CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Orang Malaysia baik-baik… Penyampai 3 Pagi Era tak sangka terima sokongan pelbagai bangsa

26-4-2025 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 513| Komen: 8|Original author: Raline



Screenshot 2025-04-26 150758.png

PERSONALITI Azad Jasmin tidak menyangka menerima sokongan daripada pelbagai bangsa selepas dia dan dua lagi penyampai 3 Pagi Era terpalit kontroversi mempersenda agama lain.

Kata Azad atau Azad Jasmin John Louis Jeffri, 49, selepas insiden berkenaan berlaku pada Mac lalu, dia tidak pernah menerima sebarang gangguan sebaliknya mendapat sokongan daripada kawasan kejiranan.

“Nak kata takut keluar rumah, saya ini tinggal di kawasan Puchong. Kiri, kanan, depan, belakang semua jiran saya berbangsa India.

“Tapi Alhamdulillah saya tak menerima apa-apa ancaman. Mereka semua baik. Pada hari kejadian saya balik rumah mereka tanya apa sebenarnya yang berlaku.

“Mereka suruh saya tenang, ini semua perkara biasa permainan dunia katanya. Saya tak sangka mendapat sokongan seperti itu,” katanya kepada mStar.

Screenshot 2025-04-26 150836.png

Azad berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara Kenduri Raya Era yang diadakan di Ruang Tamu Datin Halijah, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Dalam pada itu, rakan penyampai Nabil Ahmad turut meluahkan rasa terharu kerana tidak menyangka menerima sokongan daripada masyarakat India.

Kata Nabil, sokongan diterima membuatkan mereka sedar bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang terbuka memberikan sokongan meskipun berbeza agama dan bangsa.

“Netizen berbangsa India pun ramai yang DM, mereka cakap kesilapan kami lakukan itu adalah perkara diluar kawalan.

“Mereka sentiasa memberi kata-kata semangat dan tunjukkan sokongan. Ada yang sanggup buat video semata-mata untuk bagi sokongan kepada kami sampai bangsa mereka sendiri kecam mereka.

“Saya sangat hargai sokongan mereka kerana inilah yang kami nampak bahawa ramai lagi rakyat Malaysia yang baik hati dan saling membantu tak kira agama dan bangsa,” ujarnya.

Pada awal Mac lalu, barisan penyampai 3 Pagi Era berdepan kontroversi apabila mereka memuat naik video yang didakwa mempersendakan agama Hindu.

Susulan itu, pihak Astro Audio dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya memutuskan untuk merehatkan ketiga-tiga mereka.

Trio ini kembali memulakan tugas pada 7 April lalu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 27-4-2025 03:00 AM
Nasib baik korg kt malaysia. Kalo kt korea sana dh kena cancel dh. Haru biru hidup
Quote Carcosa 27-4-2025 09:52 PM
Oooooo, nama dia mmg mcm tu ka? Terkojut baca.
Pak Gugel kata apaknya Serani convert.
Quote nutcrack8 27-4-2025 10:39 PM
X abes2 lg ke psal dorg ni. Alah, bese la.
Lg 2/3 taun jadik lg. Mntk mahap lg. Mase tu baru nk ingat Tuhan. Mak bapak ape bagai.

Next..
Quote Isninselasarabu 27-4-2025 11:36 PM
Dekat korea takde kuil haram...huhu
Quote QueenPlatypus 28-4-2025 02:44 AM
Lepas ni masing2 dah boleh jaga mulut..
Jangan nak buat lawak yang tak lawak langsung tu..
Bagus la jugak kena gitu..
Kalau tak mana mauuunyaaaa nak sedor diri..
Quote Tiggybiru 28-4-2025 05:44 AM
Bosan dgr radio
Takda apa2 yg menarik
Quote pauliza 28-4-2025 08:01 AM
Carcosa replied at 27-4-2025 09:52 PM
Oooooo, nama dia mmg mcm tu ka? Terkojut baca.
Pak Gugel kata apaknya Serani convert.

Dia masuk reality TV nama Audition kat ntv7 dulu guna nama Isaac .Memang ingat dia non Muslim masa tu .
Quote dewi_rina 28-4-2025 09:59 AM
I ingat pak azad tu india or mamak masa tu, tapi mak dia mmg mami tanjung kan?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.038034 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top