CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ya saya janda” – Enggan lagi sorok status, Nina Iskandar mengaku sudah cerai

25-4-2025 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1952| Komen: 15|Original author: tatod

1000021542.jpg


PELAKON Nina Iskandar mengesahkan dia kini seorang janda selepas bercerai dengan bekas suaminya iaitu Azlan Adzanan tahun lalu.


Nina, 34, bagaimanapun menegaskan penceraian itu bukan disebabkan kewujudan pihak ketiga sebaliknya mereka sudah tiada persefahaman sebagai suami isteri.


“Ya, saya sekarang sudah bergelar janda. Sampai bila saya mahu berselindung?




“Sebelum ini kes penceraian kami masih berjalan, jadi saya tak berani nak kongsi kepada peminat dan rakan media.


“Jadi sekarang baru saya boleh jelaskan mengenai status sebenar saya. Kami bercerai tahun lalu,” katanya kepada mStar.


Nina mendedahkan perkara itu ketika ditemui semasa Majlis Pelancaran Serum Bibir Berwarna Skandarl Beauty di St. Giles Boulevard, Kuala Lumpur pada Khamis.


Nina bagaimanapun menjelaskan, mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak pertengahan tahun 2022.


Ditanya mengapa merahsiakan perceraian, Nina menjelaskan dia tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.


“Saya sebenarnya bukan jenis suka mengheboh-hebohkan kerana saya mahu menjaga aib kedua-dua belah pihak selain menjaga perasaan keluarga.


“Malah sebelum ini pun ada media bertanya tapi saya terpaksa kunci mulut sebab proses penceraian masih berjalan,” jelasnya.




Sementara itu, Nina memberitahu dia dan bekas suaminya sepakat mengambil tanggungjawab bersama membesarkan anak lelaki tunggal mereka Aaryan Ar-Rizqin, 5 tahun.


Malah kata Nina, dia sering membawa anak mereka pulang ke Johor bagi bertemu bekas suami dan keluarga agar ikatan silaturahim mereka tidak terputus.


“Alhamdulillah anak saya mengerti keadaan kami walaupun usianya baru 5 tahun.


“Saya bersama bekas suami juga memilih untuk membesarkan Rizain bersama-sama. Saya tidak mahu memutuskan hubungan di antara anak dan ayah.


“Mereka juga bebas untuk berhubung menerusi panggilan video. Saya juga ada bawa dia ke Johor untuk berjumpa dengan bekas suaminya dan keluarga bekas mentua,” ujarnya.


Untuk rekod, Nina mendirikan rumah tangga dengan Azlan atau dikenali sebagai Lan Lebah yang juga penolong pengarah drama pada April 2019. - mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Glass_shoes 24-4-2025 07:35 PM
Serai juga..X boleh betul dgn nama laki dia, Lan Lebah
Quote doubleA 24-4-2025 07:40 PM
Laaaaaaaaaama dah pun dia sherai dengan lan lebah tu khen
Quote Glass_shoes 24-4-2025 07:41 PM
doubleA replied at 24-4-2025 07:40 PM
Laaaaaaaaaama dah pun dia sherai dengan lan lebah tu khen

Penyondol jua kan dia..Ingat2 lupa dah
Quote doubleA 24-4-2025 07:49 PM
Glass_shoes replied at 24-4-2025 07:41 PM
Penyondol jua kan dia..Ingat2 lupa dah

Entah la. Tapi seingat iols lan lebah ni pernah kawen lain la sebelum dengan nina ni, cuma tak sure la duda atau didudakan
Quote apedehal 24-4-2025 07:51 PM
Takziah..awkward nya baju tu melekat kat body rupa itu..buruk..salah material baju la kut
Quote I.K.A888990 24-4-2025 08:06 PM
sbb tu ke tiba keluar produk tu
Quote hokeypokey 24-4-2025 08:24 PM
dulu hot sekarang gemok
Quote sukacactus 24-4-2025 09:02 PM
Start baca artikel sambil try nak ingat nama ex lakinya
Nasib kat bwh ada tulis
Quote exclusive_vvip 25-4-2025 12:04 AM
kalu sbb org ketiga pun mesti la x mengaku kan..sbb dia pun penyondol..malu la kena sondol balik
Quote anony-mous 25-4-2025 12:13 AM
X terkejut. I suka tgk dia lawa tp gemok, berlakon pon not bad tp she ni mcm ada bad vibes. Like kena hati2 kwn dgn dia ni
Quote Zeelalala 25-4-2025 01:03 AM
Cantik, chubby, berlakon bagus cuma kadang2 mcm over sikit. Takziah utk perceraian
Quote Carcosa 25-4-2025 08:39 PM
Mak oiiii. Dulu kemain hot hahh

Screenshot_20250425_203936_Google.jpg
Quote sukanyanyi 25-4-2025 08:42 PM
Glass_shoes replied at 24-4-2025 07:35 PM
Serai juga..X boleh betul dgn nama laki dia, Lan Lebah

Hahah.. org seni mmg pelik2
Quote SalenaGomez 25-4-2025 08:45 PM
Nina iskandar ni ada iras2 nina azharina penyanyi tu. X tau kalau depa ni related. Sbb sorang bruneian, sorang tu sabahan
Quote mawarberbisa 25-4-2025 09:04 PM
Glass_shoes replied at 24-4-2025 07:41 PM
Penyondol jua kan dia..Ingat2 lupa dah

iyaa kecoh juga dulu tapi tak lama sbb dia ni tak femes sgt pun.

dia ni antara penyondol yang dilupa selepas hanis suraya dan faezah elai

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.042240 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top