CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pelakon Tamil Sivakumar dan ibu ditemukan maut selepas jatuh kondo

26-4-2025 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2521| Komen: 21|Original author: tatod

1000022450.jpg



PELAKON dan penyanyi Tamil tempatan, Sivakumar Jayabalan ditemukan maut bersama ibunya di sebuah kondominium di Taman Desa Petaling, Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Sivakumar, 48, dan ibunya yang berusia 76 tahun itu dipercayai meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah kondominium.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassa, siasatan awal mendapati insiden berkenaan dilaporkan berlaku pada pukul 12.35 tengah hari, semalam.

"Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Cheras untuk bedah siasat dan setakat ini, tiada sebarang unsur jenayah.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dijalankan," katanya seperti dilapor The Star.

Aidil berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Untuk info, Sivakumar dikenali melalui program realiti nyanyian Astro Paadal Thiran dan pernah menjadi pengacara di Astro Go Shop. - mStar/HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 26-4-2025 07:54 AM
Masalah kewangan kah?
Quote Nadzfizz 26-4-2025 07:58 AM
Mcm mana boleh jatuh ...bunuh diri ke
Quote kepompong 26-4-2025 08:41 AM
Siapa yg ajak siapa sama2 menuju "ke syurga"

Atau sama2 reincarnated sbg rama-rama
Quote lazim 26-4-2025 09:28 AM
Cuci tgkap bersama2 mcm Kiko
Quote dagusengett 26-4-2025 10:57 AM
Rip
I thot ibunya je yg jatuh
Quote sukacactus 26-4-2025 11:56 AM
Pasal sakit or duit
Tu la selalu problemnya
Quote Carcosa 26-4-2025 12:11 PM
lazim replied at 26-4-2025 09:28 AM
Cuci tgkap bersama2 mcm Kiko

Haha hadoi sisthurrrrr. Meols tahan nak ketawa, terketawa jua.
Jgn silap yach, meols bkn ketawakan mendiang2.
Kesian jgklah, kalau mereka fikir ini je jalan penyelesaian yg mereka ada. Cemana lah takutnya masa in the beginning nak terejun tu. Seriau mikirkannya.
Quote selipar_hijau 26-4-2025 12:27 PM
RIP kedua2 nya
Quote MarryPottet 26-4-2025 01:09 PM
Salam takziah buat keluarga mendiang
Kalau bunuh diri sebab masalah kewangan, sedihnya lahai
Boleh je mintak tolong kat socmed & akan ada yg tolong tak kira bangsa & agama, siap offer kerja lagi in Shaa Allah
Sebab tu aku kalau org mintak tolong dr segi kewangan or material lain, aku fikir kalau tak bagi kang takut dia resort to suicide nyesal pulak atau takut dia gi rompak / ragut org ke
Biarlah kita yg tolong ni kena kecam kata enabler ke hape, janji dapat halang dia dari buat perkara2 buruk mcm ni
Yang puak dia tu pulak daripada sibuk bina kuil haram merata riti, eloklah duit tu diguna utk bantu kaum sendiri
Quote Hoola 26-4-2025 01:14 PM
sebak pulak rasa
kesian cant imgine detik ibunyayg dh tua turut 'terjatuh'
Quote hunters 26-4-2025 01:16 PM
Nadzfizz replied at 26-4-2025 07:58 AM
Mcm mana boleh jatuh ...bunuh diri ke

aku pn teka yg sama...ada masalah duit rasanya
Quote MarryPottet 26-4-2025 01:28 PM
kepompong replied at 26-4-2025 08:41 AM
Siapa yg ajak siapa sama2 menuju "ke syurga"

Atau sama2 reincarnated sbg rama-rama

Kalau betul suicide, takutnya memula salah sorang je nak terjun
And sorang lagi nak halang atau cuba selamatkan tapi terjatuh sama
Wallahu'alam
Quote MatDeghem 26-4-2025 01:34 PM
Anak nak terjun, ibu Cuba tahan....kot
Quote AmandaRollins 26-4-2025 04:08 PM
Org yg suicide ni mmg berani…klu sy berani mcm drg sy pun dulu masa depress da lama buat..tp sy penakut….makin dewasa baru la sy fhm org yg bunuh diri ni berani dan sgt2 nekad da nk akhiri hidup..sedih la setiap kali baca psl kes suicide ni…awareness pasal mental healthness masih lagi lemah di Malaysia ni..ramai org pandang enteng benda ni
Quote akies 26-4-2025 04:42 PM
Sama2 terjun ke
Quote OsHiN_hOnEy 26-4-2025 05:39 PM
pernah baca ada study dulu about commiting suicide ni (kalo betul)
selalunya few days sebelum dorg take the plunge
dorg dah 'takda' dah pun in reality, masa dorg jalan menuju
ke nirvana tu, otak dorg dah kosong

and jatuh nmpk ngeri tapi berapa seconds jer
sebelum your body hit the ground, nyawa mmg dah melayang pun

please seek help, tak semua org mentally strong utk hadap mcm2
ujian hidup ni, tu aja lar beza agama kita dgn yg lain
sebab kita takut mati masuk neraka
makanya all the mastika thingy mmg help us in that sense
kan jarang kita baca penganut agama kita commit suicide
Quote jalfa 26-4-2025 06:00 PM
Kesiannya..anak x sanggup tinggal ibu dah tua sorang sorang kot...
Quote sleepandream 26-4-2025 06:12 PM
rest in peace...
Quote borrow 26-4-2025 08:44 PM
Klo satu family selalunya psl duit.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.038891 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top