CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak kucing mati diseksa, tiga kanak-kanak dikecam

25-4-2025 11:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2676| Komen: 37|Original author: tatod

1000022026.jpg





KUANTAN: Tindakan kejam tiga kanak-kanak lelaki yang menyeksa seekor anak kucing dengan membiarkannya digigit anjing sehingga mati di Seri Setali di sini tular di media sosial sejak semalam.


Lebih mengejutkan, kanak-kanak tersebut turut bertindak menceroboh masuk ke kawasan kediaman seorang wanita tanpa kebenaran sebelum melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.


Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian berdurasi seminit 20 saat itu dikongsi pemilik rumah berkenaan, Chow Ling Ling di laman Facebook miliknya.


Dalam rakaman tersebut, tiga kanak-kanak terbabit pada awalnya kelihatan bermain bola di tepi pagar rumah berkenaan sebelum salah seorang daripada mereka dilihat membawa seekor anak kucing.



Mereka kemudian meletakkan anak kucing itu di celahan kecil pagar dan membiarkan anjing di dalam kawasan rumah tersebut menggigit haiwan malang itu hingga mati.


“Tiga kanak-kanak ini masuk ke rumah saya tanpa kebenaran dan meletakkan anak kucing malang itu di celah kecil pintu saya dan membiarkan anjing saya menggigitnya sehingga mati,” katanya menerusi hantaran di media sosial.


Perbuatan itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan warganet yang menyifatkannya sebagai perbuatan kejam dan melampaui batas.


“Budak-budak ni bukan nakal, tapi jahat. Kalau dah ada naluri suka tengok hidupan lain mati atau terseksa, maksudnya ada masalah mental. Kalau tak dibendung, mungkin suatu hari nanti jadi pembunuh,” kata seorang pengguna Facebook, Shwni Ishk.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut. – UTUSAN




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 25-4-2025 02:56 PM
adui nanti besar lagi teruk la  bebudak tu ..hmmmm
Quote honeybee1802 25-4-2025 03:21 PM
Mmmm...better hantar bebdk ni buat psychology assesment ni...bakal2 psychopath apo...
Quote Decaffeinated 25-4-2025 04:32 PM
Mungkin biasa tengok babi kena sembelih hati jadi kering
Quote dua_chzy 25-4-2025 04:39 PM
Syaitan kecik dok dibekap mak pak kot.
Quote dua_chzy 25-4-2025 04:40 PM
Decaffeinated replied at 25-4-2025 08:32 AM
Mungkin biasa tengok babi kena sembelih hati jadi kering

Atau biasa makan babi
Quote dua_chzy 25-4-2025 04:41 PM
Meols nak baca acik2 komen semoga bebudak ni dibalas diperlakukan seperti kucing tu.
Quote dua_chzy 25-4-2025 04:41 PM
Sebab bebudak, pehtu nampak macam Melayu pula, takda kecaman berapi2 sangat ke?
Quote babyLON. 25-4-2025 04:46 PM
Budak yg suka seksa binatang iol letak level dorg bawah kaki mat rempit. Serendah itu ya.
Quote sukacactus 25-4-2025 06:09 PM
Jahat sgt ni, mcm psychopath in the making je
Quote supernaturalee 25-4-2025 07:28 PM
honeybee1802 replied at 25-4-2025 03:21 PM
Mmmm...better hantar bebdk ni buat psychology assesment ni...bakal2 psychopath apo...

agreed



Quote aint 25-4-2025 07:30 PM
moga budak2 jahat ni, kena gigit dgn anjing suatu hr nnt ...
Quote borrow 25-4-2025 08:59 PM
Ske tgk citer ganas ke. Plez report & tengok apa prob bebudak ni.
Quote syamzana 25-4-2025 09:42 PM
dah la berani masuk kwsn rumah org berpagar pastu bunuh plak binatang. agaknya derang suka tgk binatang tu terseksa (anjing tu gigit anak kucing mesti mengeow sakit)
mohon owner cctv/rumah report polis...panggil bdk2+makpak skali dtg balai
Quote eyansss 26-4-2025 12:15 AM
dua_chzy: Meols nak baca acik2 komen semoga bebudak ni dibalas diperlakukan seperti kucing tu.


dah ada dah yang komen camni
Quote B40tastePosh 26-4-2025 01:29 AM
Dah takda kerja ke???

Kurang hiburan?

Ibubapa tak bagi main telefon atau PS2 atau merecun?
Quote MissVixen 26-4-2025 02:36 AM
Jahat macam iblis. Semoga ko kena lenyek dengan treler dan terburai macam anak kucing tu. Dah besar mesti perangai lagi psiko.
Quote zehra2 26-4-2025 06:16 AM
moga budak² ni dipanjang kan umur. dan hiduplah kamu dlm keadaan dhaif yg teramat. sangat hingga ke akhir tua. sehinggakan kamu sentiasa bertanya kpd Tuhan dlm doa² mu kenapakah dijauhkan rezeki dan kemakmuran sepanjang hayatmu.
Quote anggeriklatifah 26-4-2025 07:12 AM
Semoga budak2 syaitan ni kena gigit dengan anjing yg cam anjing polis yg besar tuu...digigit sampai mati dan hancur
Quote hiswife 26-4-2025 08:44 AM
Kecik2 dah kejam apo ni dik

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.041545 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top