CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amar Baharin terpaksa tukar laluan misi kayuhan ke Makkah

25-4-2025 11:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 332| Komen: 1|Original author: Raline

am.PNG


Konflik sedang berlaku di antara negara India dan Pakistan menyebabkan pelakon Amar Baharin terpaksa menukar laluan perjalanan bagi misi berbasikal ke Tanah Suci Makkah.

Menurut Amar atau Amar Mohd Baharin, 40, situasi semasa yang kurang selamat menyebabkan mereka terpaksa mengubah laluan tidak seperti dirancang.

“Allah sebaik-baik perancang… Kami dimaklumkan oleh High Commission of Malaysia di New Delhi, keadaan di India dan Pakistan adalah tidak selamat untuk dilalui buat misi #JourneyToTanahHaram .

“Sehubungan dengan itu, kami terpaksa ‘reroute’ misi ini atas faktor keselamatan.

“Route yang terbaru akan dimaklumkan kemudian,” katanya menerusi satu kenyataan di Instagram miliknya pada pagi Jumaat.



Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan urusan Amar dipermudahkan dan berharap misi tersebut dapat direalisasikan.

“Ya Allah permudahkan urusan Amar dan pasukan, semoga segalanya dipermudahkan.

“Simpan nombor telefon kedutaaan yang dilalui, serba sedikit akan membantu kemudian hari.

“Idea bagus untuk tukar laluan, misi tetap kena teruskan dan semoga urusan Amar dipermudahkan,” tulis netizen.



Sebelum ini, Amar memaklumkan dia menyertai misi kayuhan ke Makkah sejauh 8,000 kilometer bermula 27 April ini.

Aktor itu akan mengayuh bersama rakannya yang juga pendaki pertama Gunung Everest dari Malaysia iaitu Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin.



Pasangan duo itu dijangka memulakan kayuhan dari Perlis sebelum merentas ke beberapa negara lain seperti Thailand dan Iran sebelum tiba di Arab Saudi.

Mereka dijangka tiba di Madinah pada Julai depan.

Sumber:mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 26-4-2025 05:28 AM
Dahtu?
Sorry aku tak nmpk apa keperluan buat benda alah ni.
Kau pakai duit kau, tak menyusahkan org lain, ok.
Tapi nnti kalau ada masalah, menyusahkan negara plk, tu aku meluat.
Tahla, aku mcm cemoih dgn dia ni. Mcm useless bebeno jadi pelakon. Tah knp jelah Amyra boleh taste dgn dia ni. Rebound jadi suami.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.030403 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top