CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kasih sayang Abil pada papa tidak akan pernah berubah’

25-4-2025 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1153| Komen: 12|Original author: tatod

1000021475.jpg



PETALING JAYA – Penuh rasa sayu, pelakon Nabila Huda membuat netizen sebak apabila berkongsi luahan hati menyentuh jiwa buat bapanya, Datuk Amy Search.


Menerusi hantaran berkenaan, Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 40, memuat naik video memaparkan dirinya memeluk Amy, disertai kapsyen penuh emosi tentang hubungan mereka sebagai anak dan bapa.


“Kita dipisahkan oleh masa dan takdir. Dan ya, takdir mungkin telah memisahkan kita tetapi alam semesta mempunyai rancangan lain.




“Gentle reminder bahawa hubungan kita tidak pernah pudar. Malah, membawa kita kembali, tanpa diduga untuk selama-lamanya,” tulisnya.

Dalam hantaran berlainan, pelakon filem Rahsia itu turut memuat naik rakaman panggilan telefon ketika Amy menjadi tetamu di konti radio Hot FM.

“Abil rindu sangat pada papa, tiada apa yang dapat mengubah betapa sayangnya saya pada papa.

“Kasih sayang Abil pada papa tak akan pernah berubah, saya nak papa tahu itu. Tak akan ada yang dapat pisahkan kita,” luahnya.

Tambah ibu anak satu itu, dia bangga menjadi anak kepada pelantun Isabella itu dan sentiasa mendoakan kesejahteraan bapanya.

“Saya bangga sangat dengan papa dan akan sentiasa menjadi ‘anakku sayang’.


“Saya doakan yang terbaik buat kamu, dan kalau ada kelapangan saya akan sampai (ke konsert),” ujarnya.

Perkongsian tersebut menerima reaksi positif daripada peminat dan netizen yang tersentuh dengan kasih sayang antara dua beranak itu.

“Sebaknya hati tengok pelukan mereka,” komen netizen.

“Kadangkala jauh itu bukan penghalang bila cinta tak pernah hilang,” tulis pengguna media sosial.

“Hanya Allah tahu betapa dalamnya kasih sayang seorang anak,” ujar peminat. – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 24-4-2025 05:53 PM
Ni dah kenapa pulak?  Dua2 dok KL kan?
Quote jihyomelly 24-4-2025 06:05 PM
bukan aritu dah baik ke?
Quote L.U.S.M 25-4-2025 12:55 PM
Drama nk bg ticket terjual ke..tp dgr2 dh lama sold out
So apekah ni miska?
Quote miracle_forever 25-4-2025 01:14 PM
mesti ada issue lagi dgn mak tiri la tu
Quote stania83 25-4-2025 01:16 PM
Siapa mak abil ya
Quote tokchik 25-4-2025 01:18 PM
kesian abil

Quote sukanyanyi 25-4-2025 01:18 PM
Maleh nk komen psl abil n papanya but good for them. Cuma nk ckp, aaaaa nak gi gaaaakk... taktau papa abil ni masih leh nyanyi sebaik dulu ke tak. Harap ok la, konsert kot.
Quote sukanyanyi 25-4-2025 01:20 PM
Rambut baru sempena konsert ke tu papabil? Npk mcm sam bunkface
Quote scrocth 25-4-2025 02:14 PM
Kes abil binti amy search ni sama mcm kes nurnilam sari m nasir. Bapaknya telur terkepit menangkan mak tiri. Moga baik2 saja utk dorg
Quote dua_chzy 25-4-2025 04:32 PM
Ni lagik sorang bapak tak guna. Sukur ja Abil tak jadi pelacur pehtu ada kawan2 bapak jadik good father figure untuk she.
Quote thelilyallen 25-4-2025 05:35 PM
Gaduh lagi ke dengan mak tiri?
Quote emilyrose 25-4-2025 05:46 PM
scrocth replied at 25-4-2025 02:14 PM
Kes abil binti amy search ni sama mcm kes nurnilam sari m nasir. Bapaknya telur terkepit menangkan m ...

sampai senak telor dedua ni kena kepit dgn nak tiri eh..
wife amy ni sus betul la, selalu sangat gado dgn abil..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.090076 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top