CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Abby dedah pernah dipukul Norman setengah mati

26-4-2025 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6180| Komen: 131|Original author: tatod

1000022609.jpg



Kemelut antara pelakon dan penyanyi, Abby Abadi bersama bekas suaminya, Norman Hakim semakin membahang.


Terbaharu, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, mendedahkan pernah dipukul Norman sehingga berdarah satu ketika dahulu.

Pendedahan mengejutkan tersebut tercetus selepas Abby naik berang dengan bekas kakak iparnya dan anak saudara Norman yang mendakwa aktor itu telah berhabis berjuta ringgit untuknya.

“Dah bagi berjuta? Berapa juta? Masuk akaun mana? Bagi kepada siapa? Sembang. Walhal dari bercerai dulu tak pernah pun keluarga dia ambil tahu hal saya dengan anak-anak. Masa kecil tak pernah tanya khabar, makan minum, tempat tinggal cukup ke tak. Semua saya urus sendiri. Sekarang baru nak berbunyi.



    Nak tahu tak adik awak tu pernah pukul saya setengah mati? Bila tengok berdarah teruk, bawa pergi klinik. Beritahu doktor kata kemalangan. Pernah tahu tak ni? Ada tak saya lapor polis?


“Tak ada, sebab nak jaga aib suami kononnya masa tu. Kalau lapor merasa juga duduk dalam penjara waktu itu.

“Jangan berani sangat nak sembanglah. Banyak benda tak tahu jadi diam sahaja. Kalau betul dah bagi berjuta, tunjuk slip, tunjuk akaun mana. Senang nak bawa anak-anak naik kelas bisnes macam korang,” tulisnya dalam aplikasi Threads.

Bekas pelakon bersiri drama Gerak Khas menambah, dia juga tidak pernah mendapat duit hantaran seperti yang pernah dijanjikan Norman satu ketika dahulu.


    Duit hantaran janji pun tak pernah bagi. Masa kahwin dahulu pun mana ada duit sangat. Duit belanja semua pakai apa yang ada. Tak ada siapa pun yang taja. Tak pernah pun saya dapat balik semua tu lepas bercerai. Tiada!,” tulisnya.


Abby juga meminta bekas kakak iparnya itu menasihati adik kesayangan supaya membayar semula nafkah tertunggak sejak mereka bercerai 17 tahun lalu.

“Mentang-mentanglah dibawa pergi umrah nak kelas bisnes. Bukan main sombong lagi nak bela adik sendiri. Patut tanya adik tu, nasihatkan suruh bagi duit makan minum, tempat tinggal yang dah 17 tahun tak pernah bagi sejak tinggalkan anak-anak umur baru lahir, 3 dan 5 tahun waktu tu. Ini dah kaya seorang jer merasa. Anak-anak sini?, “ tulisnya. – HIBGLAM



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Myhappyending 26-4-2025 03:13 PM
Ada rancangan melodi ke apa dulu yebi tunjuk pintu umah dia pecah, i saspek laki dia masa tu lah kot pukul pintu
Quote mrsLucky 26-4-2025 03:25 PM
Edited by mrsLucky at 26-4-2025 03:27 PM

omg...pukul sampai berdarah?

Semalam baru tengok youtube lama... dimana x hubby Abby Farhan buat police report Abby cakar dia dan di pukul dengan kunci kereta...Farhan tak mampu bagi nafkah kalau x silap..
Quote jalfa 26-4-2025 03:39 PM
Pintu dulu berlubang masa yezza terjah rumah yebby
Quote applecomel 26-4-2025 03:44 PM
Kenapa diaorang kawen rahsia dulu?
Quote gorjeous 26-4-2025 04:14 PM
OMG...
Quote toxicated 26-4-2025 04:17 PM
Aku rasa dia merentan sbb give up ngn anak2 kot. Dia didik lain,lain yg jadi. Anta anak sekolah agama tahfiz bagai, anak lelaki jadi pt gym dek pengaruh bapaknya dgn dpt awek seksi. Anak pmpuan penyondol laki org. Ada mslh kena bebel kt mak, pegi umah bapak n mak tiri yg enabler tak reti marah anak walau anak buat salah. So mmg norman problem. Abby burn out dgn life.
Quote toxicated 26-4-2025 04:17 PM
Myhappyending replied at 26-4-2025 03:13 PM
Ada rancangan melodi ke apa dulu yebi tunjuk pintu umah dia pecah, i saspek laki dia masa tu lah kot ...

Ada. Kena tumbuk.
Quote Manusiabesa 26-4-2025 04:19 PM
Yess kluarkn lg bakyah. Biau oman kecut telur. Now pn dh diam xberkutik kt ig.. kluarkn lagi ayuh..... jenayah tu..biar last2 masuk lokap........ epal pn tgh fight isu cukai samtot..... legal ada... guna cara legal... biar la kes bakyah dh lama tp perjuangkn smpai menang. Aku nk tgok oman masuk lokap dan memek senyum mcm kerang basi tu idup solo uruskn anak2 sndiri sbb toklaki dok dlm lokap.

Bakyah ni aku minat bethol zmn dia jd polis dlm gerak khas partner dgn ac mizal hehehee
Quote AlyaAsylo 26-4-2025 04:26 PM
toxicated replied at 26-4-2025 04:17 PM
Aku rasa dia merentan sbb give up ngn anak2 kot. Dia didik lain,lain yg jadi. Anta anak sekolah agam ...

Kan.. dia bagi yg elok2 yg terbaik, bapak dan maktiri rosakkan balik.. sapa x marah
Quote hunters 26-4-2025 04:27 PM
cerita lama tp aku tetap side norman since abby prnh ada rekod cakar ex laki...
abby tengah bitter kot norman x layan,anak menantu buat xtau...
Sembang dgn lawyer klau nk duit yg patut dpt..berserta lawyer fee
Itu kata bodoh berlakon drama polis tp ilmu x dpt..dh la bodohkan doktor
Quote duri_durians 26-4-2025 04:32 PM
toxicated replied at 26-4-2025 04:17 PM
Aku rasa dia merentan sbb give up ngn anak2 kot. Dia didik lain,lain yg jadi. Anta anak sekolah agam ...

bg aku dia dh boleh lepaskan anak2 dia.
anak2 dh buat pilihan kan..enjoy je la masa yg ada ni.
Quote abadi84 26-4-2025 04:35 PM
Manusiabesa replied at 26-4-2025 04:19 PM
Yess kluarkn lg bakyah. Biau oman kecut telur. Now pn dh diam xberkutik kt ig.. kluarkn lagi ayuh... ...

Bakyah takkan fight cara legal
Sbb dia kata tak kuasa nak naik turun mahkamah dan kos pulak bkn murah.
Quote cm_vungtau 26-4-2025 04:57 PM
Go Abby. Bagitau aje semua pasal si badan besau kepala kecik tu. Sama la dengan bini dia mulut besau kepala kecik Udah tiba masanya bawang rangers jadi team Abby.
Quote siasia 26-4-2025 05:02 PM
toxicated replied at 26-4-2025 03:17 PM
Aku rasa dia merentan sbb give up ngn anak2 kot. Dia didik lain,lain yg jadi. Anta anak sekolah agam ...

Yg dia anta blaja kt turkiye tu?
Sblm ni pun ms blaja da ada mcm bkal isteri yg direstui abby.

Kesianlah bila jd mcm ni. Anak norman n memey pun aku kasihan juga.
Quote Nurkaseh01 26-4-2025 05:06 PM
Kesian. Rasanya abby ni da tak tahan kut
Quote doubleA 26-4-2025 05:08 PM
Yebi bitter sebab skg normiang dah kaya dan manjakan anak memek sedangkan anak dia masa umur anak normiang, dia yg tanggung susah payah. End up anak dia pulak macam2 kes dan kena tempias kt dia balik, org serang dia instead of cari normiang. Memang normiang tu takkan layan isu anak2 korang. Apapun jangan sampai backfire balik dah la yebi. Iols masih ada soft spot kt yebi
Quote Shinichikudo 26-4-2025 05:29 PM
dari perenggan atas sampai habis semuanya sebab duit duit duit..kesian plak ngan acik yebbi ni..mgkin ada poverty trauma kot masa nak membesarkan anak2 dulu
Quote Orenn1 26-4-2025 05:32 PM
Yg sebenarnya, abby dan norman bukan org yg pandai. Bila bercerai walaupun dorg berbaik thp comolot, dorg tak pandai gunakan commucation secara berkesan utk bincang n capai persetujuan mcm mana dorg nak uruskan anak2 dorg dan juga dorg takde berbincang n ambil satu pendirian  bersama tentang perkara2 berbangkit yg berkaitan dgn anak2 dorg. Klu dorg ada buat benda ni, tak kisahlah anak pegi rmh sana ke atau rmh sini, tak jadi masalah sbb dorg ada satu pendirian yg dicapai bersama tntg sesuatu isu tu berkaitan dgn anak dorg. Masalahnya diri dorg, sebagai parents dorg tak cerdik so ini sajalah hasilnya.
Ini dr pengalaman aku sendirilah yg menyaksikan parents bercerai jadi dua keluarga, ada anak ke sana  dan ke sini, biasalah budak klu dia tak puas hati dgn sorg parent dia pegi ke parent satu lagi, itu budak; mmg dia akan buat mcm tu, tp sbb parents ni cerdik dan dorg sering communicate utk capai satu pendirian bersama tntg satu2 isu berkaitan anak dorg, so takde apa2 percanggahan antara kedua parents. Tp bukan bererti bila anak pegi ke rmh parents satu lagi kena marah2 dia ke apa, tak perlu mcm tu sbb anak pun ada emosi yg tgh mcm2 sbb dah tak puas hati dgn parents satu lagi. Anak kena ada rasa disayangi, ada rasa selamat klu dia merajuk perasaan dia didengari. Parent yg bijak, dlm kelembutan, dlm menunjukkan kasih sayang, communication yg baik sgt membantu sebenarnya. Sbb tu dr anak2 kecil lagi kena biasakan communicate dgn anak, communicate tentang isu2 dorg samada kecil atau bsr, communicate dlm keadaan yg calm, communicate secara berkesan, semua ki sgt membantu. Sbb tu jadi parents kena bijak. Mcm mana kita uruskan sebuah keluarga, itulah diri kita dan pasangan kita. Kita punya project.  


Quote stania83 26-4-2025 05:34 PM
Fahammm.norman tuu hmmm banyak Salah nyaaa tapi somehow hidup dia sekolah diberkati.bini baru tiptop siap money generator.

Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.050699 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top