CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Huda Rupanya Dah Lama Tak Jumpa Amy Search

26-4-2025 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7108| Komen: 69|Original author: Raline


abilll.png

Perkongsian pelakon Nabila Huda memuat naik video berpelukan dengan bapanya, Amy Search menjadi perhatian ramai apabila memberi bayangan seolah mereka sudah lama tidak berjumpa.

Memetik mStar Online, Nabila berkata pertemuan tersebut disifatkan sangat berharga dan rindunya terhadap bapa akhirnya terubat serta sempat bersalam bermaafan raya.

“Pertemuan itu membuatkan kerinduan saya terlerai terhadap bapa sebab memang sudah lama tidak berjumpa. Ia sangat seronok dan saya dapat salam dan minta maaf raya kepadanya,” katanya.

Sementara itu, Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkata dia menerima takdir yang berlaku dan ianya cerita yang tidak berpenghujung.

“Kalau nak cakap mengenai selesaikan masalah itu, saya pun tidak tahu. Saya hanya terima sahaja apa yang berlaku ini.  Saya pun sudah penat dan terima apa sahaja yang berlaku. Ini cerita yang tidak ada penghujung,” katanya.

Dalam pada itu, Abil berkata dia sentiasa mendoakan buat bapanya yang tersayang agar sentiasa bahagia, diberikan kesihatan yang baik dan panjang umur.

43-1-590x505.png

“Saya selalu doakan dia sentiasa bahagia, macam mana dia doakan saya, saya sentiasa doakan dia supaya dia panjang umur dan sihat.

“Saya nak dia tahu yang saya sayang dia sangat. Saya harap satu hari nanti kita akan bersama, mungkin disini atau mungkin di kehidupan yang lain,” katanya.

SUMBER: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote danish09 25-4-2025 11:48 PM
Macam ni la eh keadaannya kalau ada mak tiri. Sentiasa unstable. Haihh
Quote hyie 26-4-2025 12:03 AM
mak tiri dia tu kan kawan abil jugak before kawin dengan amy. Rasa kesian kat Abil. Pastu amy macam nak taknak je meols tengok peluk abil tu. Ko dah kenapa? gitu iols melebih2 hal orang lain
Quote immortallez 26-4-2025 12:43 AM
Tak tau siapa yg bermasalah. Samada Abil atau mak tiri dia. Kalau ya pun, tak kan Amy tak boleh langsung jumpa Abil?
Quote mawarberbisa 26-4-2025 12:44 AM
cerita anak beranak ni ulang2 jela dari dulu
Quote ezacbee 26-4-2025 01:37 AM
Anak rindu ayah, ayah wat derk je.
Quote Kuin-Kepam 26-4-2025 01:38 AM
Bapa saya Amy Search (penyanyi terkenal). Awak ada? Awak tidak ada apa-apa..


Tu dulu..
Quote DARSITA 26-4-2025 02:07 AM

Apa masalahnya? awak tu dah dewasa dah ada anak dan keluarga sendiri. Bukan budak kecik yg masih menagih kasih sayang seorang ayah. Awak ada emak kan? spend time jer la dgn mak awak. Kenapa nak sedih sedih? Ke nak sentiasa berjumpa dgn bapa peluk peluk tunjuk happening dan boleh post gambar dlm IG?

Sekali sekala hantar message kpd bapa dia nak balas ke tidak usah digusarkan.
Quote MissVixen 26-4-2025 02:11 AM
Mak tiri abil ni perangai macam bantat ke? Tak puas hati kalau anak tu rapat dengan bapak. Hal kecik jadi besar bila si bapak rapat dengan anak dari ibu lain.
Quote viva_gerl 27-4-2025 12:15 AM
Kenapa aku rasa abil yg bermasalah n not the mak tiri? Dulu kena covid pun sheolls salahkan ND n her manager nisa. Sheolls mcm kuat sentap n tak nak kalah.

Satu lagi mak abil masih hidup kan? Tak pernah tunjuk.
Quote tasha 27-4-2025 12:42 AM
viva_gerl replied at 27-4-2025 12:15 AM
Kenapa aku rasa abil yg bermasalah n not the mak tiri? Dulu kena covid pun sheolls salahkan ND n her ...

Rasa mcm pernah terbaca mak Nabila kawin mat salleh duk Amerika....
Quote Orix 27-4-2025 12:49 AM
Whatever it is, nabila huda ni pndai la jugak bawak diri, jaga diri…. Ms kucing dia mati aritu iols pun ikut murung sama
Quote Samerosie 27-4-2025 07:18 AM
Cuba kalau paknya bukan amy search but nelayan dr kampung. Adakah akan gini juga.
Quote DARSITA 27-4-2025 07:56 AM
viva_gerl replied at 26-4-2025 08:15 AM
Kenapa aku rasa abil yg bermasalah n not the mak tiri? Dulu kena covid pun sheolls salahkan ND n her ...



ada jer dia jumpa mak dia masa beraya di Singapore baru baru ini  .. aii tgk dlm IG siapa ek? lupa pulak.
Quote viva_gerl 27-4-2025 12:07 PM
DARSITA replied at 27-4-2025 07:56 AM
ada jer dia jumpa mak dia masa beraya di Singapore baru baru ini  .. aii tgk dlm IG siapa ek? lu ...

Ohhh so her mum is in sg? Ingat her inlaws je...pahamm
Quote redz85 27-4-2025 12:14 PM
kenapa eh kalau rindu tak drive aje ke rumah bapak? berbual depan pagar pun ok..

Quote nonymous 27-4-2025 12:19 PM
Mebi sbb mak tiri dlu kan she gaduh dgn mak tiri, kesian sheols kalo x dpt jumpa bapak sendiri, hidup pun susah nak jumpa, imejin bapak sakit lalu meninggal, mana lagi nak jumpa, gitula maksud sheols rindu sama apaknya tp apak ntahlaa kot bz xdpt nak jumpa selalu anak cucu, or x bebas nak dtg rumah apak cux x ngam dgn mak tiri, dendam bertahun gini memang merosakkan ikatan silaturrahim, akibat ego org tua, cucu sendiri pun mebi x rapat dan x kenal, ego ni membunuh sebenarnya, mebi sebab tu kot Abby samggup berbaik dgn Norman dan Memey, kalau ikutkan ego, silap2 anak pun xkenal siapa bapak dan family yg lain mcm kes Nabila Huda ni.
Quote AvengersPanther 27-4-2025 02:01 PM
Kesian. Semoga yg baik2 je utk father & daughter ni.
Quote Lucy20 28-4-2025 01:49 AM
abil ni kot problem.. nk jd terpaling dalam semua benda. terpaling beraya kt sg. terpaling memasak smpi kondem resepi org lain kt tiktok. terpaling retis senior. terpaling mendalami watak (tapi ni okayla, dia berlakon best je)
Quote MisXoXo 28-4-2025 02:43 AM
viva_gerl: Kenapa aku rasa abil yg bermas ...

Ni bethol..dia sblm ni baik ja dgn Nisa..pastu perli2 ND dgn Nisa sbb dia kena covid.dia kuarantin pun mcm main2 aja..xmcm ND mmg bethol kuarantin.Tgk Nisa elok ja dgn mak tiri abil..aku mngkn peel nabila ni

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.054797 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top