CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Didie Alias SPM 1A je, sekarang dah ada Master

25-4-2025 11:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1246| Komen: 19|Original author: Raline

dd.PNG


Gagal memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan bererti seseorang itu tidak lagi mampu untuk menunjukkan kejayaan dalam bidang akademik.

Dalam hal ini, pelakon Didie Alias berkongsi pengalaman melibatkan salah seorang daripada anaknya yang hanya mendapat keputusan 1A dalam SPM namun berjaya meneruskan pengajian hingga ke peringkat sarjana.

“Saya nak kongsi sikit pengalaman anak saya pun pernah dapat 1A sahaja dalam SPM tapi berkat usaha gigih, dia fokus belajar nak tunjukkan kepada saya, sekarang dia dapat dapat master.

“Jadi selamat maju jaya untuk masa hadapan anda, teruskan berjuang!” katanya.

Didie berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory pada Khamis.



Dalam pada itu, Didie atau Nur Fadzilah Ali, 54, turut mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan SPM pada Khamis.

Mengetahui ada segelintir pelajar yang kecewa dengan keputusan diperoleh, Didie sempat menitipkan pesanan supaya mereka tidak berputus asa kerana masih ada masa untuk mereka beroleh kejayaan.

“Kepada anak-anak yang baru dapat keputusan SPM, tahniah mummy (panggilan Didie) ucapkan, untuk yang dapat straight A atau tidak.

“Bagi yang tak berjaya jangan risau, SPM adalah permulaan untuk anda. Saya dengar ada yang kecewa, tak mengapa. Masih lagi awal,” ujarnya.



Untuk info, keputusan SPM 2024 mencatatkan pencapaian terbaik sejak 2013 dengan merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.49, berbanding 4.60 pada 2023.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan berkata seramai 14,179 (3.7 peratus) calon mencapai keputusan cemerlang iaitu mendapat markah A+, A-, atau A dalam semua mata pelajaran yang diambil, meningkat dari 3.1 peratus calon pada 2023.



Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annabellaruz2 25-4-2025 03:28 PM
mummy ni bg je la apa watak pun, tak pernah menghampakan.
Betul la tu apa yg mummy kata.
SPM hanya permulaan.
Bagi parents yg anaknya tidak mendapat keputusan yg cemerlang berderet A, ada byk lagi saluran yg boleh digunakan utk melakar kejayaan anak2.
Ada anak2 yang pengakhiran hidupnya tak seCEMERLANG keputusan SPM straight A nya.

Jadi raikan apa jua keputusan SPM anak2 kita.
Setiap anak tidak sama tahap kecerdikkan dan kepandaiannya.
Lain anak, lain rezekinya.
Quote sleepandream 25-4-2025 04:32 PM
benerrrr... pandai akademik tak menjamin takkan di scam in future.. setiap orang ada kepandaian dan kebodohan masing2 yach
Quote dua_chzy 25-4-2025 04:35 PM
1A tapi boleh ada master tu, ambik SPM tahun bila acik D? Dulu dengan 1A boleh masuk IPTA. Sekarang memang idok. Tapi kalau duit banyak papa mama boleh tanggung ah boleh la pi IPTS or pi Rusia amik medik.
Quote dua_chzy 25-4-2025 04:36 PM
Unless anak she 1A tapi pi ambik STPM dengan degree then master degree.
Quote rosewhite 25-4-2025 04:40 PM
dua_chzy replied at 25-4-2025 04:35 PM
1A tapi boleh ada master tu, ambik SPM tahun bila acik D? Dulu dengan 1A boleh masuk IPTA. Sekarang  ...

mungkin 1A subjek lain semua B huhuhu
Quote MatDeghem 25-4-2025 04:41 PM
Neelopah ada 10A....sekarang ada title Hajjah, isteri Ostad dan anak 2 ekor anak comel


Quote MatDeghem 25-4-2025 04:42 PM
dua_chzy replied at 25-4-2025 04:35 PM
1A tapi boleh ada master tu, ambik SPM tahun bila acik D? Dulu dengan 1A boleh masuk IPTA. Sekarang  ...

ada banyak lane boleh ke menara...yang penting usaha dan consistence.
Quote dua_chzy 25-4-2025 05:10 PM
MatDeghem replied at 25-4-2025 08:42 AM
ada banyak lane boleh ke menara...yang penting usaha dan consistence.

Sekarang susah la. Nak masuk sekolah Tekvok pun deol pilih yang bagus akademik (level sederhana).

Melainkan ko berduit. Ah memang banyak jalan kalau banyak duit.
Quote 3480 25-4-2025 05:19 PM
Mungkin anak dia masuk form 6 @ diploma dulu.. n tgk course yg dia ambik jgk.. tapi apa2pun tahniah utk semua.. yg result biasa2 pun tahniah. Ambik la contoh mcm anak didi ni
Quote kepompong 25-4-2025 05:27 PM
dua_chzy replied at 25-4-2025 05:10 PM
Sekarang susah la. Nak masuk sekolah Tekvok pun deol pilih yang bagus akademik (level sederhana).  ...

Kat sini ada byk je kolej kalau tkde A pun boleh masuk. Tapi kena ada b / c jugak

Antaranya... kypj, kkj, & kypj ni ada byk juga cawangan, each cawangan lain2 course . Byknya tvet ... & hospitality...... yg  cemerlang boleh je masuk u. Kurang cemerlang boleh je masuk u lepas bbrp tahun kerja.... Tapi memang susah jumpa student rajin hehe... ada lah bbrp je ....

Anak kwn i masuk iktbn , ilp, ikm,  etc... memang memasing target ambik degree jugak. If not mistaken ada yg 1a ajex syarat layak kemasukan , 3 credit. Once ada degree , peluang ambik master ada je
Quote shida81 25-4-2025 09:25 PM
dua_chzy replied at 25-4-2025 05:10 PM
Sekarang susah la. Nak masuk sekolah Tekvok pun deol pilih yang bagus akademik (level sederhana).  ...

Tp klu bekerja then sambung belajar possible kan... Ni tgk kwn2 yg amik diploma.. keje.. then wat part time degree samapi la master...
Tgj result dorang mmg merecik la wpun ms spm biasa2 je..
Quote Lampuled 25-4-2025 11:04 PM
Terlalu ramai yg ada master PhD skrg ni. So org dh tak pandang sgt. Lg org pandang yg takde spm sbb rare. Jgn terkejut kalau ada majlis yg takde spm yg jd vip, master PhD holder pun duk line² belakang je.
Quote mrsamz 25-4-2025 11:08 PM
Lampuled replied at 25-4-2025 11:04 PM
Terlalu ramai yg ada master PhD skrg ni. So org dh tak pandang sgt. Lg org pandang yg takde spm sbb  ...

Jejiran meolls ghamaii phd and ts chuollss.. Mostly fefeeling terpaling.. Tapi ada jugak jenis humble.. Malas hakuu nak layan yg terpaling semua nihh.. Yihhh sangat
Quote dua_chzy 26-4-2025 12:25 PM
shida81 replied at 25-4-2025 01:25 PM
Tp klu bekerja then sambung belajar possible kan... Ni tgk kwn2 yg amik diploma.. keje.. then wat  ...

Iya possible.
Quote dua_chzy 26-4-2025 12:30 PM
kepompong replied at 25-4-2025 09:27 AM
Kat sini ada byk je kolej kalau tkde A pun boleh masuk. Tapi kena ada b / c jugak

Antaranya... k ...

Sebab tu kena berduit. Tak berduit kalu toksah harap nak masuk IPTS semua tu.
Quote kepompong 26-4-2025 12:33 PM
dua_chzy replied at 26-4-2025 12:30 PM
Sebab tu kena berduit. Tak berduit kalu toksah harap nak masuk IPTS semua tu.

Kypj & kkj ada sediakan elaun u .... tapi berbentuk pinjaman lah interest free
Quote dua_chzy 26-4-2025 12:38 PM
kepompong replied at 26-4-2025 04:33 AM
Kypj & kkj ada sediakan elaun u .... tapi berbentuk pinjaman lah interest free


Elaun berapa je banding belanja peribadi. Kot elaun 5k sebulan hokeh la kata meols banyak komplen. Btw ni bukan elaun. Ni pinjaman.
Quote TomyamPuteh 26-4-2025 01:07 PM
Sekolah anak aku pengetua depa mintak GPS 1.56.Sekali result keluar depa kasi 1.51 terus. Terkedu beliau sebentar. Tahniah jugak utk anak aku
Quote msdummy.2018 26-4-2025 01:16 PM
Ank retis ank org kaya, spm fail pun boleh dpt master...janji ko ada duot..kena org xdee duit usahkan master, nk buat diploma pun sakit...tolonglah jgn nk ckp xdpt bnyk a nih normal...sudahlah piksa besas xder, sma nk kejar duit mudah lg korang ckp mcm tuh, lagilah budak2 nih xcakna pelajaran.....tau tak pengalam korang kejar spm nk score a tuhlah sbrnya yg akan menjadikan korang tabah, mental kuat etc...nih balik2 ckp alah apa kisah spm gahal..sb tuh budak2 skrg lemah mentallll

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.043402 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top