitah kononnya tu..hakikatnya hmm
Quote pauliza 27-4-2025 01:47 PM
pocongkiutss replied at 27-4-2025 01:29 PM
Wife dia ni bukan ke dulu2 acik porem ckp pernah kawen n ada anak?

Info yg public tahu anak dara ,kalau sebaliknya tak pasti pulak .
Quote Minami2013 27-4-2025 02:14 PM
kerani_je replied at 27-4-2025 03:28 AM
Wife die ni muka mcm memboringkan n berusia..Betul2 ke bam remy cintakan wife dia?Nampak mcm wife  ...

Meols pernah kenal ex gf remy zaman sebelum popular.. biase2 aje rupa nya nyahhhh Lepas tu dgn ummi nazeera. Pun i rase ummi muka marhaen je.

Bagus la dia bertanggungjwb dgn anak tapi dulu2 heols pernah digosip tumbuk ummi. Lelaki pukul perempuan ni scary. Harap nya dgn wife gentleman.

.
Quote duricinta 27-4-2025 02:20 PM
Suka dia dulu ms dgn tiz
Quote kepompong 27-4-2025 02:43 PM
pocongkiutss replied at 27-4-2025 01:31 PM
Baguihla..drpd kawen dgn org lawa tp perangai hauk..mcm si 3sul model moslemah jelitah kononnya tu ...

Model muslimah mana u. i mean negara mana
Quote pocongkiutss 27-4-2025 07:47 PM
kepompong replied at 27-4-2025 02:43 PM
Model muslimah mana u. i mean negara mana

Kat meleysia ni la..zaman2 awal model muslimah utk butik2 online tu dia la paling top..nama yesul
Quote fattymah 27-4-2025 08:03 PM
perlu ke nyah gitaw.. apat apa.. sonok.. pujian pujian.. ?
Quote allshares 27-4-2025 08:26 PM
pocongkiutss replied at 27-4-2025 01:29 PM
Wife dia ni bukan ke dulu2 acik porem ckp pernah kawen n ada anak?

Dia anok dara, cuma Ade ambik anak Angkat B4 kawin. Tu yg org dok ingat dia janda anak satu.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.046444 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top