CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aiman Tino terasa hati sering ditanya soal zuriat, belum terfikir buat IVF

28-4-2025 07:50 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 779| Komen: 13|Original author: tatod

1000023062.jpg



SELEPAS dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Aiman Tino mengakui sedikit tertekan apabila sering diajukan soalan mengenai zuriat.


Aiman atau Muhammad Aiman Yusry, 27, berkata, dia dan isteri iaitu Che Syarah Haifa kerap menerima soalan mengenai cahaya mata lebih-lebih lagi ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.


“Apabila sudah dua tahun mendirikan rumah tangga, kami makin terasa kerana ramai yang bertanya tentang anak.




“Terutama ketika hari raya, ramai saudara mara yang bertanya dan daripada situ kami sedikit terkesan.


“Bukanlah terlalu terkesan, namun pada saya mereka tidak sepatutnya mempersoalkan tentang rezeki,” katanya kepada mStar.


Aiman berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara Kenduri Raya Era yang diadakan di Ruang Tamu Datin Halijah, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.




Dalam pada itu, Aiman berkata dia tidak mengambil hati sekiranya mahu bercakap soal zuriat namun biarlah ia ditanya dengan cara baik.


Malah, dia dan juga isteri belum terfikir untuk melakukan proses in vitro fertilization (IVF) memandangkan tidak mempunyai masalah kesuburan.


“Saya dan isteri masih usaha dan kami juga ada berjumpa dengan doktor.




“Namun kami belum berfikir untuk buat IVF sebab kami berdua tidak ada masalah untuk dapatkan zuriat.


“Pada saya tidak salah untuk bertanya namun perlulah dengan cara yang baik,” ujarnya.  


Sementara itu, penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini turut memberitahu dia dan isteri tidak pernah merancang untuk menimang cahaya mata sebaliknya menyerahkan kepada rezeki.




“Sebenarnya saya dan isteri tidak pernah merancang untuk menimbang cahaya mata malah kami juga tidak terlalu memikirkannya.


“Kalau Allah kurniakan kami rezeki Alhamdulillah,” katanya.


Untuk rekod, Aiman dan Syarah mendirikan rumah tangga pada 27 April 2023. - mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DARSITA 27-4-2025 08:04 AM

Mungkin "swimmer" dia tak banyak dan tidak berjaya sehingga ke garis penamat.

Kalau tak nak buat IVF wife dia buat la mini IVF or buat la IUI or telan la clomid. Yang penting dia dan isteri dah bersedia utk punyai cahayamata.
Quote kerani_je 27-4-2025 08:08 AM
Budak ni pencen aje la dlm industri..Udah kawen lagi la market jatuh dlm industri..Bakat pun tak seberapa..Kakak die pun dah elok bungkus dlm industri..Menyanyi pun kelaut dalam..

Sape je nk sibuk n ter nantikan baby junior dari korang..mesti tak comel mana pun tgk pada rupa korang laki bini..
Quote sleepandream 27-4-2025 07:36 PM
enjoy jela dulu hidup berdua...
siblings aiman tino ni pun berderet khenn... mesti anak buah pun ramai
Quote PULANGKAN 28-4-2025 11:59 AM
abang iols, 3 tahun kahwin baru dapat anak
sepupu iols, 12 tahun baru dapat

sabar je la banyak. anak ni rezeki dan amanah Allah
boleh jadi belum dapat sebab, ditakdirkan rezeki masa terluang untuk berjasa pada tempat lain. ibu-bapa, keluarga, orang sekeliling ke
Quote SherryZass 28-4-2025 12:35 PM
PULANGKAN replied at 28-4-2025 04:59 AM
abang iols, 3 tahun kahwin baru dapat anak
sepupu iols, 12 tahun baru dapat


Sedara weolls ada yg 20tahun kahwin baru dikurniakan anak, dan itulah satu-satunya anak dorang.
Quote PULANGKAN 28-4-2025 03:55 PM
SherryZass replied at 28-4-2025 12:35 PM
Sedara weolls ada yg 20tahun kahwin baru dikurniakan anak, dan itulah satu-satunya anak dorang.

abang iols pun camtu. dapat sorang je, lepas tu doktor sahkan, akak ipar takleh beranak lagi dah. berisiko, sebab dia tak sihat. ni pun makin kurus dan lemah je
Quote doubleA 28-4-2025 03:58 PM
Anak kurniaan Allah. Dorang pun muda lagi, nanti pada waktu terbaik kalau Allah izin, dapat la.
Quote merrissa 28-4-2025 07:11 PM
InsyaAllah ada ....byk doa; mkn supplement InsyaAllah
Quote kaoru44 28-4-2025 07:40 PM
muda lg la diaorg ni..insyallah ada la tu rezeki nanti..kwn iols yg kawen lepas spm lepas 10 tahun baru dpt anak,ada kawan hat kawen awl 30an,lps kawen terus bunting pelamin..rezeki ni tak boleh jangka..
Quote EncikRhoma 29-4-2025 12:13 AM
Tak kisah la..yg pasti ada yg dah tengok video aiman tino tumbuk sambal
Quote tumpanglalu74 29-4-2025 12:44 AM
Cam iras Ngai je aku tengok..
Quote sangbara2020 29-4-2025 09:06 AM
tumpanglalu74 replied at 29-4-2025 12:44 AM
Cam iras Ngai je aku tengok..

mata kita dikelabui oleh ngaii yg fly high ye...
dh terkena nasi kangkong kah kita yinni??
Quote Carcosa 29-4-2025 10:43 PM
Tah hapa2 je dia ni. Bakat takde. Muka mcm kerepek pedas basah. Bini pun muka rempit. Sapoo yg nak nunggu anak ko keluar?? Yihhhh muka awam.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2025 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.046920 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top