SELEPAS seminggu bermasam muka, hubungan pelakon Abby Abadi dan anak perempuannya, Marissa Dania kembali jernih. Semuanya atas usaha pelakon Norman Hakim memanggil puterinya memohon maaf kepada Abby. Janganlah awak (merajuk), kami rindu awak dan kami minta maaf sangat-sangat. “Minta maaf dekat mama, saya (tolong) cakaplah,” katanya dalam sebuah siaran langsung. Dalam video tersebut, pemilik nama lengkap Arbaiyah Abdul Manan, 48, pada awalnya enggan bertoleransi kerana masih terasa hati dengan apa yang berlaku. “Tidak mahu (salam). Mama merajuk. Sedihlah, lama sangat dah simpan,” ujarnya.
Marissa yang berada di belakang kamera kedengaran menangis dan menunggu untuk memohon maaf kepada ibunya. Akhirnya, dia mendekati ibunya dan memeluk pelakon filem Gerak Khas The Movie itu. Selepas dipeluk, Abby menitiskan air mata dan menutup siaran langsung tersebut. Sementara itu, dalam hantaran Instagram Norman kelihatan anak beranak itu makan malam bersama di sebuah restoran.
|
noor2 replied at 27-4-2025 06:51 AM
Abby ni mmg jenis lembut hati...sapa2 pun kalau kena tempat dia akan meroyan...laki cari perempuan l ...
MatDeghem replied at 27-4-2025 07:00 AM
maka nya akan berulang ulang lah kesah mereka.....
Ai_kiu replied at 27-4-2025 07:38 AM
Apela nasib ek jd seorang ibu tahap anak2 pijak kepala conteng arang di muka pun kena telan hadap. T ...
jihyomelly replied at 27-4-2025 07:33 AM
episode ber baik2 dlm drama yebby normiang memeh akan terus di ulang tiap kali masalah timbul..
kerani_je replied at 27-4-2025 07:45 AM
Bakyah tu pun kaki content n marketing..Dia tonggang isu hot sekarang ni demi sales jugak..Mmg la ...
alesandra replied at 27-4-2025 07:56 AM
marissa ko tak reti jumpa sendiri mak ko ke benak oiiii?kenapa bapak,mak tiri muka petak kena push k ...
katnissE replied at 27-4-2025 07:27 AM
Bosan famili yang cari makan dengan konten ni.
Asyik ulang benda sama sampai Abang Jamil mampos.
ADVERTISEMENT