CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak serik sertai pertandingan, Idayu cuba nasib sanggup uji bakat sampai Indonesia

26-4-2025 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 913| Komen: 20|Original author: tatod

1000022451.jpg



MEMULAKAN kerjaya menerusi program realiti televisyen, penyanyi Idayu tidak pernah merasa serik untuk kembali menyertai mana-mana pertandingan nyanyian.


Bagi Idayu atau Nur Farah Idayu Yaakob, 40, dia suka menyahut cabaran bagi menguji tahap kemampuan dirinya sebagai seorang penyanyi.


Malah, dia mengakui ada menyimpan hasrat besar untuk menyertai program Gegar Vaganza (GV).




"Saya sukakan pertandingan. Selagi ada peluang saya akn mencuba nasib. Saya mahu tahu tahap diri sendiri. Adakah masih mampu menyanyi seperti zaman muda dahulu.


"GV adalah antara yang paling saya mahu sertai. Ramai kata susah, tetapi itu yang saya mahukan. Saya sukakan cabaran.


"Jika produksi GV panggil, saya akan terima. Tahun lalu ada pergi uji bakat, tetapi tiada rezeki," katanya kepada mStar.




Idayu ditemui ketika majlis sidang media An Evening To Remember With Ayu, Idayu & Alyah yang berlangsung di Putrajaya pada Khamis.


Menurut penyanyi ini lagi dia juga turut akan menghadiri sesi uji bakat program X Factor Indonesia.


Dia sebelum ini pernah menyertai Akademi Fantasi musim ketiga (AF3) selain AF Megastar pada tahun 2017 dan bergelar juara.


Idayu juga pernah menghadiri uji bakat program One In A Million (OIAM) namun nasib tidak menyebelahinya.


Bairpun begitu, dia menganggap ia merupakan satu perkembangan positif apabila ramai dalam kalangan peminat menilai kemampuan bakatnya.


"Saya tidak kisah pun apabila gagal masuk. Tetapi komen-komen netizen di media sosial itu lebih penting. Itu bermakna mereka mahukan saya. Orang nampak dan terima bakat saya," ujarnya.




Dalam perkembangan lain, Idayu, Ayu Damit serta Datin Alyah bakal bergabung di atas satu pentas sama sempena persembahan khas mereka yang dijadulkan berlangsung pada 21 dan 22 Jun akan datang di Hotel Park Inn by Radisson, Putrajaya.


Gabungan ini juga dianggap sebagai kemunculan semula buat Idayu untuk terus memperkukuhkan kerjaya seni.


"Selama ini saya banyak terlibat dalam persembahan makan malam sehigga ada yang anggap saya tidak aktif dalam dunia seni.


"Mungkin ini adalah comeback buat saya. kami bertiga juga akan bergerak sebagai satu jenama untuk persembahan akan datang," jelasnya. - mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 27-4-2025 03:14 AM
Gigih & gagah btl dia ni…
Quote Enigma0629 27-4-2025 06:38 AM
Sayang, orangnya sangat berbakat. Tapi kurang dipandang di Malaysia. Mungkin kena belajar dari Bella, macamana suara hauk boleh masuk industri.
Quote beta_carotene 27-4-2025 08:34 AM
Harap Idayu akan dapat breakthrough single macam Nadeera
Quote mawarberbisa 27-4-2025 12:56 PM
taktahu kenapa dia ni tak laku. suara sedap, rupa pun okay je sedap memandang
Quote exclusive_vvip 27-4-2025 02:24 PM
dia ni mcm alina hasan,salma mentor..pertandingan material..suara power mmg selalu menang bila bertanding..tapi jadi artis rakaman xleh pegi jauh..
Quote September14 27-4-2025 02:34 PM
Masuk kilauan emas la cik…

Ank org kaya kn dia ni g la cr lagu kt indon tu mcm ara n erni. Letups lgu diorg
Quote katak hijau 27-4-2025 02:50 PM
Wpun suara sedap tp kalau tak ada x-factor mmg tak ke mana jua
Melainkan kau gigih tahap shila amzah dan ada added value and plus skill bukan plus size
Quote sleepandream 27-4-2025 03:09 PM
jadi guru vokal jelah... if you can't do, teach!
Quote black_handbag 27-4-2025 03:54 PM
yedayu dah kurus ke? haritu macam dia diet banyak jugak turun. tak sure kot dah gemuk balik lepas beranak. kalau masih gemuk acik cadangkan yedayu gilah potong usus ke apa2
Quote Whitney72 27-4-2025 04:33 PM
Suara sedap..ari tu pnah tgk dia nyanyi live lagu Mariah Carey ( I can make it through the rain)...utk setengah part ....tone dia lagi best dr MC

Dia ni x AF kan...
Quote sukacactus 27-4-2025 05:12 PM
No x factor, no aura
Suara xdinafikan sedap yakmat tp setakat itu sj la
Quote dinosaurpink 27-4-2025 06:44 PM
Whitney72 replied at 27-4-2025 04:33 PM
Suara sedap..ari tu pnah tgk dia nyanyi live lagu Mariah Carey ( I can make it through the rain)...u ...

Ye idayu ni ex af,pernah bertanding dlm afmegastar yg boleh dikatakan all stars af bertanding semula
Bekas2 juara,bukan juara pun semua ada
Afmegastar idayu nilah juara

Dulu aku suka jenguk2 smule idayu ni
Ramai je org2 luar negara yg puji2 tone suara atau kawalan teknik dia lbh bagus drp mariah carey
Yg komen tu ada juga fan tegar mariah carey
Sbg fan,aku mcm rasa bangga juga
Lol

Pernah dm dia tanya kenapa dia xtry pertandingan luar negara
Katanya dia xboleh tinggal anak kecik dia
Masa baby lg la
Tp ntah aku rasa dia mmg ada rasa takut nak keluar
negaralah,sbb lepas af3 dia menyepi,dia ada buat comeback album penuh dulu,bbrp tahun lepas tu dlm 2017,datang afmegastar
Dlm tempoh ni mana ada dia mengandung pun,2020 baru ada baby
Plg2 jauh pun dia nak try indonesia,jauh kan lol

Oh dia pernah terpilih jd penyanyi lagu official tahun melawat malaysia tahun yg betul2 masa covid melanda
Kalau x dia dah pegi dah tour kementerian tu ke itali katanya masa tu
Malang betul nasib dia ni
Quote dinosaurpink 27-4-2025 06:45 PM
acikonion replied at 27-4-2025 03:14 AM
Gigih & gagah btl dia ni…

Setuju
Tp itupun ada juga yg kata dia ni malas sbb tu xnaik
Aish apa2 jelah labu

Bg aku dia ni xde connection atau kabel besar je
Bergerak plak sbg artis indie
Payah kalau xde kabel besar nak tolong push mcm awal2 penyertaan aina dlm ajl tv3 mmg push dia
Atas tiket retis terbitan diaorg

Pengurus idayu ni pun sedih,suami sendiri
Kau rasa?
Quote dinosaurpink 27-4-2025 06:52 PM
Ramai follower dia suruh dia masuk gv
Tp dia kata dia xlayak sbb xde lagu hitz
Mungkin masa ni dia dah pegi audition lah kot
Sbb tu dia tau kriteria utama tu

Masalahnya aku xfaham
Apa maksud lagu hitz?
Quote fadz84 27-4-2025 07:54 PM
dinosaurpink replied at 27-4-2025 06:45 PM
Setuju
Tp itupun ada juga yg kata dia ni malas sbb tu xnaik
Aish apa2 jelah labu

Tp lps keluar AF dulu, M. Nasir ada juga buatkan lagu utk dia.. masa tu bukan calang² penyanyi baru yg blh dpt lagu M. Nasir..
Quote fadz84 27-4-2025 07:57 PM
dinosaurpink replied at 27-4-2025 06:52 PM
Ramai follower dia suruh dia masuk gv
Tp dia kata dia xlayak sbb xde lagu hitz
Mungkin masa ni dia d ...

Eh tp lagu dia Kasih Yang Terpisah tu blh tahan popular juga kat radio Era dulu.. Paluan Rindumu ciptaan M Nasir pun best je..
Quote Imkhai 27-4-2025 08:00 PM
Kuruskn body muka pon blh berubah contoh mcm si aizat amdan tu lg2 jd penyanyi klau ko host org xheran sgt tgk sherrey alhadad sedangkn aina yg ramai peminat tu pon dh mencantikkn diri bt muka segala facial bagai sekarang ni
Quote lovelytouch 27-4-2025 08:33 PM
Akaq kuciwa lagu Selamanya yg amelia buat dulu tu tak push btul2 sbb lagu tu AJL material kalau dia rajin sure boleh go tapi since anak orka mgkin ada kemalasan menebal disitu..
Quote pauliza 27-4-2025 09:30 PM
dinosaurpink replied at 27-4-2025 06:52 PM
Ramai follower dia suruh dia masuk gv
Tp dia kata dia xlayak sbb xde lagu hitz
Mungkin masa ni dia d ...

Killer song kot ,Cth mcm Syarifah Zarina walau sendu tapi bila sebut Langit ke 7 ,org tau tu lagu dia .Dia msk GV brp entah aritu .Idayu ni suara sedap ,dari zaman Af3 org tahu dia suara sedap  tapi takde lagu yg bila org dengar org kata ooo lagu Idayu ni .Nadeera pun lama dlm industri tapi sendu ,dapat  satu killer song terus nama mencanak naik .

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.036188 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top