![]()
MELAKA – Polis memburu seorang lelaki dipercayai pesakit mental yang bertindak memukul ahli keluarganya selepas dilarang untuk memandu kereta di Kampung Pantai Kuala Sungai Baru, kelmarin. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kali terakhir suspek dilihat melarikan diri ke arah kawasan semak yang menuju ladang sawit di belakang rumahnya. “Suspek ini merupakan pesakit mental dan kita masih memburunya. “Setakat ini siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya ringkas ketika dihubungi pemberita hari ini. Dalam pada itu menurut sumber, suspek dilaporkan telah memukul adik iparnya berusia 28 tahun selepas mangsa melarangnya membawa kereta.
“Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah hari apabila mangsa terlihat kereta miliknya yang diparkir di rumah mentua digunakan suspek tanpa kebenaran. “Mangsa kemudian mengambil kunci keretanya, namun dihalang suspek yang terus memarahi serta menampar pipi kirinya berkali-kali sehingga mengalami bengkak di kedua belah bawah mata dan pipi,” katanya. Tambahnya, mangsa kemudian terpaksa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan. “Doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan bengkak dan laporan polis dibuat atas faktor keselamatan dirinya,” katanya. – KOSMO! ONLINE |
primarikey replied at 26-4-2025 05:29 AM
Kt ofis aku ni ada sorg pesakit mental....penat melayan karenah dia....keje malas...bertiktok suka.. ...
primarikey replied at 26-4-2025 05:29 AM
Kt ofis aku ni ada sorg pesakit mental....penat melayan karenah dia....keje malas...bertiktok suka.. ...
shernazz replied at 26-4-2025 07:37 AM
Tak.boleh ke dia dicoldstorage kan?
Hahaha..
Aje gile lah..nanti ditikamnye sapa sapa kat situ..
PULANGKAN replied at 26-4-2025 09:55 AM
i feel you sis.. pernah jumpa sorang camni.. dasyat, naik darah aku
TeropongThaico replied at 26-4-2025 10:23 AM
Pandai pula lari masuk utan... Kot kena patuk ular tak ke naya je
primarikey replied at 26-4-2025 05:29 AM
Kt ofis aku ni ada sorg pesakit mental....penat melayan karenah dia....keje malas...bertiktok suka.. ...
primarikey replied at 26-4-2025 04:10 PM
ofismet aku ni cuma didiagnose depression je...tp aku rasa dia amik kesempatan atas penyakit dia t ...
kepompong replied at 26-4-2025 08:23 PM
Kena patuk ular macam pakcik yg meninggal aritu ke
shernazz replied at 27-4-2025 08:10 AM
Haaa..
Ni kira.play victim.lah neh
Mcm.colleague laki iols.lah...
TeropongThaico replied at 27-4-2025 11:13 AM
Sian yg nak kena uruskan tu
Kang tengah berulat baru org jumpa adoiii busuknya ya ampun...
kepompong replied at 27-4-2025 11:25 AM
Kan dah tahu pegi kebun kelapa sawit, kalau tak jumpa kena cari sampai jumpa sblm berulat
ADVERTISEMENT